Bab 55

1.3K 135 65
                                    

Pertukaran Koordinator Divisyen Muzik Yang Baru

Masrun bin Kasilan, Timbalan Koordinator Divisyen Muzik kini sudah bergelar Koordinator Divisyen Muzik yang baru menggantikan Koordinator Divisyen yang lama, Razif Sufian bin Nazif Aduka. Jawatan Timbalan Naib Presiden kini masih dibiarkan tidak dijawat sehingga pengganti dipilih oleh Koordinator Divisyen yang baru.

Terduduk terus Haydar membaca mesej tersebut di dalam handphonenya. Ketika itu, aku sedang menunggu surat GL aku daripada INSEMAS dan juga insurans approved di hospital tersebut. Aku cuba untuk menenangkan dia tapi aku tak tahu macam mana.

Habis sahaja semua urusan, aku menelefon Papa untuk memaklumkan yang aku pergi ke rumah Haydar. Papa dengan dah anggap Haydar macam anak sendiri, memang senang sajalah nak minta izin dia. Siap percaya benar Haydar jaga aku kat hospital.

Kami pergi ke rumah Haydar dan di situ, aku bertemu dengan kesemua The Razifs kecuali Finn. Mak ayah mereka pula katanya berada di INSEMAS untuk memberikan keterangan mengenai anak mereka itu. Paling tua dalam rumah ketika itu hanyalah Danny.

"Gunawan cakap kat aku yang Ramona pun langsung tak masuk pejabat sama lama dengan Finn. Aku syak dorang ada samalah ni." Aku terdengar suara Danny sebaik kami memasuki rumahnya. "Aik, jilat ludah sendiri ke, bang?"

"Angah, sudahlah tu!" Qiqi cuba menghalang Danny yang sedang mendekati aku.

"Apa sudahlah?! Sejak kau ada dalam hidup adik aku, makin huru-hara hidup kitorang yang memang dah tak betul tu. Pergilah cari Roy tu! Natalie ke?! Jilatlah pantat dia puas..."

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya itu, aku melempang mukanya membuatkan dia terpempan sebentar. Muka aku dipandang dan belum sempat dia bangun, aku pergi ke arahnya dan menghulurkan salam.

"Danny, dah-dahlah tu. Cukup-cukuplah biarkan emosi kau tu top everything. Kau tak sedar berapa banyak kau dah jahanamkan hanya sebab kau fikir ikut emosi dan bukannya akal." Kalau Finn aku boleh lempang, apa pulak adiknya ni aku tak boleh.

Dia masih memandang aku dengan dada berombak. Kemudian dia berdiri, cuba cover macho sebelum dengan bersilang tangan di dada memandang aku.

"Wow, dah berani eh sekarang?"

"Lebih dari tu aku boleh buat tapi aku hormat kau, Danny. Aku mungkin buat salah tapi kau sepatutnya lebih matang considering kau kononnya lebih bijak berbanding aku dengan adik kau."

"Oh my God, pandainya kau bercakap. Makan kismis minda ke tiba-tiba kepala otak tu laju je bergerak?"

"Kau masih?"

"Kalau aku kata aku tak nak? Jantan macam kau ni bukan reti appreciate orang sayang ke tak."

Aku berjalan selangkah ke arahnya. Ingat tinggi dia 188 cm tu aku takut ke?!

"คุณสามารถหยุดฉันจากการทำอะไรก็ได้ แต่ไม่ใช่จากการรักน้องชายของคุณ." (Kau boleh hentikan aku dalam buat apapun tapi tak boleh buat aku berhenti sayangkan adik kau)

"Wow. Habis pandailah tu."

"Aku tak tunjuk pandai tapi cukuplah kau tahu, aku sayangkan adik kau."

Dia melangkah setapak ke arah aku tapi cepat-cepat situasi tegang itu dileraikan oleh Qiqi.

"Along hilang and korang boleh fikir pasal siapa betul siapa salah what the fuck, abang-abangku sekalian?!

Danny kembali duduk. Haydar juga menyuruh aku duduk dan dia setia di sebelah aku.

Razif HaydarWhere stories live. Discover now