Part 22

260 9 0
                                    

Alya dan Rayyan tiba di lokasi seperti yang diberitahu oleh Rafiqi dan Naurah,namun yang peliknya kelibat Rafiqi dan Naurah tiada pula.
Mereka tunggu seketika.Dan tiba2 kedengaran telefon Rayyan berbunyi.
Rafiqi menghubunginya dan Rayyan menjawab panggilan tersebut.
"Weh,kau dekat mana?"tanya Rayyan terus manakala Rafiqi tersengih.
"Bro, kau pergi je laa berdua dengan Alya,kami dua orang tak dapat hadir"beritahu Rafiqi
Rayyan akhirnya menduga yang  semua ini  ialah perancangan Naurah dan Rafiqi
"Jangan kata ini semua rancangan korang"duga Rayyan
Rafiqi ketawa
"Rayyan,aku bagi chance ni untuk kau ambil hati Alya,time ni lah, Ada masa untuk korang,Alya pun tak boleh lari dari kau"kata Rafiqi lagi
Rayyan pandang Alya diam diam,sambil tersenyum
"Okey,kalau macam tu, korang berdua tak payah datang langsung ,biar aku je dengan Alya"ketawa Rayyan sempat dia memberi amaran,mana tahu tiba tiba Rafiqi dan Naurah datang.
"Don't worry, Rayyan,kami tak akan datang"Rafiqi ketawa.

Selesai sahaja Rafiqi menghubungi Rayyan,Rayyan menghampiri Alya dengan berpura-pura wajah kecewa.
Alya pandang Rayyan dan agak sedikit hairan.
"Kenapa? Rafiqi call awak eh?"tanya Alya tertanya tanya
"Rafiqi dengan Naurah tak dapat datang,katanya mereka nak beli baju pengantin tiba2"bohong Rayyan acah2 sedih
"Ouh,ye ke"kata Alya
Dia agak gugup kerana mereka berdua saja.
"Tak apa lah,kita balik je la"kata Alya ,dia agak sedikit awkward kerana hanya berdua dengan Rayyan.
Kini giliran Rayyan pula yang terkejut,Alya nak ajak balik terus?
"Tak payah lah,alang... alang kita dekat sini..jom lah kita...ummm..riadah"ajak Rayyan.
"Awak nak riadah,awak pergi lah sorang2"Alya menggeleng tidak mahu.
Rayyan pulak agak bingung,kali ini Alya pulak tidak mahu.
Rayyan mahu cipta apa lagi alasan.
"Jom lah temankan abang"ajak Rayyan,cuba sekali lagi.
Alya pandang Rayyan seketika.
Dia mengeluh perlahan-lahan,
Kalau ada Naurah,mesti dia akan buat, masalahnya sekarang ni dia dengan Rayyan sahaja.
"Please,jom"ajak Rayyan sambil membuat posisi tangan yang merayu.
"Ye lah..jom"kata Alya malas
Dan akhirnya dia mendaki dulu daripada Rayyan tanpa menunggu Rayyan.
Rayyan tersenyum dan menggengam tangannya
"YESS!!"
Dan dia mengejar Alya.
"Ni kenapa laju betul sayang ni"kata Rayyan pada Alya
Alya diam sahaja
"Saya dah teman kan awak ,dah cukup baik dah"kata Alya
"Sayang, tunggulah"kata Rayyan dan dia mencapai tangan Alya dan menggengam dengan erat,tak mahu Alya melepaskannya.
"Lepaslah"kata Alya
"Kita jalan sama-sama"kata Rayyan sambil tersenyum dan dia memimpin Alya.
Sepi antara mereka,hanya kedengaran bunyi cengkerik sahaja dan suara burung-burung.
Rayyan pandang Alya
Kelihatan Alya hanya dengan muka yang agak masam.

