selama setengah jam wooyoung bersama managernya, taeeun di dalam bilik doktor(bangang), akhirnya mereka berdua keluar. semua ahli ateez mendapatkan wooyoung apabila wooyoung mendekati mereka.
" apa doktor tu kata apa? " tanya jongho.
wooyoung mendiamkan diri.
" yah, jung wooyoung. " panggil yeosang.
risau dia melihat sahabatnya mendiamkan diri.
" doktor tu kata... "
wooyoung menahan air matanya dari mengalir.
"kemungkinan.. mingi terpaksa berhenti menjadi ahli kita. sebab kecederaan yang dialami mingi agak teruk. doktor tu ada kata juga yang mingi ada hilang separuh memori dia dan untuk kembali kannya agak tipis. doktor tu minta kita bagi dia semangat supaya dia dapat menjalani kehidupan dia seperti sebelum ini. peratus untuk dia normal 60%. "
disebabkan wooyoung hanyalah manusia biasa, akhirnya air mata dia mengalir deras. yeosang dan san cuba untuk menenangkannya. seonghwa sudah mula berfikir bukan ii. jongho mengalihkan pandangannya. hongjoong menarik topinya. dia sudah tekad. keputusan yang dia buat perlu semua orang tahu.
yunho? dia tidak ikut sekali. masih di dalam dorm.
...
[ dorm ]
yunho merenung dinding dengan pandangan kosong. dia kini bukan lagi dirinya yang dulu. dia banyak menghabiskan masa dengan menyendiri. rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. rasa kesal yang tidak terkira mula menguasai dirinya sebaik sahaja dia teringat akan perbualan dia bersama jongho semalam. perlahan dia mentup matanya. dia memegang pergelangan kananya. kesan torehan masih lagi meninggalkan kesan.
" hyung... ho ni.. boleh aku masuk? " jongho mengetuk perlahan pintu bilik yang dikunci yunho.
untuk seketika dia tidak mendapat jawapan daripada yunho. fikirnya, yunho juga tidak mahu melayan dirinya seperti mana ahli yang lain terkena. belum sempat jongho mahu masuk ke dalam biliknya, tiba ii pintu dibuka. lantas jongho masuk ke dalam lalu menutup pintu tersebut. masuk sahaja hongjoong ke dalam bilik tersebut, matanya terbutang apabila melihat yunho terbaring lemah di atas lantai.
" HYUNG? gwenchana? " tanya jongho.
dengan kekuatan yang dimilik jongho, jongho memapah yunho sehingga ke atas katil milik yunho. kesan kaca bersepah di sana sini. botol yang sudah kosong dipandang jongho.
" jongho, aku ni kejam ke? kenapa aku rasa macam semua tak suka dengan aku? kenapa aku selalu yang kena jadi positif dalam group? kenapa aku yang kena gembirakan orang sedangkan orang tak boleh nak gembirakan hati aku bila aku perlukannya? " yunho mula bersuara.
terdiam jongho untuk seketika. wajah hyungnya dipandang sayu.
" hyung, dekat dalam dunia tiada yang sempurna. bahkan, aku sendiri tidak sempurna. kehilangan seseorang itu sudah menjadi kebiasaan dan hukum dalam dunia ni. hyung, aku tau kau salahkan hongjoong hyung. kalau bukan disebabkan mesej yang kau hantar dekat mingi hyung tu, sudah pasti semuanya tak akan terjadi... hyung sendiri tahu kan yang hongjoong hyung tu macam mana? hongjoong hyung stress kut dengan kerja dia, dengan masalah group kita, hatters kat luar sana, masalah penyakit dia.... aku tau hongjoong bukan sengaja nak sorokkan rahsia tu dekat kita semua... "
yunho yang medengar kata ii jongho terdiam. dia cuba untuk gagahkan dirinya untuk duduk. baju lengan panjang yang dipakai yunho diselak jongho. kesan ii calar yang dibuat yunho diteliti oleh jongho. yunho sendiri tidak tahu bagaimana jongho tahu yang dia menoreh tangannya. yunho sekadar membiarkan sahaja jongho buat sebegitu.
