Bab 7

2.6K 152 2
                                    

"Lek ah, sampai hari Ahad je pun. Lepas tu kau chill lah balik."

Si Joni tak salah, tapi dia tak rasa duduk in the same room dengan Haydar not even for three hours and for now, aku kena stay dengan dia for almost three days in a row. Ya Allah, apa dosa aku?

Semasa aku tiba di foyer, aku nampak budak-budak Divisyen Muzik sedang mengisi borang pendaftaran. Music Camp ini sebenarnya wajib bagi pelajar tahun satu dan optional untuk tahun dua. Cuma Finnlah yang menggalakkan budak-budak band INSEMAS untuk masuk. Cibai!

Selesai mendaftar, aku nampak kelibat Papa sedang berbual bersama Finn di suatu sudut. Aku tahu sangat apa yang akan dikongsikan oleh Papa sebentar lagi. Grad INSEMAS tahun 1998, sambung diploma architecture sampai tahun 2002, then jadi KD sampai tahun 2005 while as well kerja dekat this one company as assistant architect then sambung degree tahun 2006 sampai 2009. Dia make use betul masa muda dia, bila aku fikir balik. No wonder aku dibesarkan dengan Nenek dari kecil.

"Ssup!" Dia mai dah! "Kau dah lama sampai?"

"Adalah dalam 10 minit."

"Mantan KD datang doh hari ni. Krul kumpulan Sym4ny. Kau kenal?"

Aku mengangguk malas. Takut hendak memberi reaksi yang berlebihan. Bimbang nanti lebih banyak soalan yang diajukan.

"Aku daripada kecik adore dorang. Memang actually, the only band yang aku dengar pun. Tapi tulah, dorang pun macam dah tak aktif sangat lately."

Agaknya apalah reaksi dia kalau aku bagitau yang aku anak Krul Sym4ny tu. Adanya gila budak ni kejap lagi.

"Nanti mintaklah selfie dia." Itu saja yang aku boleh berikan reaksi.

"Malulah."

"Dude, kau one of the Razifs kut. Nak malu apanya."

"Kan aku dah cakap, aku tak macam abang-abang aku. Kalau aku macam dorang, I won't even talking dengan kau pun sekarang."

"So aku kena flattered ke?"

"Ikut kaulah."

Sedikit berbunga tapi ah! Apa sial nak berbunga?

Baru dia hendak membuka mulut lagi, niatnya terhenti apabila sekumpulan budak perempuan (dan a group of boys) menjerit keterujaan. Dah kenapa sial dorang ni?!

Sebuah Maserati Ghibli berwarna metallic blue dan bernumber plate RD1 diparkir elok bersebelahan foyer. Aku nampak Finn mengeluh berat dan Haydar tersenyum. One of adik-beradik dorang ke?

Keluar dari dalamnya seorang lelaki bercermin mata hitam, berkemeja hitam dan seluar jeans hitam juga. And aku tak nafikan, memang handsome.

"DANNY ADUKA!!!" Ya, betul. Razif Daniel @ Danny Aduka.

"Abang aku..." Ya, Haydar. Pop culture knowledge aku taklah teruk sangat. "Perfection takes human form in Razif Daniel."

"Kau tak rasa benda tu sounds weird ke coming from kau, adik dia?" Dia ni seriuslah?

"I mean, that's what I always heard daripada kecik. Gap kitorang kan tak jauh. Tak sampai dua tahun pun kalau nak diikutkan. So of course whatever aku buat asyik kena compare dengan dia. But dia tak macam Finn. Dia jenis laid-back and tenang sikit. Aku lagi rapat dengan dia daripada Finn." Aku tak tanya tapi Haydar being Haydar, dia cerita saja pasal family dia. Hal ini membuatkan aku sendiri unconsciously berminat untuk tahu dengan lebih.

"And dia seorang je yang tak masuk INSEMAS?"

"Duit dia cukup nak beli INSEMAS ni wholly wey. Buat apa dia nak enroll sini?"

Razif HaydarWhere stories live. Discover now