Alya mengelamun seketika.
Kedengaran ketukan pintu tiba-tiba,dan dia lantas berpura-pura tidur.
Naurah masuk ke bilik Alya,
"Aiii... lambatnya bangun..sakit tenat betul kau ni"kata Naurah,
Alya semacam kenal dengan suara itu,
Itu bukannya....suara Naurah ke?
Alya terus buka matanya perlahan-lahan
Dan kelihatan Naurah di hadapannya lagi tersenyum.
"Naurah.."panggil Alya perlahan-lahan
"Iyaa.. aku,,kau macam mana?Rasa lemah lagi?"tanya Naurah pada Alya
"Rasa pening sikit,tak larat lah"jawab Alya
"Macam mana aku tiba2 boleh ada dekat sini?"tanya Alya lagi
Naurah terkedu,kalau beritahu dia yang bagitahu Rayyan,mesti Alya marah!
"Ummmm..."Naurah tertunduk
"Sebenarnya,yaaa.. kau tu dah macam mayat hidup kau tahu tak,dengan muka pucat bagai, and then aku ingat nak bawa kau ke klinik,tapi aku kan tak ada transport,so sebab tu aku mintak tolong Rayyan.."beritahu Naurah,jujur
Alya terdiam apabila mendengar kata2 Naurah,dia tidak senang apabila Naurah meminta tolong pada Rayyan, bukannya Rayyan nak tolong pun sebenarnya!Pura-pura saja!"Kenapa minta tolong dia jugak?"tanya Alya, mukanya cemberut.
"Yaaaa..apa pun dia tetap suami kau,and then kau tu tanggungjawab dia,takkan aku nak halang"beritahu Naurah
"Maaf Alya"kata Naurah lagi,dia tahu Alya masih marah pada Rayyan
"Tak pa lah.. terima kasih sebab ambil perhatian"kata Alya
Baru Naurah teringatkan bubur ayam yang dilihat dalam peti sejuk tadi.
"Wehh ...kau masak ke tadi?"tanya Naurah ingin mendapatkan kepastian
Kali ini giliran Alya pula yang pelik,
"Memang tak lah..aku duduk je atas katil sepanjang lepas balik klinik tu"beritahu Alya lagi
Naurah berfikir sejenak.
'Jadi bukan Alya?So..Rayyan lahh kan?'
"Kau ada suruh Rayyan masak ke?"tanya Naurah lagi
Bertambah hairan Alya
Dia geleng perlahan-lahan
"Apa pasal aku nak suruh dia masak pula?Tak ada mood lah nak suruh dia masak.Lagipun macam kau tak tahu aku dengan Rayyan sekarang macam mana"jawab Alya agak dingin.
"Rayyan masak dekat kau"kata Naurah tiba2
Alya pandang muka Naurah dan tiba2 dia ketawa.
"Dia masak?Kau percaya? Naurah...Dia berlakon je depan kau..adoi..hahaha"jawab Alya menggeleng kepalanya perlahan-lahan
'Sebelum ini pun,dia tak pernah masak,apatah lagi selepas hubungan kami dingin" getus Alya dalam hatinya
Naurah bagaikan terdiam,tak tahu hendak berkata apa,tapi rasanya dia pegang bubur ayam itu masih panas lagi.
"Nahh..Aku bawak makanan kegemaran kau"kata Naurah.
"Terima kasih,sekejap lagi aku makan"kata Alya tersenyum."Kau dengan Alya macam mana?"tanya Rafiqi pula pada Rayyan
Rayyan terdiam.
"Umm...yaa dia masih marah lagi,dan aku tak jelaskan lagi sebenarnya"kata Rayyan
Rafiqi tersenyum hambar
"Aku doa supaya hubungan korang makin baik"kata Rafiqi pada kawannya
Dan Rayyan mengangguk kepalanya
"Terima kasih,Raf"Selepas Naurah dan Rafiqi pulang dari rumah Rayyan,Rayyan jenguk ke bilik Alya.
