Part 26(END)

408 10 6
                                    

Sedar sedar sahaja Alya pandang ke arah sekelilingnya.
Ini macam....
"Sayang dah bangun?"tegur satu suara yang sangat dikenalinya, Rayyan
Alya mengangguk lemah

Baru dia teringatkan kejadian Itu
Husna!
"Abang...Husna....."tersekat sekat Alya berkata-kata.
Rayyan terdiam, kondisi Alya masih lagi lemah
"..sayang rehat dulu lah,jangan risau..abang ada dekat sini"jelas Rayyan cuba menenangkan Alya
"Husna..?"tanya Alya lagi
Rayyan terdiam seketika sebelum menjelaskan pada Alya
"Sekarang ni kondisi Husna dalam keadaan kritikal sebab dia kehilangan banyak darah akibat tusukan pisau tu dan sekarang ni Husna di ICU"jelas Rayyan,berat hati mahu mengkabarkan pada Alya
Alya jelas jelas tergamam.
Dia berasa bersalah,air matanya mengalir perlahan-lahan
"Abang...sayang..tak bermaksud...nak .."Alya tak mampu meneruskan kata2nya
"Abang tahu..semua ni takdir ..kejadian Itu berlaku secara pantas dan tak sengaja"pujuk Rayyan,dan lantas dia memeluk bahu isterinya.

Alya pengsan mengejut kerana tekanan darahnya naik mendadak.
Ditambah pula memikirkan  hal penculikan Rayyan dan dia pula terjebak dengan rancangan Husna ,
diperlaku sesuka hati oleh Husna,dan Husna pula betul betul tekad mahu membunuh Alya.
Alya betul2 fobia.

Flashback
Husna mengacu pisau yang tajam itu pada Alya perlahan-lahan.
"Husna...bawak mengucap!"Alya cuba menenangkan Husna
"Kalau I tak boleh dapatkan Rayyan,you pun tak boleh bersama dengan dia!"bentak Husna seperti orang gila

Satu tembakan terkena pada kaki Husna
Polis cuba untuk melemahkan segala perilaku Husna daripada membunuh mangsa.
Husna mengerang kesakitan dan kesempatan itu diambil oleh Alya dan dia menepis pisau itu ke arah sudut lain.
"Tak guna!"bentak Husna
Husna ingin mencapai pisau itu,dan terjadinya pertarungan antara mereka berdua.

Flashback end..

Alya termenung seketika, kejadian Itu terasa benar benar sahaja baru berlaku.

Tiba2 kedengaran telefon Rayyan berdering,
Rafiqi menghubunginya

"Assalamualaikum,Raf,macam mana?"tanya Rayyan terus

"Husna dah tak ada , Rayyan"jelas Rafiqi
Rayyan terkedu
"Dia kehilangan banyak darah sangat dan sangat kritikal,"jelas Rafiqi lagi

"Siapa tu, abang?"tanya Alya, apabila melihat wajah Rayyan keruh semacam.
Rayyan pandang Alya
Berat hatinya mahu memberitahu perkara itu,takut Alya dihuni perasaan bersalah
"Husna...sayang dia dah ...tak...ada"beritahu Rayyan perlahan2
Alya terdiam,dia tutup matanya seketika
"Allah.."luah Alya,dia bersalah atas kejadian yang menimpa Husna
"Sayang...sayang tak bersalah.."jelas Rayyan
Mereka berpelukan berdua dan Rayyan cuba menenangkan Alya yang menangis perlahan lahan

"I tak sangka Husna sampai macam tu tekad sekali.."luah Naurah
Naurah terkejut besar apabila mendengar kejadian yang menimpa Rayyan dengan Alya
Rafiqi memberitahunya
"Alya dengan Rayyan macam mana keadaan diorang?"tanya Naurah pada Rafiqi
"Alhamdulillah, Rayyan tak ada apa2 cuma balutan sikit pada kepalanya,dan Alya baru sedar dari pengsan, syukur tak ada kecederaan serius"jelas Rafiqi
Naurah mengangguk lega.

Mayat Husna dibawa dan dikuburkan
Siasatan mendapati Husna sedikit mengalami tekanan mental pada otaknya dek kerana terlampau makan ubat yang berlebihan dos pada malam rancangannya gagal untuk memerangkap Rayyan.

