Part 4

228 9 0
                                    

"Sebenarnya abang dengan kawan abang dah rancang untuk kawinkan anak kita dengan Zainuddin tu.Maklumla rapat,kami buat janji kalau salah seorang daripada kami dapat anak berlainan jantina,kami nak kawinkan,itu hasrat kami berdua"jelas Dato Yusof kepada Isterinya, Puan Aida
"Maksudnyaa yang tadi Rayyan tu.."Puan Aida terdiam
"Iya la awak,dah diorang ada satu anak saja"jawab Dato Yusof
"Rayyan tu nampak baik bagi saya ,tak tahu la Alya macam mana"jelas Puan Aida."Mungkin kawan abang lupa hasrat itu kot"
"Tadi kami berbual, Zainuddin yang luahkan hasrat itu,tapi sebelum tu dia tanya Alya dah ada boyfriend ke tak,saya jawab la tak,dan Zainuddin terus sampaikan hasrat yang kami harapkan sekian lama"panjang lebar Dato Yusof terang
"Tanya Alya dulu,bang,jangan main paksa2"cadang Puan Aida Dia tidak mahu memaksa anaknya untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai anaknya.

"WHAT?" suara lantang Rayyan kedengaran.
"Papa harap kamu tak kecewakan papa,"

"Papa,ini lawak"Rayyan gelak tiba2 setelah mendengar penerangan papanya.."Lawak papa menjadi"sambung Rayyan
"Dah kamu tu sampai sekarang tak ada lagi teman wanita,kamu tu makin berumur"kata Dato Zainuddin kepada anak lelakinya.
"Rayyan tak bersedia lagi la papa,masih awal"jawab Rayyan perlahan
"Kamu kena kahwin segera,Rayyan!papa dah tak tahu bila papa dan mama dah tak ada, kamu jadi apa,makan minum sebagainya,"kelihatan Dato Zainuddin sedih mengungkap kata2nya..
Rayyan diam,masih awal untuk menentang hasrat papanya.
"Papa cuma ambil kisah hidup Rayyan saja?habis tu hati dan perasaan Rayyan ni macam mana pa? hidup dengan seseorang yang Rayyan tak pernah rapat dan sayang macm sayang papa dan mama,"
"Rayyan harap papa faham perasaan Rayyan"Rayyan kelihatan marah namun amarahnya cuba ditahan,dan dia segera naik ke biliknya.
Dato Zainuddin terdiam sambil memikirkan kata2 anak lelakinya
"Papa buat demi kebaikan kamu,Rayyan" perlahan suara Dato Zainuddin berkata2.