Kelihatan Alya sedang makan rupanya nasi ayam yang dibawa oleh Naurah itu,dan Alya agak terkejut dengan kemunculan Rayyan namun dia pura2 berbuat seperti biasa.
Terus Alya letakkan pinggan makanan itu semula,dan dia pura2 kembali tidur sambil selimutkan dirinya.
Rayyan tersengih ,dia tahu Alya cuba menghindarinya.
"Orang tua tua cakap tak baik tidur terus selepas makan,nanti perut kembung dan jadi gemuk"kata Rayyan tiba2
Alya di sebalik selimut itu, mengeluh perlahan-lahan,
'Suka hati aku lah! eyyyy'getus Alya dalam hati
Dan dia masih dalam keadaan posisi yang sama.
Melihat tiada sebarang respond daripada Alya,Rayyan mendekati Alya dan dia mahu mengangkat pinggan makan yang dimakan oleh Alya tadi.
Alya tahu yang Rayyan sedang mengangkat pinggannya tadi itu.
'Wahhh! Awalnya angkat!Sabarlah,,,tak habis makan lagi,,aku lapar lagi niii'getus Alya dalam hatinya.
Alya terus bangun dari tidur secara tiba2
"Saya nak makan lagi,awak biar je la... dulu"kata Alya pada Rayyan
Rayyan toleh semula pada Alya dan Alya memalingkan wajahnya daripada Rayyan ke arah yang berlawanan.
"Kau larat ke?"tanya Rayyan
"Satgi saya makan..tak payah banyak tanya soalan sangat"kata Alya
"Nak makan aku nak suap ni"usik Rayyan tiba2
Ini membuatkan Alya terus toleh pada Rayyan,namun hanya seketika
Alya pandang ke arah sekelilingnya,entah entah ada Naurah atau Rafiqi lagi?Tak pun Ada orang tua mereka?
Rayyan pelik apabila Alya seperti mencari sesuatu.
"Cari apa?"
"Orang"beritahu Alya sepatah
"Untuk?"tanya Rayyan
"Tak payah lah berlakon baik2 dengan saya,tak ada orang pun nak tengok lakonan awak tu"jawab Alya.
Rayyan terdiam, lalu dia terus mendekati Alya.
Diletakkan semula pinggan makan Alya,.
"Aku minta maaf pasal haritu..aku tak bermaks..."Rayyan cuba berbicara dengan Alya
Namun Alya memotong percakapan Rayyan
"Adakah ini salah satu rancangan awak jugak?Rancang pura2 baik dengan saya.. bagi hati saya cair dekat awak ehh?Awak cuba bagitahu rancangan awak tu,saya cuba ikut nak bagi puaskan hati awak tu,nak saya buat apa?Tersentuh? Lepastu mengaku saya sayang awak macam itu?"perli Alya dengan dingin.
Rayyan mengeluh perlahan-lahan
"Alya.. please bagi saya jelaskan semua pada awak",Rayyan cuba memujuk hati Alya
"Nak jelaskan?Tak payah lah..sebab mesti apa yang awak jelaskan tu putar belit....ye lahh..nak menegakkan benang yang basah"balas Alya bersahaja
"Yaaaa!Memang awal awal saya rancang nak jatuhkan awak!nak bagi awak yang jatuh hati dengan saya!tapi itu dulu.....sekarang ini saya dah sedar yang saya silap...dan sebenarnya.."
Rayyan kata perlahan-lahan
"Sebenarnya....saya awal lagi jatuh cinta pada awak.."akhirnya Rayyan meluahkan perasaannya pada Alya
YOU ARE READING
Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)
RomanceKerana hasrat dua pihak keluarga,hidup Alya Qaisara dan Adam Rayyan huru-hara! Dek kerana itu,mereka sering bergaduh dan berperang mulut setiap kali berjumpa sehingga menyebabkan masing2 tidak dapat mengawal emosi lantas berkata kata tanpa berfikir...