Part 6

226 9 0
                                    

"Apa yang Rayyan cakap tadi dan apa yang aku cakap tadi!!"tanya Alya semula kepada dirinya di dalam kereta
Selepas tamat perjumpaan Alya dan Rayyan,Rayyan beredar terlebih dahulu sebelum Alya,masih terngiang ngiang kepala Alya kata2 Rayyan selepas dia berani mencabar permintaan Rayyan

"Challenge accepted and I accepted to marry you!!"
"Ok,kalau macam tu aku hantar rombongan meminang minggu ni,"kata Rayyan dan terus beredar

"Habis la,apa yang aku buat ni!tu la Alya cakap tak fikir dulu! jangan2 Rayyan main2 tak?"fikir Alya
Alya balik semula ke rumah umi dan abahnya , lebih kurang seminggu saja dia akan menginap di rumah abahnya.
"Alya,mari makan!"ajak Puan Aida
"Baik,umi"kata Alya
"Abah,umi Alya nak tanya something"tanya Alya terlebih dahulu
"Apa dia sayang?"tanya uminya manakala abahnya muka berkerut kerut semacam penting bunyinya
"Abah rasa Adam Rayyan tu ok ke?,tak maksud Alya dari segi sikap dan perangai dia,dari aspek semua la senang"
Tanya Alya
"Bagi abah, Rayyan tu nampak ok, muka pon handsome,baik2 gitu"puji abahnya melambung lambung.
"Haah,umi pon nampak baik Rayyan tu,kenapa Alya tiba2 tanya ni?"curiga uminya
Alya hanya senyum manis sahaja
"Tak ada apa2 la umi,abah"

Rayyan senyum tiba2 teringatkan peristiwanya tadi dengan Alya,Dia sedar seratus peratus apa yang dia katakan.
"Huh,cabar aku lagi yaa,kita tengok siapa sebenarnya yang pengecut?"
Rayyan segera turun ke meja makan maklum waktu makan malam sekarang .
Papa dan mamanya,semuanya cukup di meja makan.
"Papa,Rayyan sedia nak kahwin dengan anak kawan papa tu"beritahu Rayyan tiba2.
Dan apatah lagi terkejut papa dan mamanya.
"Rayyan,kamu ni betul2 ka atau main2 ni?"tanya papanya.Bukan boleh percaya sangat dengan Rayyan,merapu itu pasti.
"Tah,Rayyan,haritu siap bawak teman wanita lagi,lepastu tiba2 dah bersedia nak kahwin dengan Alya"terkejut mamanya ,haritu beriya2 bawa teman wanita sekarang??

"Papa,mama,haritu kan kata hasrat papa dan ayah Alya nak kahwinkan Rayyan dengan Alya,sekarang bila Rayyan dah setuju papa tanya balik?
,Apani papa?"jawab Rayyan
"Tak,papa ok ja,seronok betul kamu setuju,tak bantah lama2,selalunya kamu bukan macam tu ,kan mama?"tanya Dato Zainuddin
"Haah,betul ni,kamu dah kenapa?"tanya mamanya
"Papa,mama ni banyak sangat la soalan,oklah Rayyan tak jadi nak kahwin!"tegas Rayyan tiba2, banyak pula soalan malam ni!
"Ehh,takk ...mana ada kami sokong,papa setuju,mama confirm la setuju nak terima menantu baru"terus Puan Fadzilah berkata,kalau tidak sampai ke tua boleh jadi Rayyan tak kahwin!
"Aishh,kamu ni,papa memang dah rancang memang setuju la"jawab Dato Zainuddin
Senyum Rayyan makin jadi menjadi,terus otaknya mengatur rancangan untuk memperkenakan perempuan itu.
"Kalau macam tu,kita hantar rombongan meminang minggu ni,boleh tak?"cadang Rayyan tiba2
Apatah lagi semakin terkejut Dato Zainuddin dan Puan Fadzilah.Lain betul Rayyan hari ni.
"Ushhh,laju benar kamu,kami ni tak bincang lagi"terkejut besar Dato Zainuddin
"Tu la,cepat betul"setuju mamanya
Rayyan cuba menahan ketawanya namun disimpan dalam diam. Tiba2 dia dapat satu rancangan lagi,
"Sebenarnya, Rayyan dan Alya dah lama kenal,pernah bercinta tapi berpisah sebab salah faham selepas itu,sebab tu Rayyan bawak teman wanita hari itu, kononnya nak bagi Alya cemburu,tengok2 Alya cemburu,dan marah Rayyan.Jadi kita orang bincang baik dan akhirnya kami setuju nak kahwin"terang Rayyan panjang lebar.
"Sebab tu kita cepatkan pertunangan ni, takut2 Ada halangan lagi"kata Rayyan lagi
"Ouh,kalau macam tu, baguslah kamu berdua dah kenal,papa gembira sekali"terang Dato Zainuddin
"Hmmmm,dah lama kenal patutlaa"kata mamanya pula
"Papa,jadi tak minggu ni,bawa rombongan meminang??"tanya Rayyan
"Hishh,kamu ni tak sabar betul,nanti papa bincang dengan Dato Yusof, Insyaallah apa yang kamu harapkan jadilah"kata Dato Zainuddin

