Part 25

261 7 0
                                    

Buka buka sahaja pintu,Rayyan jelas jelas terkejut!
Alya!
Manakala Husna pula terkedu dengan kedatangan Alya.
Alya pandang tangan Husna yang memegang tangan Rayyan.
Lantas sahaja Rayyan segera tapis.
"Sayang..ni bukan apa yang saya sangkakan"Rayyan cuba jelaskan pada Alya
Alya menghampiri Husna tiba2.

'Pang!'
Satu tamparan dikenakan pada Husna oleh tangan Alya sendiri.
Rayyan jelas tergamam.
Husna memegang pipinya yang mula merah itu,menahan sakit.
"Boleh tak lepas ni tolong jangan kacau Rayyan lagi..apa lagi yang awak nak buat?Tak faham bahasa ke saya cakap apa?"kali ini Alya sedikit menegaskan suaranya.

'Tok..tok..tok'
Kedengaran suara ketukan pintu Kali kedua.
Alya terus buka pintu.
Muncul beberapa orang lelaki yang berpakaian baju melayu.
"Kami daripada pejabat agama,menerima laporan yang mengatakan ada kes khalwat di rumah ini"kata salah seorang daripada lelaki itu yang mengetuai kumpulan itu.
Alya sudah menduga pasti ini salah satu rancangan Husna!Husna betul2 dah gila agaknya.
Rayyan pula pandang Husna,manakala Husna wajahnya sudah bertukar menjadi keruh.

"Tak ada apa2 pun,lagipun saya dengan suami saya sedang melawat kawan saya,tak ada sebarang khalwat pun"jelas Alya,cipta satu alasan
"Baiklah kalau macam tu,kami mintak maaf atas salah faham"kata mereka dan terus beredar dari situ.

"Husna?Apa ni.. please explain!!"Rayyan pula bersuara
Naik kecut organ dalaman Husna mendengar teriakan Rayyan.
"I....I tak...tahu apa pun"kata Husna
"Habis tu Kenapa you kata rumah you pecah masuk.. padahal semua ok saja.you cuba perangkap I ya?"kata Rayyan lagi
"Lepasni, jangan harap I nak percaya you dah!"Kata Rayyan dan terus menarik tangan Alya keluar dari rumah itu.
"Rayyan.... Rayyan..!"panggil Husna namun Rayyan sedikit pun tidak toleh pada Husna
Alya melepaskan tangan Rayyan padanya.
"Kita bincang dekat rumah, boleh ,kan kita bawak kereta masing2"jelas Alya
Takkan nak tinggalkan kereta dekat sini
Rayyan setuju dan akhirnya mereka tiba di rumah

"Sayang..abang mintak maaf sangat2, abang tak sangka Husna macam tu"kata Rayyan,dia tahu Alya agak marah dengannya
"Nasib baik sayang tiba awal,kalau tak..tak tahu lah nak cakap apa"kata Alya
Tidak boleh membayangkan Yang Husna dengan Rayyan akan ditangkap khalwat.

"Abang tak sangka Husna sampai macam tu sekali,padahal.."Kata Rayyan
"Padahal dia tu cuma gedik2 dengan abang je kan,tu lah abang,sayang dah cakap dah, perempuan ni kalau nakkan sesuatu,dia akan cuba sampai dapat apa yang diingini"kata Alya
"Abang mintak maaf sekali lagi,lepasni abang tak akan dah percaya pada Husna tu"jelas Rayyan
Salahnya jugak kerana betul2 percayakan Husna, mujur isterinya ada di tempat kejadian.
"Sayang naik atas dulu,penatlah"kata Alya dan terus naik tangga.
Rayyan pandang Alya dari jauh.

Husna menangis sepenuh hatinya.
Perasaan marah bercampur kecewa,
Dia geram,ada sahaja rancangannya, Alya pasti merosakkanya.
"Kalau Rayyan tak nak aku,tak ada siapa pun boleh dapat dia!"Husna nekad!

Rayyan termenung di tempat kerjanya.
Rafiqi pula masuk ke perjabatnya dan menegur Rayyan.
"Hal rumah tangga lagi ke,bro?"tanya Rafiqi
Dan Rayyan menjelaskan semuanya pada Rafiqi
Terkejut besar Rafiqi apabila mendengar cerita Rayyan, berkaitan Husna yang ingin memerangkap Rayyan.
"Aku tak sangka Husna tu macam tu"jelas Rafiqi
"Lepasni kau kena berhati-hati,Husna tu aku dah lama perhati dia, dan nampaklah dia betul2 suka dekat kau,psyko betul"jelas Rafiqi
"Tu la,lepasni aku dah tak nak jumpa dah dengan dia,tak pasal2 hubungan aku dengan Alya rosak"kata Rayyan
"Baguslah kau buat keputusan macam tu,untuk kebaikan kau,tak payah layan sangat Husna tu"nasihat Rafiqi
Rayyan mengangguk kepalanya perlahan-lahan.

Akhirnya tiba waktu untuk Rayyan pulang.
Dia berjalan menuju ke keretanya,baru sahaja dia ingin masuk ke perut keretanya,dia terasa satu pukulan yang kuat pada kepalanya,
Baru sahaja dia ingin toleh untuk melihat apa yang berlaku, kepalanya berpusing dan terus jatuh.

Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now