Tempat yang sama,jam yang sama,tah berapa kali Alya dan Rayyan berjumpa.
Kata mereka mahu bincang mengenai hal mereka.
Setuju atau tak setuju itu sudah bukan masalah mereka kerana kedua dua pihak keluarga sudah mengetahui hal mereka yang kononnya sebelum ini 'bercinta'.
"Apa yang awak dah cerita dekat ayah awak mengenai kita?"tanya Alya,semestinya Alya memang mahu menyerang Rayyan.
"Aku bagi tahu kita bercinta,and then berpisah sebab salah faham and then..."belum sempat Rayyan menghabiskan kata katanya.
"Look, apa yang awak dendam sangat dengan saya,sampaikan cerita karut2 ni"tegas Alya
"Sekarang ni karut ke tak karut,perkara yang akan berlaku akan terjadi jugak!
Aku cerita ni pon nak memudahkan urusan kita nak kahwin nanti,bukan kita dah setuju?Kalau kau nak tarik diri silakan,tanggung sorang2"kata Rayyan dengan senyuman tipis.
"Ok,sekarang ni kita nak bincang apa lagi,!Semua dah selesai"kata Alya,tak guna berbincang walhal mereka akan berkahwin juga.
"Ok,so kita buat kontrak kahwin"cadang Rayyan.
"Apa pula permainan awak ni?"tanya Alya
"Look,walaupun kita dah kahwin ,kita kena ikut jugak kontrak kahwin,kontrak ni macam satu prinsip semasa kita jalani kehidupan sebagai suami isteri"terang Rayyan
Tak senang telinga Alya mendengar perkataan 'suami isteri' itu
"Ok"kata Alya,setuju dengan cadangan bodoh Rayyan,bukan apa asalkan memberi manfaat kepadanya.
"Minggu ni macam kau tahu,aku akan hantar rombongan meminang,so aku harap kau jangan tolak pulak,maklum kata setuju,jangan kau berani2 tolak ya!"ugut Rayyan
Alya ketawa perlahan lahan.
"Kenapa,?takut awak tu malu?"kata Alya
"Yang tu satu hal,kau nak abah kau kecewa dengan kau ke?" Tegas Rayyan
"Pandai2 la saya terima,"kata Alya,betul jugak kata Rayyan,nanti umi dan abahnya pasti kecewa.
"So,lepas tunang?"tanya Alya
"Kau buat hal kau ,aku hal aku, don't worry about wedding preparation,aku tau mama dan papa aku akan prepare"kata Rayyan,bukan dia tak tahu papa dan mamanya suka merancang awal
Fon Rayyan tiba2 berbunyi,ada seseorang yang menelefon Rayyan yakni.,mamanya
"Hello, assalamualaikum ye mama ada apa?"tanya Rayyan
" Waalaikumussalam,Kamu jumpa Alya ke?"duga mamanya.
Terkejut Rayyan apabila mamanya berjaya meneka dia sedang berjumpa dengan Alya.
'mama ni pasang spy ke kat aku?'lantas Rayyan melihat orang di sekeliling,kalau2 ada orang yang mencurigakan.
"Haa,mama kenapa??"tanya Rayyan semacam tak sedap hati
"Bawa la Alya pergi rumah selepas ni,mama masak makanan istimewa,",ajak Puan Fadzilah
"Ummm,dia sibuk la mama"bohong Rayyan
"Bawa dia datang sini,!! Mama nak jumpa dengan Alya!"tegas mamanya
Akhirnya Rayyan mengalah dengan kata2 mamanya
"Hah, okey okey"jawab Rayyan dengan terpaksa
"Bagus,macam ni laa anak mama!"puji mamanya
Alya tengok muka Rayyan berubah menjadi kelat
"Kenapa?Siapa call??"tanya Alya
"Mama aku,dia suruh aku bawa kau pergi rumah selepas ini"kata Rayyan
''Haa, mampus,macam mana kalau Mama awak interview saya"tanya Alya
Baru Rayyan sedar,mamanya pandai dalam soal selidik ini,'kalau mama tahu kami ni tak bercinta bagai,
aku bohong papa,aku kena ni!!'Rayyan dalam bahaya!
"Pandai2 kau kelentong jawapan,ingat!!!jangan pastikan semua terbongkar!!"ugut Rayyan
"Heehh,takut laa tu"ejek Alya
"Ehh,tak laa!kau pandai2 ambil hati mama aku sebab dia tu bakal ibu mertua kau"kata Rayyan
"Tahu la saya,"kata Alya, ingat dia ini bodoh sangat ke"Naik kereta aku,jom",ajak Rayyan
Alya malas menjawab, terpaksa kakinya mengatur langkah
"Ingat,jangan bagi jawapan macam2!!"tegas Rayyan.
Rayyan masih teringat peristiwa Husna yang direject oleh mamanya ketika dahulu
'Entah,mama react macam mana tah?'tanya Rayyan dalam hati
Tepat jam 4.30 petang ,Alya dan Rayyan tiba di rumah Rayyan..
Ini kali kedua bagi Alya datang ke sini
".....assalamualaikum," Rayyan memberi salam
Dan mereka pun masuk ke rumah Rayyan
"Haaa, sampai pun kamu"tegur Puan Fadzilah.
Alya segera menyalam Puan Fadzilah,
Puan Fadzilah senyap memandang Alya dan menilai dalam diam
'Hmmm,elok laa Alya ni dibandingkan dengan Husna,nampak manis pakai baju kurung,muka neutral putih dan bertudung'
"Ehhh,mari duduk,
Bibik ,tolong sediakan minuman"arah Puan Fadzilah
"Baik, Puan" Bibik Surti segera menjalankan tugas
"Alya boleh tolong mama Kat dapur"ajak Puan Fadzilah
'Mama??' Alya dan Rayyan dua dua terpaku
"Ummm,baiklah Puan,"takut2 Alya
![](https://img.wattpad.com/cover/218531412-288-k956687.jpg)
YOU ARE READING
Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)
RomanceKerana hasrat dua pihak keluarga,hidup Alya Qaisara dan Adam Rayyan huru-hara! Dek kerana itu,mereka sering bergaduh dan berperang mulut setiap kali berjumpa sehingga menyebabkan masing2 tidak dapat mengawal emosi lantas berkata kata tanpa berfikir...