"Kalau macam tu,terima kasih papa, Rayyan naik atas dulu ya"Rayyan minta izin tiba2
Akhirnya terburai segala gelak ketawa Rayyan
,"kononnya pernah bercinta'
Rayyan ketawa
"Alya Qaisara,you wait and see!"senyum Rayyan

Senyum lebar Dato Yusof apabila Dato Zainuddin menceritakan segalanya kepadanya.Lantaran itu,dia segera memanggil anaknya untuk mengetahui jawapan anaknya ,setuju atau tidak? Kerana pihak sana sudah memberikan green light.
"Alya, rupa rupanya kamu simpan rahsia ya selama ini"kata abahnya
"Haaa?Rahsia?Eh tak la mana ada rahsia yang Alya simpan"nafi Alya
"Tadi Dato Zainuddin call abah,dia kata Rayyan dah ceritakan semuanya,dan dengar kata kamu berdua setuju nak kahwin"kata Dato Yusof
Terkejut benar Alya
'Takkan dia bagi tahu hal tadi kot?'
"Umm,dia bagi tahu apa abah?"kata Alya takut2
"Dia cerita yang kamu berdua sebenarnya dah lama kenal siap bercinta lagi tapi berpisah sebab salah faham,sebab tu ambil masa dekat Rayyan dengan kamu nak terima hasrat kami"terang abah Alya
'Ehhh,kenal memang lama?baru jumpa tu baru,sekejap BERCINTA??'
"Apa,bercinta???salah faham apa ni abah?"Alya bingung
"Tak payah la pura2 Alya,kami dah tahu dah,siap berahsia lagi"kata uminya tiba2
Alya sekali lagi terkedu.
"Minggu ni diorang kata nak hantar rombongan meminang katanya"terang abah Alya ,nampak gembira
Alya terkejut"WHAT?"
'Adam Rayyan!!!!"jerit hatinya

"Hello,apa yang awak buat ni?"tanya Alya segera.Dia serang Rayyan
Namun Rayyan hanya ketawa,"kau kan yang cakap kau tu sanggup kawin dengan aku, and I accepted to marry you.."ulang Rayyan semula sambil mengaya gayakan suara Alya.Alya muka tebal apabila mendengar Rayyan kata seperti itu.
"So, accept it or decline? Kalau kau decline, maksudnya kau yang pengecut" kata Rayyan
"Ok kalau macam ni perangai suka hati awaklahh nak buat apa!"terus Alya letak panggilan.
Senyum Rayyan Makin menjadi jadi,'cabar aku lagi,tak da siapa yang pernah cabar aku'

Alya jalan mundar mandir,sekejap ke sana,sekejap ke situ sampailah dia terkaku
"Ya Allah,macam mana aku boleh kenal malaun tu,macam mana dia anak kawan abah ,Ya Allah"luah Alya,Hampir beberapa kali dia meraup wajahnya.
Sekarang ni Alya rasa mukanya tebal beberapa inci apabila bertemu Rayyan.Pasti ada lagi permainan Rayyan selepas ini.Alya mengagak.

