Part 14

212 9 0
                                    

"Abang Rayyan ni tak gentleman langsung la!"marah Emelia pada Rayyan
"Kenapa abang pulak?"tanya Rayyan
"Tak la!Tahu la Kak Alya dengan Abang Rayyan gaduh ,tapi sepatutnya Abang yang kena tidur atas sofa, dan Kak Alya yang patut tidur atas katil!"tegur Emelia

Preview sebelum ini....
"Abang Rayyan!Kak Alya!Apa semua ni?"tegas Emelia bertanya
Rayyan dan Alya terdiam seribu bahasa.
"Korang gaduh ehh?"duga Emelia
Dan Rayyan pandai pandai menjawab
"Ummmmm....ada laa sikit masalah rumah tangga,mana boleh cerita"kata Rayyan
Emelia toleh pula pada Alya
"Akak,apa yang Abang buat kak?"tanya Emelia,banyak tanya
"Ummmm... hahhahahha,dia ....ti...tipu akak"kata Alya tersekat sekat.
Gila!Nyaris rahsia mereka diketahui oleh adik Rayyan!
"Ummm kalau macam tu, alang alang korang berdua gaduh kan,jom Kak Alya tidur bilik Emelia"ajak Emelia
"Biar abang tinggal sorang diri"Sambung Emelia sambil tersenyum sengih memperkenakan Abangnya
Alya senyum dan ketawa perlahan lahan
"Boleh jugak "kata Alya , senyum senyum
Manakala Rayyan pula pandang Alya,dengan muka tak puas hati
'Eleh!kau pakat dengan adik aku !'getus Rayyan dalam hati,bukan dia tak tahu Emelia,adiknya memang suka menyakat dia,dan dia pun apa kurangnya..

"Yeayy!Jom Kak Alya!"ajak Emelia dan Alya mengikuti adiknya.

"Tak pa,ke akak duduk bilik Emel?Satgi mama dan papa kata apa pula"Alya tiba2 risau
"Don't worry,Emel pandai2 jawab nanti,"jawab Emelia
"Emel cuma nak kenal kakak ipar Emel dengan lebih rapat"sambung Emelia lagi

Alya senyum,
baik dan mesra adik Rayyan ni,tak macam Rayyan betul
"Oukey,kenal lebih rapat tu macam mana  tu?"usik Alya sambil ketawa perlahan lahan
"Ingat kan Kak Husna yang Abang Rayyan akan kahwin,sebab tu Emel agak terkejut tengok Kak Alya,"cerita Emelia
Entah kenapa telinga Alya bagaikan berdesing, mendengar nama Husna lagi.
'Memang semua tahu,Husna ke?'Alya tertanya
Seingatnya Husna pernah bergurau kepadanya ,dan mengaku bahawa dia teman wanita Rayyan,memang betul atau tidak?'getus Alya dalam hati
"Macam mana Emel kenal Kak Husna?"kali ini giliran Alya pula bertanya
"Abang Rayyan suka sangat mengadu pasal Kak Husna dekat Emel"jawab Emelia
Dan Alya bagaikan terkejut, 'Mengadu? Maksudnya Rayyan suka dekat Husna la ni?Kenapa Rayyan tak pinang je Husna tu?'tanya Alya, hatinya bagaikan tak suka!
Emelia melihat reaksi kakak iparnya,lantas dia tersenyum
"Jangan la cemburu kak Alya,Abang Rayyan,dia cuma mengadu ,yang dia tak suka je ,menyampah!....sebab Kak Husna tu selalu berkepit dengan dia"terang Emelia
Dan Alya pula terlopong,
Begitu pulak?
"Ehhh...hahah tak.. kak Alya tak cemburu pun"jujur Alya bagitahu,sekecil biji sawi pun dia tak ada perasaan apa,cuma sedikit perasaan yang menganggunya,Entah perasaan itu apa
"Tak apa,Emel faham je,Kak Alya nak cemburu,biasa laa, Abang Rayyan kan dah jadi suami akak,memang patut pun akak cemburu,kalau ada wanita berkepit dengan suami dia"pandai Emelia berkata-kata
Alya hanya tersenyum dan mereka meneruskan perbualan mereka hingga ke lewat malam.
Pada pagi esok...
Kedengaran bunyi sudu dan garpu dengan pinggan di meja makan keluarga Dato Zainuddin
Ketika itu, Alya dan Rayyan baru sahaja turun.
Emelia pandang mereka berdua banyak kali
Dato Zainuddin perasan yang Emelia pandang wajah Rayyan dengan Alya bersilih ganti
"Emel?Kenapa dari tadi papa tengok,kamu asyik tengok Alya dan Rayyan?"curiga papanya
Alya dan Rayyan terus terdiam,dan masing2 pandang sesama sendiri
'Macam mana Emelia bagi tahu apa yang dia nampak semalam!?'tanya mereka dalam hati
"Tak laaa,Emel nak tengok yang...."belum sempat Emelia tamatkan kata- katanya,
Rayyan segera memotong
"Emel!jangan la cerita ,malu abang!kita orang dah berbaik dah"terang Rayyan
"Ouhhh,iya kaa"kata Emelia
Manakala papa dan mamanya pula bingung.
"Tak laaa,Emel baru nak kata yang Emel nak tengok sama ada Kak Alya dan Abang Rayyan dah berbaik ke belum"ketawa Emelia
Tahu la papa dan mamanya ,mereka berdua bergaduh.
"Rayyan!kamu bergaduh dengan Alya ke?"duga mamanya
Rayyan kecut perut,
Alya cuba bela Rayyan
"Tak laa,mama,kami berdua salah faham ja,sebab tu ,gaduh sekejap je"terang Alya
Dan mama dan papanya lantas mengangguk kepala,tanda mereka faham.
Rayyan pandang Alya perlahan-lahan,agak terharu Alya cuba bela dirinya
Manakala Alya hanya balas dengan jelingan tajam

Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now