"Abang tahu sayang masih marah dekat abang lagi pasal kejadian hari tu"kata Rayyan tiba2
"Tak payah lah,cakap pasal benda tu"kata Alya,dia sudah malas membincangkan hal itu,
Semakin dia mengingatinya,semakin hatinya rasa agak sakit.
Rayyyan mengembus nafas perlahan-lahan,inilah kesempatannya untuk menjelaskan pada Alya.
"Ye,memang abang awal2 rancang macam itu,nak jatuhkan sayang,nak bagi sayang cemburu dengan Husna"kata Rayyan
"Suka tengok sayang marah2 dekat abang pasal Husna,kuat betul cemburu tu"ketawa Rayyan tidak semena-mena.
Alya pandang Rayyan
"Mana ada..saya tak cemburu lah! Pandai2 je awak ni!"nafi Alya
Rayyan ketawa
"Abang ngaku yang abang ni ego macam Gunung Everest seperti yang sayang cakap sebelum kita kahwin dulu,jujur abang cakap,abang tak nak ngaku abang sayang dan jatuh cinta dulu pada sayang,nak bagi sayang cakap dulu,tapi jadi benda lain"kata Rayyan
"Benda apa yang lain tu"tanya Alya hairan.
"Kesalahan yang abang buat , dan sayang terdengar rancangan gila abang,and lepastu abang menyesal,sebab main2kan perasaan sayang... patutnya betul lah kata Rafiqi, sepatutnya lelaki yang kena luahkan dulu perasaan baru perempuan,"terang Rayyan lagi.
Alya mendengar keterangan Rayyan,
"Macam mana saya nak tahu awak tak bohong"kata Alya
Rayyan pandang Alya
"Sayang nak suruh abang buat apa untuk buktikan perasaan abang ni"tanya Rayyan pada Alya
Alya agak sedikit terlopong
Tiba2 teringatkan kembali memori di mana dia tercium Rayyan dan Rayyan yang seolah-olah mahu menciumnya lantas dia menekup mulutnya dengan tangannya.
Rayyan ketawa melihat reaksi Alya
"Sayang fikir apa tu?Benda lain eh?"usik Rayyan.
"Man....mana ...ada"tersekat Alya menjawabnya
"Jomlah!"Alya tukar topik.
Alya berjalan depan dengan laju, agak jauh sedikit daripada Rayyan.
"Auchhhhhh!!"
Tiba2 kedengaran suara Rayyan mengerang kesakitan dan Alya agak sedikt terkejut dan dia toleh ke belakang dan telihat Rayyan sedang terduduk.
"Rayyan!"panggil Alya dan dia segera berpatah balik.
"Awak kenapa?Okey tak ni?Kenapa ni?"tanya Alya dengan pelbagai soalan.
"Sakit,tadi tiba2 abang cramp ni"kata Rayyan sambil memegang kakinya.
"Cramp?Tu la,degil lagi nak daki,kan Sekarang dah jadi apa!"bebel Alya lalu dia cuba urut kaki Rayyan.
Rayyan pandang Alya dan dia lantas tersenyum.
Alya walaupun marah marah manja padanya namun dia masih lagi sayang dan prihatin pada Rayyan.
"Prihatin jugak sayang ni"kata Rayyan tiba2
Alya pandang Rayyan dan kelihatan Rayyan sedang tersenyum manja.
Tahulah dia Rayyan sedang berpura-pura.
"Awak ni sakit ke tak?Ishh! Main2 eh?"Alya terus cubit kaki Rayyan
Dan selepas itu, Rayyan terus mengangkat kakinya.
Alya terlopong,dan pandang Rayyan
"Tipu eh?Eyyyyy"kata Alya sambil menampar bahu Rayyan
Rayyan ketawa melihat sikap Alya
"At least abang tahu yang sayang masih sayangkan abang"kata Rayyan tersenyum
"Tak ada maknanya"kata Alya dan dia terus bangun dari duduk
"Tolong lah, abang ni"kata Rayyan sambil menghulurkan tangannya namun Alya buat2 tidak tahu.
Dan selepas itu,Alya terus berlari secepat mungkin daripada Rayyan.
"Sayang!"panggil Rayyan dan dia ketawa.
Dia berlari mengejar Alya,
entah silapnya kakinya tersadung batu!

Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now