Alya memandu perlahan keretanya sebelum melawat adiknya,secara tiba2 sebuah kereta laju meluru dan menahan keretanya.Alya jelas2 terkejut ,dan kelihatan Rayyan keluar dari pintu kereta dengan berkaca mata hitam menghampiri kereta Alya perlahan2.
"Aku nak cakap dengan kau"Rayyan
"What?sekarang tepi jalan ni?nak bincang apa?"bertalu talu Alya tanya
"Kau pandu kereta kau ikut aku pergi sesuatu tempat!"kata Rayyan sambil memakai kaca mata hitamnya semula dan segera ke keretanya.
"Apa masalah dia ni?"getus Alya
Perjumpaan mengejut secara tiba2 Rayyan dengan Alya.Suasana canggung namun jelas muka Rayyan seperti tidak berpuas hati.
"Kau nak balas dendam dekat aku balik?"tanya Rayyan
"Balas dendam?Apa maksud awak,?" -Alya
"Tak payah berpura pura,boleh tak?Aku benci perempuan hipokrit macam kau!Kau hasut apa dengan ayah aku!atau kau suruh ayah kau cadangkan kepada ayah aku!"marah Rayyan
Alya berang apabila dituduh seperti itu.
"Hello,boleh tak jangan tak tentu pasal tuduh saya, apa yang hasut2 ni?apa kena dengan ayah saya!jangan pernah babitkan ayah saya ya!"tegas Alya
"Kau tahu atau pura pura tak tahu?"tanya Rayyan dengan sinis
"Awak merepek la seorang diri,saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan,just STRAIGHT TO THE POINT!!"Alya hendak beredar dari situ namun sempat ditahan oleh Rayyan.
"Ayah aku dengan ayah kau hasrat untuk kawinkan kita!"tajam mata Rayyan memerhatikan Alya.
Alya tergamam dan cuba sedaya menelan kenyataan itu.
"Abah saya tak bagitahu pada saya apa2,awak silap orang ni"tegur Alya
"Diorang bincang hasrat itu waktu family kau pergi dinner di rumah aku!"jelas Rayyan ,suaranya agak emo.
"Dah kenapa awak nak bincang dengan saya pasal benda ni?"tanya Alya
Rayyan tersenyum sinis "Kau ingat aku nak kawin dengan kau ke,pergi cermin muka kau dulu,sebab tu aku bincang dengan kau ,kau pujuk ayah kau pasal hasrat itu ,aku pandai2 bincang dengan papa aku"cadang Rayyan
Alya berfikir sejenak."ingat saya teringin ke kawin dengan awak,baik kawin dengan pakcik guard jaga polis tu!muka tak elok takpa asalkan HATI BAIK BUDI BICARA,"perli Alya
'Aku pantang perenpuan ni cabar aku'kata Rayyan dalam diam
"Aku akan ingat ayat kau ni sampai bila2"kata Rayyan dengan gerunnya sebelum beredar dari situ.
Alya hanya memandang suasana luar saja.
"Betul la aku cakap"kata Alya

"Hello,ya cik"suara setiausaha Encik Adam Rayyan kedengaran
"Maaf,Encik Rayyan tiada,dia tak datang pejabat hari ini"jelasnya
Kedengaran suara wanita yang membalas kata2nya 'Nanti Rayyan dah masuk esok,tolong inform saya' arah wanita misteri itu
"Baik,cik"

"Adam Rayyan,I am back to get you!"senyum wanita itu sambil memandu keretanya,kelihatan dia baru pulang dari luar negeri.(outstation)

"Abah,Alya nak tanya sikit,"
"Tanya apa?"tanya Dato Yusof , bunyinya seakan akan penting
"Abah ada rahsiakan apa2 ke daripada Alya?"Alya tanya penuh curiga
Dato Yusof terdiam,bagaikan mengiyakan kata2 Alya.
"Ada,kamu dah tahu ke?"jawab Dato Yusof.
"Tentang hasrat abah dgn Uncle Zainuddin berkenaan perkahwinan,"perlahan Alya jawab.
"Siapa yang beritahu kamu? Dan macam mana kamu tahu?"Dato Yusof pelik kerana dia masih belum memberitahu kepada anaknya.
"Adam Rayyan yang bagitahu Alya,sebab yang ini ada kaitan dengan masa depan kami katanya"beritahu Alya.
"Kamu setuju ke Alya nak kahwin dengan lelaki tu?"tanya uminya tiba2, muncul,
Alya diam,'nak jawab apa ni'
"Ummm,Alya belum bersedia la umi,nak lagi yang baru kenal"kata Alya
Tiba2 Puan Aida ada satu cadangan apabila Alya menyuarakan pendapatnya.
"Abang, perkahwinan ni macam baru dan laju,apa kata abang bagi masa dekat Rayyan dengan Alya untuk berkenalan,baru la diorang dapat nilai satu sama lain dan ready nak kahwin"cadang Puan Aida.
Apatah lagi terkejut Alya dengan cadangan uminya,bukan calang2 umi bagi pendapat ni!
"Bukannya apa,Alya lagipun kamu mana ada sapa lagi,Adam Rayyan pon,kata Puan Fadzilah,masih bujang,elok laa kamu dua orang ,umi tengok Adam Rayyan tu budak tu elok saja,baik, handsome lagi tu,tengok la watu kita dinner abang ,dia siap ajak Alya berbual,waktu tu Alya diam membisu sejak selepas makan,"puji uminya
"Tapi,ikut kamu,la"sambung uminya lagi
'Wow,Rayyan dah ambik hati umi la dengan satu malam tu saja!'getus Alya
"Macam ni la,kami bagi masa untuk kamu kenal Adam Rayyan yang sebenarnya,baru insyaallah kalau ada jodoh ,kahwinlah kamu berdua"terang Dato Yusof
Alya bagaikan hendak pintam mendengarkan perkataan 'kahwin',bersungguh sungguh umi dan abahnya inginkan dia kahwin.'
Hendak tolak,nanti kecewa hati mereka,nanti Aku cuba pujuk la' Alya cuba menenangkan hatinya.

