Part 24

234 6 0
                                    

"Awak Faizal kan?"
Faizal dikejutkan dengan satu suara.
"Ya saya..siapa awak?"tanya Faizal hairan apabila perempuan itu mengenalinya
"Saya,Husna..awak kawan Alya kan?"tanya Husna
Faizal menganggukkan kepala.
"Kawan atau kekasih?"tanya Husna langsung,dia mahu mendapatkan bukti.
Bertambah hairan lah Faizal.
Dia sedikit tersenyum
"Saya kawan kolej dia dulu, kami bukan kekasih"nafi Faizal
Gila!Alya kan sudah mempunyai suami.

Husna agak kecewa dengan jawapan Faizal,rupanya dia bukan kekasih Alya.
"Apa hubungan awak dengan Alya?"tanya Husna lagi
"Kenapa tiba2 tanya macam2 dekat saya ni?, Saya cuma kawan kolej dia saja"Faizal menekankan jawapannya,bukan kah tadi sudah diberitahu.
Faizal ingin beredar dari situ,

"Alya tak hidup bahagia pun dengan suami dia!"kata Husna tiba2,
Faizal toleh semula.
"Apa kena mengena dengan saya,yaa?"kata Faizal.
"Saya tahu awak tu suka dekat Alya,cuma keadaan je yang tak mengizinkan,sebab dia dah bersuami,tapi awak masih ada peluang lagi..sebab dia tak bahagia pun dengan suami dia"Husna cuba provoke Faizal supaya bekerjasama dengannya untuk menghancurkan hubungan  Alya dan Rayyan.
Faizal sedikit terkejut, rasanya Alya senyum bahagia sahaja,.
"Apa motif awak sebenarnya ni,awak ni Siapa?"tanya Faizal
Husna tersenyum
"Saya ada bukti gambar mesra awak dengan Alya ,jadi saya mungkin akan bagi suami Alya tengok atau tidak yaa?"balas Husna sambil menunjukkan gambar yang diambilnya hari Itu.
Faizal terkejut melihat gambar itu,betul gambarnya dengan Alya!
"Tolong,jangan buat fitnah dekat saya,saya tak ada apa2 hubungan"jelas Faizal dan dia terus keluar.
Husna mengeluh perlahan-lahan
"Ishhhh..apa kena dengan mamat tu,aku baru nak bekerjasama dengan dia,ingat ke boleh la pakai..ni takkk"getus Husna

Faizal rungsing apabila teringatkan gambar pada skrin telefon Husna.
"Macam mana kalau diorang gaduh sebab aku?Tak nak lah jadi orang ketiga..cukup la Alya dah siap recommend seseorang dekat aku''Faizal mengeluh
Dia perlu berjumpa dengan suami Alya sebelum perkara buruk terjadi.

"Alya,,boleh saya tahu di mana tempat suami awak bekerja?"tanya Faizal tiba2
Alya agak hairan tiba2 sahaja Faizal menghubunginya dan menanyakan soal itu.
"Kenapa ni?"tanya Alya
"Ada something berlaku, awak tahu tak yang haritu awak dengan saya dekat restoran haritu, lepas tu ada orang tangkap gambar kita dan nampak macam kita ni ada apa2 hubungan padahal itu semua fitnah"jelas Faizal
"Gambar?"tanya Alya
Teringatkan Rayyan yang memberitahunya Husna menunjukkan gambar nya dengan seorang lelaki.
"Husna!"kata Alya perlahan-lahan
Faizal mendengar nama yang diluahkan oleh Alya,
"Husna?Haaaa perempuan tu lah yang saya kenal tadi.."jelas Faizal lagi
Alya menduga yang Husna ingin hubungannya dengan Rayyan renggang.
"Alya?Alya?Boleh saya jumpa dengan suami awak?"tanya Faizal tiba2
"Ha?Awak nak jumpa dia nak terangkan pasal gambar tu ke?"tanya Alya lagi
"Haah, sebab perempuan tu macam nak tunjukkan gambar tu dekat suami awak ,itu yang saya kena ambil tindakan ni"jelas Faizal
Alya teringatkan Mia, alang2 Faizal nak ke pejabat Rayyan, boleh la dia berjumpa dengan Mia.
"Ok,saya sms tempat kerja Rayyan,dan awak boleh jumpa orang yang saya nak recommend tu"kata Alya
Faizal sedikit gelabah..
"Siapa perempuan tu?"tanya Faizal
"Don't worry,saya beritahu suami saya suruh dia handle "kata Alya

Alya menghubungi Rayyan dan katanya Faizal,kawan kolejnya ingin berjumpa dengan Rayyan
"Buat apa dia nak jumpa dengan abang?"tanya Rayyan hairan
"Abang dengar je penjelasan dia,mengenai gambar tu satu,dan tolong perkenalkan Faizal pada Mia"kata Alya

Pertama kali Faizal bertentang mata dengan Rayyan,
Hidup Rayyan betul2 gah berbanding dirinya.
"Awak Faizal ke?"tanya Rayyan mematikan lamunan Faizal
"Haaa,ye saya ...Encik Rayyan"Faizal terus tunduk hormat.
"Isteri saya beritahu yang awak nak jumpa saya ,kenapa ya?"tanya Alya
"Sebelum itu, saya ni cuma kawan kolej lama Alya saja,tak ada kena mengena dengan hubungan apa2"jelas Faizal
"Saya tahu itu,"balas Rayyan
"Sebenarnya saya cuma takut awak berdua suami isteri tu bergaduh sebab fitnah ,ye la kalau awak dapat gambar mana2 pun melibatkan saya dengan Alya,kami cuma kawan sahaja"jelas Faizal
Rayyan sedikit tersenyum,macam ni ke perangai kawan Alya,Faizal?
"Terima kasih sebab dah jelaskan pada saya,dan sememangnya saya percayakan isteri saya"-Rayyan
Faizal tersenyum.
"Ouh,saya lupa berkenaan Mia,mari ikut saya"panggil Rayyan

Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now