"Rayyan,jom laa"ajak Husna,
Husna pura pura tak nampak Alya.
Dan Rayyan pun menuruti kehendak Husna.
Mereka berdua terus beredar dan menuju ke kafe.Manakala Alya juga terus keluar dari pejabat.
Alya tak tahu hala Tujunya selepas ini,yang pasti dia tidak mahu balik rumah mereka awal.
Akhirnya dia singgah sebentar di Pantai Merdeka, menyaksikan suasana permandangan yang cantik dengan air laut yang biru.
Terus saja kejadian tadi berlegar di benak Alya
"Patut la selama ini,tak makan ke apa ke,rupa rupanya dia dengan Husna tu" duga Alya.
Entah dia tidak tahu perasaannya,kesah atau tidak,yang pasti sebahagian hatinya kecewa.Rayyan diam tak bersuara,dia hanya menjamah makanan yang dipesannya perlahan-lahan.
Husna perhatikan Rayyan,namun di sebalik wajah itu dia tersenyum riang,kerana membuatkan hubungan Alya dan Rayyan semakin renggang..
Rayyan cuba pujuk hatinya
'Alaaaa,dia bukan cemburu pun,aku keluar dengan Husna je pun.. makan Lunch, bukannya selalu'getus Rayyan dalam hatinya"Alya?"sapa seseorang
Dan Alya toleh apabila namanya disebut
Kelihatan Faizal Yusuf bersama dengan seorang anak kecil
"Faizal?"Alya terkejut,kebetulan sekali berjumpa dengan Faizal
"Buat apa dekat sini?"tanya Faizal lagi
Alya terdiam sebelum menjawab
"Sajaa... release strees hahaha...ni sapa?"
Tanya Alya sambil menunjukkan anak kecil itu
"Anak saudara saya,....saja bawak dia jalan jalan "jelas Faizal sambil membetulkan rambut budak kecil 4 tahun itu
"Ouh..tak sangka terjumpa lagi"Alya tersenyum dan Faizal membalas senyuman Alya
"Tu laaa...mana suami Alya?"tanya Faizal lagi, sejujurnya dia ingin sangat bertemu dengan lelaki yang berjaya menakluki hati Alya.
Dengar saja perkataan suami,Alya bagaikan terdiam,namun masalah rumah tangga takkan mahu diceritakan kepada orang lain.
"Ummm...dia kerjaa"bohong Alya
Faizal menganggukkan kepala
"Uncle Faizal,nak ice cream"kata budak kecil itu
Dan Faizal tersenyum
"Alya,,saya nak bawa budak ni makan ice cream,merengek dah budak ni,"kata Faizal
"Jom la join sekali"ajak Faizal lagi
Alya tersenyum
"Tak apalah,awak pergi dulu,kalau saya ada masa nanti saya pergi"kata Alya
Dan Faizal agak sedikit kecewa,dia tersenyum sebelum beredar dari situ.Alya berjalan sepanjang pantai itu,angin seakan akan bergerak laju.
Tiba2 tanpa diduga hujan turun sepantas kilat
Dan Alya terus berjalan laju untuk pergi ke tempat parkir,jam pun sudah agak petang.
Rayyan pulang agak awal pada hari itu,dia agak bingung kerana kereta Alya masih belum tiada.Alya membungkus bekalan makan malam di sebuah restoran , memandangkan dia tidak masak untuk makan malam hari ini..
Dingin pula malam ini..sejuk betul
Alya memperlahankan aircond keretanya.
Hujan masih lagi lebat.Rayyan melihat jam di tanggannya,tepat jam 7 malam,namun Alya masih belum balik lagi.
'Dia pergi mana?tak balik lagi ni?'rungsing Rayyan memikirkannya
Kedengaran seseorang sedang membuka pintu dan siapa lagi kalau bukan Alya.
Rayyan menjenguk perlahan-lahan dan dia turun ke bawah.
"Pergi mana?"tanya Rayyan pada Alya
"Jumpa Naurah"bohong Alya tapi dia memang jumpa Naurah hari ini
Rayyan mengangguk perlahan-lahan, dia sebenarnya agak canggung kerana pasal peristiwa tadi .
"Nah"Alya hulur sebungkus plastik pada Rayyan dan Rayyan hairan
"Apa ni?"tanya Rayyan
"Makan malam,saya tak sempat masak malam ni"Bagitahu Alya
Tiba2 baru saja Alya sedar, bukannya Rayyan sedang bergaduh dengannya sampai tak mahu cakap katanya.
Alya pandang Rayyan dengan muka yang pelik.