"Naurah,minggu ni aku tak boleh balik la rumah kau ni,ada hal"kata Alya menerusi panggilan telefon kepada Naurah Imani.
"Tak apa,tak ada masalah pon,kau ada hal apa sampai tak boleh balik ni?"curiga Naurah
"Ummm,kita jumpa esok boleh tak,tak boleh la cakap hal ni menerusi Fon"jelas Alya, sebenarnya dia bukan malas,cuma risau umi dan abahnya terdengar.
"Tak ada masalah,tempat biasa ok?"jawab Naurah
"Ok, thanks Naurah

Perjumpaan Naurah dengan Alya..
"Hah,apa hal penting sangat"tanya Naurah
"Ish,berat betul masalah aku ni,"kata Alya. Akhirnya Alya menceritakan segala apa yang berlaku ,mengenai hal antaranya dengan Rayyan.
Jelas terkejut Naurah,tatkala mendengar luahan hati Alya.
"What!, seriously!!mamat tu anak kawan ayah kau dan sekarang ni kau nak kahwin dengan mamat tu!"kata Naurah
"Hmmm,tu laa satu lagi dia mempermainkan aku tau,aku geram tau Eyy"kata Alya
"Bercinta betul ka?"tanya Naurah betul2
"Naurah!!"kata Alya
Naurah ketawa ,"Hahaha,tak aih aku percaya,takkan la kau ada boyfriend tak bagi tahu aku"cuit Naurah
"Sekarang macam mana,dia nak hantar rombongan meminang minggu ni tau tak!"kata Alya.
Naurah yang sedang minum air terus tersedak dan batuk
"Wowww,aku rasa dia memang ada hati dengan kau la"jawab Naurah
"Tak,dia mainkan aku"tegas Alya
"Tak pa laa ,Alya sekarang ni terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata membawa padah,kau pun dah siap terima cabaran nak kahwin dengan dia,sekarang ni the best way is istikharah,"cadang Naurah sekadar memberi nasihat
Alya terpaku seperti mengiya iyakan kata2 Naurah,dia tutup mata seketika.
"Thanks,Naurah,terima kasih sebab sudi mendengar nasihat aku"kata Alya
"No problem,kalau kau ada masalah,kau cerita la masalah kau dekat aku,aku sedia pinjam bahu dan by the way aku doakan kebahagiaan kau dengan dia,mungkin dia itu tersurat untuk kau,siapa tah nama dia?"tanya Naurah
"Adam Rayyan"kata Alya
"Woww,sedap namanya,tak sabar nak tengok gandingan Alya Qaisara dengan Adam Rayyan"kata Naurah
"Naurah,ishh"Alya jeling dan mereka ketawa

Pada malam itu,Alya melakukan solat sunat istikharah,dan berlanjutan beberapa kali selepas menunaikan solat Isyak.

Tepat setelah dia habis menunaikan solat,bunyi panggilan telefon kedengaran, siapa lagi yang suka menganggu Alya kalau bukan 'bakal tunangnya',Adam Rayyan

"Nak apa pulak ,dia ni?"getus Alya Qaisara
"Hello, assalamualaikum,awak nak apa?"tanya Alya straight to the point
"Wushh,garang betul,hahah tak ada laa esok kita date"kata Rayyan.
"Ya Allah, awak dah kenapa?, sudah2lah bergurau,kalau awak nak main2 baik saya call off"Alya ugut.
"Tak,esok aku nak jumpa kau,alaaa acah sikit nak lari dah,"kata Rayyan
" Nak Bincang pasal hal kita la"sambung Rayyan
Terus Alya terkedu, dan terus kembali mengingati apa yang abahnya ceritakan kepadanya
"ha, elok la saya pon nak jumpa awak" kata Alya bersiap sedia untuk misi menyerang Rayyan
"Ok,jumpa esok"kata Rayyan sambil senyum
Alya segera tutup panggilan,sambil memikirkan apa yang bakal terjadi pada esok hari.

Apa jadi selepas ini?
Apa lagi permainan Rayyan??
Sanggupkah Alya melayani perangai Rayyan??

Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now