                              ********

Alya akhirnya beransur ansur pulih daripada sakitnya.
Kata doktor dia cuma perlu berehat secukupnya dan ditambah dengan sedikit dorongan daripada suaminya,yakni Rayyan.
Rayyan membimbing Alya ,dijaga sepenuh hatinya.
"Abang mintak maaf sebab sayang jadi macam ni..Husna ..abang yang buat dia macam tu and sekarang dia dah serang sayang"jelas Rayyan
Alya tersenyum pahit,dia memegang pipi Rayyan
"Sayang tak pernah salahkan abang..abang kan cakap yang semua ini cuma satu ujian pada kita, suami isteri"jawab Alya
"Biasalah setiap rumah tangga pasti akan ditimpa badai..namun badai itu cuma seketika saja dan kuncinya kita perlu tempuhi bersama sama"jawab Alya dengan senyuman manis

                       ****************

Sebulan kemudian....

Dengan sekali lafaz, akhirnya Naurah memegang status isteri kepada Rafiqi.
Tersipu sipu Naurah apabila Rafiqi menyarung cincin pada jari manis Naurah.

Rayyan bercadang untuk membawa Alya bercuti memandangkan mereka masih belum lagi meluangkan masa bersama sama.

Manakala untuk pasangan Naurah dan Rafiqi, Rayyan menghadiahkan mereka berdua pakej perlancongan untuk pergi bercuti sebagai bulan madu untuk mereka berdua.

Faizal pula sekarang ini sedang bekerja di bawah syarikat Rayyan,
Dia mahu bermula dari pangkat yang bawah dulu sehinggalah ke pangkat yang lebih tinggi.
Dan Faizal dan Mia dalam hubungan yang lebih ke arah serius.
Dan mungkin tidak lama lagi,mereka berdua bakal bertunang.

Aina Nasuha akhirnya telah pun menghabiskan pelajarannya di alam universiti,setelah selesainya majlis graduasi.
Gembira sekali Puan Aida dan Dato Yusof apabila melihat anak bongsu mereka berjaya.

Emelia pula baru berkenalan dengan seorang lelaki yang dikatakan teman kerjanya.
Rupa rupanya lelaki itu sudah lama memendamkan perasaan pada Emelia.

                              *******

Alya bersandar pada bahu Rayyan.
Mereka berdua menyaksikan permandangan yang indah di hadapan mereka berdua.
"Sayang nak tahu something tak?"tanya Rayyan tiba2
Alya tersenyum hairan
"Tahu apa?"tanya Alya
"Sebenarnya....abang dah lama terpikat dekat sayang waktu kita pertama kali berjumpa  "Beritahu Rayyan
Alya terkejut dengan kenyataan itu
"Pertama kali?Waktu sayang serbu pejabat abang tu ke? Bukannya abang benci betul dekat sayang?"tanya Alya lagi
Rayyan ketawa.
"Mula2 memang abang menafikan perasaan itu,abang cuba benci sayang ..tapi lama2 makin benci makin abang tak boleh lupa muka sayang tau.. asyik terngiang ngiang jaa"beritahu Rayyan
Alya ketawa tersenyum.
Sungguh dia tidak sangka pada awalnya mereka berdua sering bergaduh sesama mereka dan akhirnya sama sama melangkah ke alam perkahwinan.

Baru Rayyan teringatkan sesuatu
"Sayang..abang lupa something..sekejap yaa"kata Rayyan dan dia terus bergegas mendapatkan sesuatu

Tiba sahaja Rayyan
Rayyan panggil Alya
"Sayang"panggil Rayyan
Alya pandang ke arah Rayyan dan dia jelas terkedu
Di tangan Rayyan ada sejambak bunga persis seperti mimpinya
Rayyan mendekati Alya perlahan-lahan
Dia berlutut seketika
"Alya Qaisara,..are you willing to be my lovely wife until Jannah?"tanya Rayyan dengan senyuman manis
Berdebar-debar jantung Alya
Dan dia tersenyum sambil menganggukkan kepalanya perlahan-lahan tanda setuju
Dan mereka berpelukan berdua.
Sungguh bahagia.

Andai sekiranya badai menimpa lagi pada kita berdua,kita tetap mengharunginya bersama sama walau apa pun terjadi.
(Badai-masalah)

Sambil berpelukan berdua, tiba2 Rayyan jelas berbicara sesuatu

"Are you dare to marry me,Miss Alya Qaisara?"tanya Rayyan kembali seperti pertama kali dia mencabar Alya untuk berkahwin dengannya.
Alya tersenyum teringatkan peristiwa itu
"Challenge accepted and I accepted to marry you"balas Alya dan dia mencium Rayyan mesra.

The End..
Alhamdulillah tamat juga cerita ini.
Terima kasih sebab sudi baca.
Maaf andai terdapat serba sedikit kekurangan dalam cerita ini 🤗


Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now