PART 49

292 30 8
                                    

"kevin...kevin morrison....",william struggle mencari nama kevin pada papan maklumat pesakit.
nak tahu wad mana punya pasal.

"inila nama dia! kau ni rabun ke apa", aku menunjukkan pada nama kevin.

adui budak ni,dah 10 minit dibazirkan begitu sahaja.

"hehee sorry, sorry ...",william tersengih kera.

"patutla kau tak jumpa nama kevin, yang kau tengok nama dekat wad sakit puan tu dah kenapa aduila, kau pikir kevin baru lepas beranak ke apa? hahaha",mel ketawakan william.

"eh kau berani eh ketawakan aku sekarang, tapi ala sorry la..",william masih tersengih bak kera busuk.

"ha takpe la,takpe...jom jumpa kevin",kata aku.

"erm,macam mustahil je nak jumpa kevin",kata mary.

"eh? kenapa mustahil pulak?", tanya william.

mary tidak menjawab, tapi jari kecilnya menunding pada jenis wad yang kevin tengah duduk.

'WAD KRITIKAL'

"hm ala entah ii dia okay je,kot..?",mel bertanya.

mary menjawab dengan gelengan kepala.

"wad kritikal kat dunia ni tak sama macam wad kritikal dekat dunia kita, nanti korang tengok sendiri la wad kritikal dunia magik macam mana ye",mary terus menarik tangan kami ke wad Kevin.

aku dah berdebar dah.
kenapa kritikal?

×

[WAD KRITIKAL]

kami membuka pintu untuk masuk ke wad kritikal.

"uish",william bersuara.

aku pun tergamam.

kenapa semua pesakit dekat sini, duduk dalam satu bilik sorang-sorang dengan katil,tandas,makanan,lampu dan kipas kecil?

lepas tu orang yang melawat diorang tak boleh masuk bilik tu,dapat tengok dari luar je melalui tingkap kaca yang mengasingkan mereka.

kalau nak bercakap pun,kena halang dengan kaca tu.hm.

aku ternampak pulak sign yang ditulis "sila senyap".
uish, memang nampak kritikal sangat ni.

"wad kritikal ni ialah wad untuk mereka yang ada penyakit yang berasal dari magik, lagi-lagi magik yang bahaya,jadi untuk keselamatan orang yang melawat mereka, mereka buat la macam ni",jelas mary.

kami hanya mengangguk.

"tapi,kalau orang tu just cedera teruk? nak sumbat kat wad mana?",tanya aku.

"wad kecemasan, wad kecemasan untuk yang cedera, yang sakit bukan penyebab magik..mungkin sebab kemalangan ha itu dekat wad kecemasan,wad kritikal ni memang berkait dengan magik",jelas mary lagi.

"ouh,mana la kau tahu benda ni mary",kata william sambil matanya memerhatikan setiap satu pesakit di situ yang terbaring lemah di dalam bilik mereka,keseorangan.

"well, library A.O.M section medical treatment,dekat sebelah kiri section history of magic world",kata mary.

"wow",mel.

kami masih melangkah mencari wad nombor 23.

"ha tu dia!",kata mel.

mel menunding jari pada satu bilik yang bernombor 23. aku dapat lihat kevin dalam bilik tu melalui kaca yang ada pada dinding bilik tu . sorang- sorang ,terbaring atas katil, tak sedarkan diri.hm.

kami terus bergegas dan mendapati yang ibu bapa kevin, Mr. Morrison dan Mrs. Morrison sudah pun sampai dan bersama seorang doktor lelaki.

"hi, mr.morrison and mrs. morrison", sapa kami.

"hi there,thank you for all of you sebab dah selamatkan kevin dari bahaya dan selamatkan mezonia", ucap ibu kevin.

kami terdiam.

"er actually, kami la yang bersalah sebab dah buat dia cedera teruk..", aku pun terus bercerita apa yang terjadi di gua pada hari kejadian.

mr. dan mrs. morrison hanya mendengar dan mengangguk.

"maaf,mr. dan mrs morrison! ini semua salah kami",kata william.

"eh,tak perlu...ini bukan salah kamu, kamu nak serang Queen Edna tu,bukan kevin tapi tu la Queen tu yang tarik Kevin kan jadi, salah Queen Edna tu la",kata mrs. morrison.

"its okay,kami maafkan",kata mr. morrison pula.

"terima kasih",kami tersenyum bahagia.fuh nasib baik dimaafkan kau kalau tak,hmmmm.

"ouh,jadi itulah yang terjadi? sekarang saya dah 100% faham macam mana encik kevin boleh jadi macam ni",kata doktor.

"macam ni? macam mana tu doktor?", tanya william.

"kevin menghidap penyakit Revenasio Overlita maksudnya jumlah power of revenge dalam badan kevin sekarang ini terlalu banyak"

"dan membahayakan untuk dia"

"dan kita",doktor.

----------------------

STAY TUNED

----------------------
hambar? bosan? typo?
HARAP DIMAAFKANN

Academy Of Magic 2:The Lost Queens [COMPLETED]Where stories live. Discover now