Baru saja dia mahu tanya,Alya fikir semula
'Nanti tanya,satgi dia yang merajuk semula,tak apalah' getus Alya dalam hati
"Saya naik atas dulu"kata Alya sambil beredar dari situ
Rayyan mahu menahan Alya seolah olah dia mahu menjelaskan pada Alya mengenai peristiwa itu,namun egonya melarang daripada dia berbuat demikian
'Kalau aku explain dekat dia,satgi dia kata aku takut dia cemburu satgi,tak palah,biarlah dia tanya dulu' kata Rayyan lagi
Selesai bersiap diri,Alya termenung di katil.
'Rayyan tak explain langsung pun pasal tadi,tak rasa bersalah eh? Bukannya dia masih dalam mood merajuk?'getus Alya
Akhirnya dia membuat keputusan sendiri untuk bersua muka dengan Rayyan sendiri memandangkan pertemuan dia dengan Rayyan di pejabat tadi terbatal.
Pintu bilik Rayyan diketuk perlahan-lahan,kali ini tiada panggilan apa apa.
Rayyan buka pintu dan dia jugak sedikit terkejut dengan kehadiran Alya.
"Saya nak cakap dengan awak sekejap boleh?"tanya Alya dulu
Dan muka Rayyan acah serius sambil menganggukkan kepalanya tanda mengizinkan Alya untuk bertanya.
"Nak cakap apa?"tanya Rayyan tidak sabar
'Boleh lagi dia tanya aku pasal apa!' marah Alya dalam hati,agak panas sedikit dengan Rayyan
"Jangan buat tak tahu boleh? Tadi saya nak jumpa awak dekat pejabat, katanya sibuk,... tengok2 saja dekat luar pejabat awak dengan Husna tu apa kes?"tegas Alya bertanya,siap jelas dan terperinci.
Rayyan terkedu seketika, nampaknya Alya yang tanya dulu,dia tersenyum sedikit
"Kejap,....sebelum ni kan bukannya awak tak bercakap dengan saya ke?Kenapa dengan mood awak pulak?"Sambung Alya lagi
Kali ini giliran Rayyan terkedu dan terdiam,baru dia teringat yang dia masih dalam mood acah merajuk tapi sekarang?
Rayyan ketap bibir, "ummmm... sebenarnya sejak semenjak ni aku sibuk, banyak hal penting dekat pejabat yang perlu diuruskan,dan balik saja malam aku tak larat,sebabtu tak cakap tu" Rayyan mereka alasan
Alya mengangguk kepalanya perlahan2 tanda faham
"Patutlaa.."
'ingatkan merajuk' Alya bersuara dalam hati.
"Husna tu apa kes pulak?"tanya Alya berbaur cemburu
Kali ini Rayyan ketawa,
"Cemburu ke?"tanya Rayyan tiba2
Dan muka Alya langsung berubah menjadi putih kemerah-merahan.
"Ma .......mana..ada"tersekat sekat Alya jawab
Kali ini semakin kuat Rayyan ketawa.
"Cemburu la tu.."usik Rayyan lagi
"Huh!buang masa cemburu tu,saya cuma tanya je!''bentak Alya
"Kenapa tanya?''balas Rayyan
Alya geram,
orang tanya jawablah! Ni tak orang tanya dia tanya balik!
"Tak..... sekarang ni awak tu suami saya,kalau umi dan abah saya tiba2 nampak awak dengan perempuan lain,saya nak jawab apa,nak bagi kantoi?"tanya Alya siap perli lagi.
Kali ini jawapan Alya agak mengecewakan hati Rayyan,entah kenapa Rayyan tak suka Alya jawab seperti itu!
Tapi dia bagaikan setuju dengan kata2 Alya ,kalau kantoi dengan orang tua mereka nanti,habis la!
"Sebenarnya Husna ajak aku makan lunch,so aku setuju... alang2 aku dah lapar so aku setuju la"beritahu Rayyan,
Kali ini suara dia kembali mendatar dan serius.
"Ouhh.....macam tu.....lain kali jangan buat macam tu lagi"Alya pesan perlahan2 pada Rayyan.
Dan dia terus beredar dari bilik Rayyan
Rayyan hanya pandang Alya dari belakang,selepas itu tiba2 dia senyum sendirian
"Kenapa kau tak bagi tahu je laa yang kau tu cemburu?"kata Rayyan
YOU ARE READING
Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)
RomanceKerana hasrat dua pihak keluarga,hidup Alya Qaisara dan Adam Rayyan huru-hara! Dek kerana itu,mereka sering bergaduh dan berperang mulut setiap kali berjumpa sehingga menyebabkan masing2 tidak dapat mengawal emosi lantas berkata kata tanpa berfikir...