Part 20

286 9 0
                                    

Naurah termenung  sendirian di meja.
'Apasal aku marah Rafiqi,eh? Jangan2 dia tak bersalah,suka hati aku ja tuduh dia..Dahlah hubungan kami baru rapat'

Selepas Naurah selesai menenangkan Alya,Alya meminta izin daripadanya untuk masuk ke bilik kerana katanya dia penat.
Tiba2 telefon Naurah berbunyi,dan Naurah pandang skrin telefon,
Rafiqi!
"Rafiqi call,kenapa ya?"Naurah sambil menjawab panggilan tersebut
"Hello,ada apa Rafiqi?" Tanya Naurah
Rafiqi agak gugup,entah masih rasanya Naurah marah kepadanya.
"Ummmm ..Alya ada dekat rumah you ke?"tanya Rafiqi
Naurah terkedu,
'Takkan nak bagitau..ni mesti Rayyan yang tanya ni?" Duga Naurah
"Kenapa?Rayyan tanya eh?"tanya Naurah balik
"Haaaaa,,dia kata dia nak cakap sedikit dengan Alya,jelaskan semuanya"beritahu Rafiqi
"Suruh dia tak payah jelaskan!Cakap kosong saja,I tak percaya Rayyan
,dan boleh jadi kawan baik you tu tipu Alya balik!" Jelas Naurah,dia tidak mahu rakannya sakit hati lagi.
"Please..Naurah...ba.."Rafiqi cuba memohon tetapi lantas percakapannya dipotong oleh Naurah.
"Tak payah, please tolong bagi Alya sedikit masa untuk tenangkan diri dia"jelas Naurah
"Okey...."jawab Rafiqi akhirnya dia akur
Selesai sudah membuat panggilan, Rayyan dengan reaksi wajah yang tidak sabar segera bertanyakan kepada Rafiqi
"Alya dekat rumah Naurah ke?"tanya Rayyan
Rafiqi pandang kawannya itu.
"Aku rasa yaa,tapi  Naurah kata tolong bagi sedikit masa untuk Alya tenangkan dirinya dan bagi dia peluang"jelas Rafiqi
Rayyan mengeluh perlahan-lahan,tapi benarlah kata2 Naurah,dia perlu memberi Alya sedikit masa untuk tenangkan diri.

Rayyan pulang ke rumahnya, keadaan gelap sepi dalam rumahnya itu, kerana selalunya lampu cerah.
Dia berjalan lemah ke biliknya,
Rayyan sempat melirik ke ruang dapurnya, teringat kembali peristiwa Alya cuba mengajak makan malam dengannya,namun ketika itu dia sudah pun makan dengan Rafiqi.
Entah kenapa hatinya gusar sekali ,sejak kehilangan Alya,
'Adakah ini macam mana perasaan sayang?'getus Rayyan dalam hatinya
Pada pagi esok,dia agak bangun lewat, kebiasaannya Alya yang akan mengetuk pintu bilik Rayyan.

"Rayyan...Rayyan..bangun..solat.."
"Rayyan.. Rayyan..awak pergi bersiap untuk ke kerja.."

Terngiang ngiang kata Alya di benak fikirannya.
Rayyan geleng kepala perlahan-lahan
Dia meraup wajahnya seketika.
"Apa pasal dengan aku ni!"
Dia segera mengatur pergerakannya ke kereta untuk ke pejabat.

Rafiqi pandang wajah Rayyan, kelihatan kurang bertenaga dan agak lesu.
Pasti ini ada kena dengan Alya ni!
"Haaaa, kau tahu tak wajah kau nii serupa macam suami hilang bini tahu tak?"Rafiqi ketawa
Jarang dia untuk melihat wajah Rayyan seperti itu
Rayyan terkejut dan dia pura2 serius.
"Merepek apa kau ni?"tanya Rayyan
"Tu laaa..aku cakap dah.. perkahwinan kau ni buat main2 ,kan Sekarang tengok apa jadi..kau pula yang menggelabah tak tentu hala!"kata Rafiqi lagi
Rayyan diam bersahaja.
"Entahlah..macam ni ehh perasaan sayang dekat seseorang tu?"tanya Rayyan dungu
Rafiqi ketawa perlahan-lahan
"Berapa kali aku nak cakap yang kau tu dah jatuh cinta dengan isteri kau tu sendiri"terang Rafiqi
"Sekarang ni macam mana?"tanya Rayyan
"Okey.. sekarang ni kalau awalnya kau rancang untuk jatuhkan Alya ,apa kata kau rancang pula macam mana nak ambil hati Alya balik,bukan kau gila susun rancangan ke?"cadang Rafiqi ditambah sedikit perlian.
Rayyan tersenyum apabila mendengar kata2 Rafiqi,ada benarnya jugak!
"Pandai kau ni,,..tak apa..aku susun perlahan rancangan aku ni"Rayyan sudah tersenyum.

Naurah hairan kerana sudah agak lama Alya tidak keluar dari bilik, kedengaran hanya sunyi sepi sahaja,
Dia cuba ketuk terlebih dahulu walaupun pintu bilik tidak berkunci,namun hampa tiada jawapan daripada Alya.
Naurah buka pintu perlahan-lahan,dan agak sedikit pelik kerana Alya sedang tidur di bilik dengan keadaan selimutkan dirinya,
Naurah perhati dengan jelas,...
Jelas Alya sedang menggigil kesejukan
Dia segera pegang dahi Alya,dan rasa panas!
"Alya!Alya"Naurah cuba bangunkan Alya namun Alya terbaring lesu dan lemah
Dia mahu hantar Alya ke klinik namun dia tiada kenderaan!
Naurah mundar mandir dan akhirnya dia dapat satu idea,dan telefon Alya dicapai.

Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now