Bab 33 (Haydar's Full POV)

1.8K 172 14
                                    

Di sini, biasanya aku akan bangun terlebih dahulu daripada Razif. Time difference kat sini beza satu jam lambat daripada kat Malaysia so tak adalah beza sangat pun sebenarnya. Tapi itulah masalahnya si Razif ni time bangun tidur dia time London so memang lambat.

Jadi, ada masanya, bila bangun pagi, dia masih membongkang dan aku akan menolong Yay dan kadang-kadang, Mae Tiana untuk memasak. Sahiran tu ada je nak menolong kami tapi itulah dia cakap English pun bunyi Siam, memang macam itik dengan hamster bersembang.

"Where's Lasif, Haydar?" Mae Tiana bertanya ketika aku sedang menyagat carrot untuk dimasak. Slang Siam dia masih ada tapi tak seteruk Sahiran.

"Sleeping still, I guess."

"Ah, I see. Sleep late last night?"

"Maybe. Sahiran was with him last night so I'm not sure."

Mae Tiana angguk sahaja. Tidak lama selepas itu, aku nampak Razif dengan muka sememehnya, berseluar pendek dan hanya menyarungkan tuala di leher melalui dapur hendak ke bilik air. There is something with shirtless Razif. The temptation to keep looking at it, is something undescribable (ke indescribable?) by words.

Mukanya yang mengantuk itu memandang ke arah aku. Mata aku tertancap pada struktur tubuh badannya itu. Dengan dia yang sedang bersandar di dinding sambil menyuap cekodok pisang ke dalam mulut, ugh perfection.

Kemudiannya dia dan Mae berbual sesuatu dalam bahasa Thai yang taubat aku tak faham sepatah haram pun sebelum Mae Tiana naik ke atas rumah. Tinggallah aku berdua sahaja bersama Razif di dapur itu.

"You like to see me like this?" Dia bertanya seraya melangkah setapak ke arah aku. Dengan ketinggian optimumnya itu, dia tak tinggi dan tak juga rendah sangat, just nice.

"Suka."

Dia memandang atas rumah dan selepas pasti tiada siapa melihat, dia menekapkan mukanya di leher aku. Dengan bau masam dia tak mandi lagi tu, aku admit aku turn on sedikit.

"Kat rumah atuk kau ni. Kalau kat bilik kau dah lama kau jadi lauk tau."

"Really?" Dia mencium pipi aku lembut. Lately dia suka cium pipi aku. "Sahiran mana?"

"Oh, tadi aku pergi bilik dia. Baru bangun jugak rasanya."

"What the fuck aku seorang je ke yang bangun awal?!"

"Kho tot na. Aku dengan Sahiran borak sampai dekat pukul tiga kut. Lama kut kitorang tak jumpa. Sabay di mai?"

"Mai sabay!"

"Eleh, merajuklah tu." Dia mengulum senyum.

Aku masih tak dapat mengelak daripada memandang dadanya yang putih melepak itu. I mean, it's so hot. C'mon! Of course dia hot. Perfect combination of Krul Sym4ny dengan Diana Affendi kut. Picture Cristiano Ronaldo dengan Irina Shayk je sudahlah.

"Nak pegang ke?" Dia bertanya dengan muka tak malu. This is a version of Razif I would never understand. A slightly provocative and sultry Razif. Macam Richard Gere dalam movie American Gigolo.

Dia kemudiannya ambil tangan aku memegang dadanya yang tak berlapik apa-apa itu. Sejuk saja tangan aku ketika itu.

"Damn, your hand is cold."

"Of course because it just touched one of the hottest thing ever."

Aku melurutkan tangan aku dari dada ke bahunya. Semasa aku melakukan itu, mata kami saling bertentangan. Aku perasan dia ada menjilat bibir ketika aku berbuat demikian.

"P'Razif... shiaaaa!!!" Sahiran masuk ke dapur entah dari mana. Terkebil-kebil dia melihat kami berdua dengan aksi sebegitu. "Mai pen rai, krab. Proceed. *something in Thai*"

Razif HaydarWhere stories live. Discover now