Rafiqi kelihatan agak gelabah di meja makan.
Kelihatan dia sedang menantikan seseorang.
Naurah akhirnya tiba di lokasi seperti yang diberitahu oleh Rafiqi.
Wajahnya nampak terkejut,mana taknya dengan suasana ceria di meja makan Rafiqi,dihiasi dengan bunga yang berwarna warni dan belon.
"Rafiqi.."panggil Naurah,suaranya jugak agak hairan dengan semua ini.
"Naurah, silakan duduk"kata Rafiqi sambil menarik kerusi untuk Naurah duduk.
Naurah tersenyum.. Rafiqi nampak agak maco harini lain seperti hari biasa.
Mereka berdua memulakan sesi makan malam dengan berbual-bual.
Akhirnya tiba saat2 yang dinantikan oleh Rafiqi.
Dia nampak pasrah dengan apa jua keputusan Naurah,dia terima seadanya
"Naurah,I nak cakap something" Rafiqi gugup
"Apa dia?"tanya Naurah
'Buangkanlah segala gugup aku ni!'getus Rafiqi dalam hati
Rafiqi keluarkan sebuah kotak merah kecil,dan membuka perlahan-lahan.
Kelihatan sebentuk cincin yang bersinar sinar
"Sudikah awak menjadi suri hati saya?"tanya Rafiqi dengan suara hati yang ikhlas
Naurah bagaikan tak percaya dengan semua ini,Dia terkaku seketika sebelum mengangguk kepalanya perlahan-lahan tanda setuju
"Saya sanggup"Naurah tersenyum
Gembira Rafiqi mendengar jawapan setuju Naurah
'YESSS!'dia genggam tanggannya"Rayyan,esok malam ,kita ada dinner family tau,jangan lupa"pesan Dato Zainuddin kepada anaknya.
Rayyan bagaikan hampir lupa,mujur ada papanya yang tolong mengingatkan padanya
"Haaah, Rayyan hampir lupa, okay..Rayyan dengan Alya esok datang"balas Rayyan
Mahu tak mahu takkanlah,seorang saja yang pergi,nanti kata apa pula orang tua mereka
Rayyan bergegas keluar dari biliknya untuk memberitahu Alya tentang itu.
Kelihatan Alya sedang mencuci pinggan mangkuk di singki.
Tiba2 timbul pula perasaan Rayyan ingin mengusik isterinya.
Dicuit perlahan2 bahu Alya
"BAHHHHH!" usik Rayyan
Alangkah terkejutnya Alya mendengar suara itu apa tah lagi dengan cuitan pada bahunya itu.
Terlepas pinggan yang hendak dicucinya ,dan akhirnya...
'Prak!'
Pinggan itu pecah berkecai di lantai"Ishhh..awak ni... Janganlah buat macam tu, terkejut la!'' bebel Alya sambil mengutip serpihan kaca-kaca itu.
Rayyan hanya tersenyum sengih,Alya ni memang suka terkejut.
Sedang mengutip perlahan2 serpihan kaca, tiba2..
Alya mengaduh kesakitan kerana bahagian tajam serpihan kaca itu terhiris sedikit jarinya.
"Auchhh.."jerit Alya perlahan-lahan
Darah menitis perlahan-lahan
Rayyan segera bergerak dekat pada Alya.
"Okey tak? macam mana boleh kena ni..kau nii!'' Rayyan sedikit marah.
Dia lantas berlari untuk mengambil kotak kecemasan manakala Alya pula menahan rasa sakit.
Tidak lama selepas itu,Rayyan kembali lagi dengan kotak kecemasan.
"Bak sini jari tu"tegas Rayyan dan dia lantas merawat jari Alya yang luka itu dengan sedikit iodin dan dibalut jari itu dengan kain.
"Lain kali jangan tergopoh gapah sangat"bebal Rayyan sambil membalut perlahan luka Alya itu.
Manakala Alya hanya terdiam seribu bahasa sambil menganggukkan kepalanya tanda akur dengan bebalan Rayyan
"Awak punya pasal lah ni,kalau tak awak kejutkan saya macam tu,tak jadi macam ni!'' kata Alya
"Aiii salah aku pulak..cuit sedikit pun,nak terkejut Ahhh macam tu"kata Rayyan sambil melakonkan gelagat Alya tadi
Alya ,malas sudah mahu melayan kerenah Rayyan
"Ni apasal awak turun bawah ni,ada apa?"tanya Alya, tiba2 sahaja muncul Rayyan keluar dari bilik
"Ouh, aku lupa pulak, esok malam jangan lupa yang kita ada dinner family"beritahu Rayyan kepada Alya.
"Ingat.."balas Alya
Ingat dia lupa eh.
"Baguslah kalau macam tu"Makan malam itu...
"Alya! Cepat bersiap" gesa Rayyan
'Perempuan memang bersiap lambat'
"Sabarlah" dari jauh kedengaran suara Alya perlahan
Akhirnya Alya keluar daripada biliknya,dan turun ke bawah .
Alya terkaku seketika apabila terpandang Rayyan ,mana taknya mereka sedondon berbaju warna biru.Rayyan dengan kot biru manakala Alya mengenakan baju kurung moden berwarna biru.
Masing2 pandang sesama mereka,diam 10 saat
"Dah,jom!"ajak Rayyan
Ketika dalam kereta..
"Kau tiru aku baju biru" tuduh Rayyan tiba2
Hati Alya bagaikan berasap tiba2
"Eii.. takda masa saya nak tiru awak,dah saya nak pakai baju ni" balas Alya
"Kot2 laa kau curi tengok aku pakai baju apa, lepastu pakai baju sama warna dengan aku" tuduh Rayyan sekali lagi
"Suka hatilah awak nak cakap apa! Dan yang pasti saya tak tiru awak pon!" Jawab Alya
"Ouh! Lupa aku nak ingatkan kau,nanti depan semua orang ...kau kena panggil aku 'abang!'"pesan Rayyan lagi
'Abang!Uwek!' geli tekak Alya
"Tahulaa saya!"tegas Alya.
"Jangan tersasur pulak panggil awak..sayaa" perli Rayyan
Sudahnya Alya balas dengan jawapan diam saja
YOU ARE READING
Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)
RomantizmKerana hasrat dua pihak keluarga,hidup Alya Qaisara dan Adam Rayyan huru-hara! Dek kerana itu,mereka sering bergaduh dan berperang mulut setiap kali berjumpa sehingga menyebabkan masing2 tidak dapat mengawal emosi lantas berkata kata tanpa berfikir...