" hyung, aku harap... kau tabah dengan apa yang kita akan hadapi. aku rindu hyung yang dulu. hyung yang ambil berat pasal aku dengan member ii lain. hyung yang ambil berat pasal leader. hyung yang cuba untuk menggembirakan hati leader. hyung yang ceria. "
kata jongho sebelum di bangun dari katil. tangannya menyeluk poket seluarnya.
" nah, ubat ni hyung sapulah dekat lengan hyung tu. kalau kesan toreh tu tak hilang, susahlah nanti kita semua. aku tak nak orang kata hyung murung dengan apa yang berlaku. aku tak nak kehilngan hyung. kita orang semua tak nak kehilangan hyung. mingi hyung pun sama. "
jongho berlalu ke arah pintu. sempat dia tersenyum pahit kepada yunho sebelum dia keluar dari bilik. sebaik sahaja jongho keluar dari bilik, yunho menghempaskan badannya ke katil lalu menangis di sebalik bantal.
...
semua mata memandang ke arah mingi yang sedang menjamah makanan hospital. lagaknya seperti orang yang tidak pernah makan setahun. selepas mendapat rehat yang secukupnya daripada doktor, mingi boleh menggerakkan sedikit badannya namun sedikit terhad akibat tulang belakangnya mengalami kecederaan.
" so, boleh aku tau? macam mana korang kenal aku? and betul ke umur aku sekarang 21? "
semua memandang ke arah seonghwa. hongjoong yang sedikit terasa itu hanya mendiamkan diri sahaja. bukan hak dia nak membantah. lagipun semua dah tau apa yang berlaku antara dia dan yunho.
" err... ha'ah, umur kau 21... err... kau... " seonghwa tidak tahu bagaimana dia hendak berkata.
" kau tu ahli kumpulan ateez. kau kemalangan seminggu yang lepas. kemalangan jalan raya. kau naik bas masa tu. ada lori rempuh bas yang kau naik. masa tu kau dalam perjalanan nak balik ke dorm lepas kau dapat mesej daripada yunho. " terasa sedikit janggal apabila hongjoong menyebut nama yunho.
mingi membuat muka blurnya seketika sebelum dia memandang ke arah hongjoong semula.
" kejap- yunho? si galah mata besar tu ke? "
terkejut siput apabila mingi meneka fizikal yunho dengan tepat walapun bukanlah terperinci mana.
" kau kenal yunho? " tanya wooyoung.
" mestilah kenal... kejap- ahhh... baru aku ingat hyung. " mingi memandang ke arah hongjoong.
" hyunglah orang yunho selalu cerita tu... " kata mingi sambil tersenyum.
semua dah buat muka blur.
" apa maksud kau? " tanya mereka serentak.
" yunho selalu cerita pasal manusia bernama hongjoong hyung dekat aku. dia kata orang tu selalu baik dengan dia. selalu buat dia happy. selalu nasihatkan dia kalau dia ada masalah. tak silap aku, dia ada ajak aku sekali join syarikat yang dia join. dia ajak aku jadi pelatih dekat sana. "
semua mata memandang ke arah hongjoong. belum sempat honngjoong membuka mulut, pintu wad dibuka kasar.
" MINGI! "
...
[ Why aku rasa macam panjang? 😂😂 ]
[ Btw... Lagi 2 chapter jee MUAHAHAHAHAHAHAAHA ]
[ Aku update malam ni kalau aku rajin ;) ]
YOU ARE READING
Mini Leader Hong[ S1 + S2 ][✓]
FanfictionS1 " hongjoong hyung bukan lagi hyung yang kita kenal... lepas ni, hongjoong hyung dah tak boleh jaga kita.. tapi kita yang jaga hongjoong hyung... " start ; 2/12/19 end ; 19/12/19(hiks) S2 " aku dah tak larat dengan semua ni. aku nak berhenti! " st...