Dato Zainuddin senyum lebar apabila Dato Yusof berbual dengannya melalui panggilan telefon.Mengikut perbincangan mereka akan ada lebih kurang sebulan untuk memberi masa kepada Alya dan Rayyan untuk berkenalan,baru la rombongan akan datang masuk minang selepas itu.
Rayyan terkejut besar apabila papanya mengkhabarkan kepadanya tempoh lebih kurang sebulan untuk mengenali Alya dengan lebih rapat,berikutan itu, Papanya menyuruh Rayyan untuk berjumpa dengan Alya pada esok hari.
"Dengar cakap papa,Rayyan ,kamu ingkar,tahu la nasib kamu!"arah papanya dan terus beredar dari situ.
Hanya tinggallah Rayyan seorang diri, otak Rayyan ligat untuk memikirkan cara2 untuk membatalkan hasrat perkahwinan itu sebelum diorang bertunang.

"Kita ada sebulan untuk menggagalkan rancangan keluarga kita,"terang Rayyan kepada Alya."Sekarang ni papa aku suruh aku jumpa dengan kau untuk kita saling mengenali"terang Rayyan
"Kau pandai2 pujuk parents kau dan aku pandai2 pujuk parents aku dalam tempoh sebulan ni,faham!?"tegas Rayyan kepada Alya
"Faham,saya cuba"perlahan Alya cakap
'nak bantah abah punya arahan, jarang aku buat' kata Alya dalam hati.
"Ingat aku nak sangat kahwin dengan kau!"kata Rayyan sekali lagi
'Memang taklah aku nak kahwin dengan minah ni,terkedek2, annoying,banyak cakap' Rayyan dalam hati
"Saya rasa awak dah berpuluh2 kali mengungkapkan kata2 yang sama,ingat awak sorang je ke,saya pon dua kali lima! Rasa rasanya kalau orang tahu sikap awak yang sebenarnya,memang silap besar la,nilah orang harap muka handsome tapi perangai kalah penyangak, !'balas Alya
"Aishh, perempuan ni kan,kalau kau laki dah lama aku siku kau;"kata Rayyan
"Dahlah sebelum aku jadi gila,lebih baik aku balik dulu,tak ada masa nak layan perangai tiga suku kau"Rayyan terus angkat punggung dari situ.
Alya mencebik "Eleh,dua kali lima dia sama saja"
.........

Adam Rayyan masuk pejabat dan selepas itu setiausahanya masuk,
"Encik Rayyan, sebenarnya ada seseorang yang tengah tunggu encik,tetamu tu ada dekat luar"jelas setiausahanya.
"Klien ke?Jemput dia masuk"arah Rayyan
"Baiklah,Encik"
Pintu masuk ditolak tiba2 dan muncul seorang wanita dengan tumit tingginya
"Rayyan.."Adam Rayyan toleh dan terkejut melihat wanita itu

Bingo!Siapa perempuan itu?
And apa kaitan dengan Rayyan?



Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)Where stories live. Discover now