Part 19

232 9 0
                                    

"Susah sangat ke kau nak mengaku yang kau tu cemburu!'' tahan Rayyan
Alya berdiam diri dan terus masuk ke biliknya.
Di dalam bilik Alya menangis semahu-mahunya .Sungguh  dia tidak kuat untuk melayan semua ini,nampak sahaja dia kuat namun tidak.
Sejujurnya hatinya sudah mula untuk menerima Rayyan,namun Rayyan seolah-olah memandangnya serong.
Alya mengesat air matanya perlahan-lahan. Kalau Rayyan benar mahu Husna untuk menjaganya,dia pasrah,namun dia tidak sanggup menjadi orang tengah antara mereka, biarlah dia hendak mencari kebahagiaan nya sendiri.
Cerai?Itu benda yang terlintas pada Alya dan rasanya merupakan penyelesaiann yang paling terbaik buat mereka berdua.
Rayyan sedikit tidak puas hati,kerana Alya masih tidak mengungkapkan perasaan cemburu itu,entah hatinya bagaikan dipaut rasa bersalah apabila mendengar kata2 Alya tadi.
"Aku cuma mahu dia nak ngaku saja,yang sebenarnya dia yang lemah" tegas Rayyan
Sebahagian hatinya masih ego!

Rayyan nampaknya sudah kembali sihat seperti biasa.
Alya menyiapkan sarapan pagi seperti biasa,dicedok nasi goreng dalam pinggan Rayyan namun suaranya hanya diam membisu.
Rayyan pandang Alya, namun dia faham mengapa Alya seperti itu.
Alya bersalam seperti biasa dengan Rayyan.
Dan setelah itu,dia langsung bergegas masuk ke dalam rumah.

"Apa?Kau dah nak bertunang?"terkejut Alya apabila Naurah sudah dipinang oleh Rafiqi.
'Seronoknyaa, ada insan yang kita cintai juga mencintai kita' getus Alya dalam hati.Kelihatannya Alya agak sedih.
Naurah perasan wajah Alya berubah keruh,tahu la dia mesti ada kena mengena dengan Rayyan ni!

"What!Rayyan gila ke apa?!"bentak Naurah
Alya hanya diam sahaja tanda mengiyakan
"Eyyy...kalau aku dapat minah tu,dah lama aku kerjakan dia,buat kuih cekodok!"marah Naurah
"Aku lagi geram tapi aku sabar dulu", beritahu Alya
"Rayyan saja nak bagi kau cemburu ni!,"duga Naurah.
"Supaya dia tahu yang kau tu sebenarnya dah jatuh cinta dengan Rayyan"Sambung Naurah lagi
Alya agak terkedu mendengar kata2 Naurah.
"Kau sebenarnya dah jatuh cinta dengan Rayyan ni'' kata Naurah lagi
Alya agak malu dengan kenyataan itu.
"Ma......m..mana ada" jawab Alya
"Aku tahu la,kawan aku macam mana,berubah ke tak" Naurah pegang tangan Alya.
"Aku rasa Rayyan pun cinta dekat kau jugak,cuma egonya saja yang nak suruh kau ungkapkan dulu perasaan cinta kau tu,sebab tu dia bagi kau cemburu,...Apa kata kau luahkan saja perasaan sayang kau tu pada Rayyan" Naurah cuba bagi cadangan
"Luah?" Kata Alya takut2 ,mana pernah dia luah perasaan!
Naurah tersenyum,
"Jangan risau,aku ada cadangan macam mana nak tolong kau" Naurah tersenyum.
"Tak apalah,simpan je cadangan kau tu,gila nak buat apa jatuh hati dekat dia" Alya kembali proaktif
"Kalau bukan jatuh cinta... apa? Kenapa kau geram dengan Husna tu?" Kali ini Naurah cuba bongkar
"Marah lah!ayik tergedik-gedik  dengan Rayyan tu" jawab Alya
Naurah ketawa mendengar jawapan Alya
"Adoi... Alya ,,"Naurah bingung
"Pasal cerai tu,apa kata kau Bincang dengan dia.. Janganlah buat keputusan terburu-buru.."nasihat Naurah,
Dia pasti cerai itu bukan jalan penyelesaiann yang paling baik.
Alya tersenyum hambar
"Okay...aky try bincang" kata Alya, mendatar

Rayyan termenung di pejabatnya.
Terngiang ngiang kata Alya dalam fikirannya.
Selepas kejadian hari tu, Alya langsung tidak bercakap sepatah pun dengannya.

Rafiqi masuk ke pejabat Rayyan dan melihat Rayyan yang termenung.
"Weh.. termenung sampai mana tu? Indonesia? Singapura?"usik Rafiqi mematikan lamunan Rayyan
"Tak,ada apa2 la"jawab Rayyan
"Ni mesti kes kahwin kau kan"duga Rafiqi dan Rayyan mengangguk.
"Tu la..niat jahat lagi,tak tenang kau tau..orang kahwin sebab nak pupuk rasa sayang menyayangi tu...Kau?Nak bagi apa entah, pihak lemah bagai" Rafiqi geleng perlahan-lahan.
"Tak,,kau tak faham!Dulu perempuan tu jugak yang cabar aku kahwin dengan dia ,pastu aku dengar sendiri dia kata ,tengok siapa yang akan mengalah dulu,so Ni lah masa untuk aku nak buktikan"terang Rayyan dengan nada egonya
Rafiqi geleng ,ego benar kawannya itu,
Dan sememangnya Rayyan itu ego,,sudah lama dia mengenali sikap Rayyan itu.

Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now