Part 13

221 9 0
                                    

Alya tampaknya hari ini sudah mula kerja,hampir semalaman dia bergaduh dengan Rayyan gara -gara Rayyan tak izinkan dia kerja dan hanya suruh Alya duduk di rumah saja.Puas Alya cuba dengan mengungkitkan banyak sebab,dan salah satu pastinya
"Mana aci,awak kerja,saya tak kerja ,nak kerja jugak"
dan akhirnya Rayyan mengalah dan membenarkan Alya kerja kerana tidak tahan dengan celoteh Alya
Alya tampaknya senang melihat Rayyan mengalah,jarang dia menang dalam bab bab bercakap ni.
"Umi..."kata Alya sambil memeluk umi dan bersalam dengan uminya
"Ehhhh...Alya..dah start kerja dahh"tanya Puan Aida
"Haaa,Rayyan bagi je"kata Alya malas.
Alya menolong uminya disalah satu butik milik uminya,tidak terlalu besar tidak terlalu kecil,cuma sederhana saja bangunannya.
Selesai waktu kerja Alya.
Dia mendail nombor Naurah,rindu betul kepada kawannya, kononnya dah lama tak jumpa
"Alyaa.!!!call aku nak jumpa ke?"duga Naurah
"Haaah,jom makan,aku belanja ok''ajak Alya dan sudah pastinya Naurah setuju

Husna datang ke pejabat Rayyan lagaknya seperti biasa,walhal sudah tahu akan status Rayyan
"Rayyan,jom kita makan,I tengok you asyik sibuk je,tak ada masa nak makan" ajak Husna,
Kebetulan sekali perut Rayyan sedang lapar,
selalunya Rafiqi yang datang ke pejabatnya untuk ajak makan,namun harini tampaknya Rafiqi ada hal katanya dan tidak dapat hadir ke pejabat.
"Jom la"ajak Rayyan,kerana hanya sebab lapar

Husna senyum gembira apabila Rayyan tidak tolak ajakannya mentah mentah.
Akhirnya mereka lunch di restoran ajakan Husna,malas mahu kata apa, Rayyan mengalah.

Seluas luas kawasan Penang, tepat sekali Alya dan Naurah sedang makan di restauran yang sama!
Cuma jarak kedudukan meja mereka saja yang bertentangan

"Haaaa,macam mana lepas kahwin ni?syok?''kata Naurah
Alya buat muka meluat
"Takkkk!..lagi lagi dengan mamat tu!"bentak Alya
Naurah ketawa ,"Alaaaa baru lagi,sebab tu tak biasa tu"
Alya muncung mulut "Banyak benda tau dia buli aku"luah Alya
Naurah ketawa "Buli buli sayang tu"
Alya buat mata ,'uwekkk!'
"Dah laaa jom makan"Alya cuba ubah topik,tapi betullah juga
'masalah rumah tangga ni perlu disimpan,jangan diberitahu orang lain,'
Terngiang ngiang pesanan umi di telinganya
"Hubungan kau dengan Rafiqi,macam mana?"tanya Alya pula..
Merah pipi Naurah apabila Alya bertanya seperti itu namun dia kelihatan sedih
"Dah lama,dia tak contact aku,tak ada la special pun hubungan kami ni"kata Naurah perlahan2
"Alaaaa,macam aku tahu jaa yang Rafiqi macam suka dekat kau"kata Alya lagi.
Naurah muram
"Janganlah bagi aku fake hope"kata Naurah sebelum dia senyum

Husna dan Rayyan makan dalam suasana sepi,Husna sesekali pandang Rayyan,namun Rayyan hanya semacam fokus pada perutnya saja
"You tak makan lunch dekat rumah you ke?"tanya Husna tiba2
Rayyan terdiam
"Takk,wife I kerja jugak"bagitahu Rayyan,itu alasan paling kukuh yang dia boleh sampaikan
"Ouhhh,,atau wife you niii ...pemalas?"tuduh Husna
'Alya malas?'rasanya belum pernah lagi dia lihat Alya malas,
Namun kerja rumah biasa,dia boleh buat,seperti kemaskan bilik,basuh baju dan lain- lain.
"Takkk...wife I rajin,suka memasak,hari hari dia masak menu special dekat I"bohong Rayyan sekadar,untuk bagi jawapan yang hebat lagaknya
Husna jeling dalam diam,begitu benci dengan perempuan itu.
'Huh!pura -pura rajin sebab nak ambil hati Rayyan la tu!'bentak Husna dalam hati
Husna senyum hipokrit,"Wooowww..untung you ni"Husna acah2 ketawa
Akhirnya Rayyan dan Husna selesai makan,
Itu pun Rayyan yang selesai makan dahulu dan dia terpaksa menunggu Husna
Di sebalik makan mereka, kelihatan Ada seseorang yang mengambil gambar mereka berdua makan,foto-foto itu kelihatan mesra ,pandai jurukamera itu menangkapnya.

Naurah Imani dengan Alya Qaisara ingin keluar,Rayyan ternampak Alya namun Alya tidak perasan akan kehadiran Rayyan
Rayyan bagaikan cuba menyorok dari Alya
Husna bagaikan perasan yang Rayyan pandang ke arah sesuatu
Mukanya langsung masam apabila Rayyan pandang ke arah isterinya iaitu Alya!
"Ehhh.itu isteri you kan, kebetulan sekali"kata Husna diam diam jeling Alya
'Huh!perosak ketenangan betul la!'
Rayyan mengangguk,dan dia mahu beredar namun ditahan Husna
"Kenapa tak tegur isteri you tu?Jom boleh la I kenal"ajak Husna
Diam diam senyum
'Apa kata Alya ya bila dia nampak Rayyan makan dengan perempuan lain?'Husna senyum jahat
Rayyan bagaikan tidak mahu berjumpa dengan Alya namun Husna semacam menggesanya
Mereka menghampiri Naurah dan Alya
"Alya"panggil Rayyan
Dan Alya dan Naurah toleh ke tempat yang sama
Jelas kelihatan di hadapan mereka Rayyan dengan seseorang perempuan

Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now