BAB 1

906 33 3
                                    

Matahari yang terbit di celah-celahan langsir bilik membuatkan dia sedar dari tidur lena. Bergegas dia mengambil tuala menuju ke bilik air. Sedar bahawa dia sudah lambat ke tempat kerja, dia cuba bersiap secepat mungkin apabila mendengar kawannya menjerit.

" Aira ! Aira !! Kau dah siap ke belum hoi !? " jerit Aminah memanggil sahabat baiknya kerana dia risau mereka akan dimarahi lagi oleh bos mereka sekiranya lambat hari ni.

" Iyer Mina , aku dengarlah ni. " sahut Aira yang sedang menuruni tangga.

" Dengar kau cakap ? kau tau tak penat aku ketuk pintu bilik kau start dari subuh tadi sampai sekarang tau! Sarapan pon tak makanlah kita pagi ni haih! Apalah nasib aku ada kawan macam kau yang penakut sangat ni Aira oii ! Bila lah nak hilang kau punya takut tuh hmm "

Membebel Aminah pagi itu disebabkan dia jugak terbangun lewat. Mengenangkan kawannya yang takut akan kegelapan itu, terpaksa lah dia yang bangun dahulu mengejutkan kawannya. Iyer, setiap hari beginilah hidupnya bersama temannya itu bersiap untuk ke kerja selama hampir setahun.

Dia tahu Aira tiada siapa-siapa lagi selain emak dan dirinya. Ayah Aira meninggal disebabkan kemalangan. Oleh itu, dia sentiasa melindungi Aira setelah diamanahkan oleh emak Aira. Dia juga tahu, Aira sanggup berhenti belajar selepas tamat SPM demi menyara dia dan emaknya di kampung. Dia mengenali Aira pun apabila terserempak dengan Aira di kampung ketika dia pulang melihat emak dan ayahnya sewaktu cuti.

Hm dia juga daripada keluarga biasa, tapi disebabkan tidak minat belajar lalu dia membuat keputusan untuk menolong ibu saudaranya bekerja di Kuala Lumpur sejak dia berumur 15 tahun. Namun, umur ibu saudaranya tidak panjang kerana sakit jantung ketika umurnya mencecah 18. Sekarang umurnya dan Aira sudah 19 tahun.

" Aku minta maaf lah Mina, aku tak sengaja bangun lewat hari ni sampai terlupa nak call kau. Aku penat sangat sebab semalam banyak pelanggan. Kau takpelah keje bahagian cashier jer . Dah lah, janganlah membebel kat aku. "

Begitulah Aira, disebabkan rasa takutnya itu membuatkan Mina menjadi mangsa mengangkat call Aira pagi-pagi sekiranya dia terlewat bangun oleh kerana mereka tidur berlainan bilik walaupun bersebelahan jer.

Tanpa menunggu lama, Aira terus membuka pintu kereta lalu start enjin keretanya.

" Aku bukan nak membebel, aku cuma nasihat kau jer Aira. Kalau aku takda nanti, kau sorang-sorang jer macam mana? Kau kene fikirkan jugak masa depan kau. Ingat sikit mak kau kat kampung tuu. Dia mesti risaukan kau. "

Dia bukannya membebel saja-saja, dia cuma nasihatkan kawannya ini supaya buang rasa takut tu. Ini demi keselamatan kawannya jugak, dia risau umurnya dah tak panjang. Hm entahlah, dia pun tak tahu kenapa dia rasa tak sedap hati sejak kebelakangan ni seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Malas memikirkan lagi, segera Aminah mengunci rumah dan bergerak ke kereta.

" Mina kau boleh tak jangan cakap yang bukan-bukan eee kau ni suka buat aku susah hati macam ni . Tolonglah jangan cakap macam tu lagi, kau tahu kan aku sayangkan kau sangat-sangat. Kau tak sayang aku ke hah ? "

Geram Aira dengan kawannya, kalau dah start membebel tu mula lah cakap pelik-pelik. Dah kenal sangat sahabatnya seorang ni, membebel takkan boleh berpisah. Sabar jer lah dengar walaupun dia tahu betul apa yang dikatakan oleh kawannya itu.

" Hm yelah Aira. Aku sayangkan kau juga sebab tu aku ingatkan kau. Tapi...hm takde apelah. "

Dia tidak jadi menceritakan rasa hatinya sejak kebelakangan ini kepada Aira apabila melihat Aira yang fokus memandu itu. Takut sekirannya Aira risau dan terjadi apa-apa, jadi dia hanya mendiamkan diri.

                                 **********

" Ayyid, Ayyid tak nak makan petang ke? Dah pukul 6 ni. Lagipun, tengah hari tadi Ayyid tak makan pun kan? Nanti kene gastrik pulak. "

Puan Sri Maisarah risau anaknya sakit disebabkan tak makan dari tadi.

" No! Ayyid tak nak makan! "

Rayyid Amsyar terus menumbuk punching bag dibilik gim itu tanpa henti sambil menjawab soalan mamanya.

Sedih hati Puan Sri Maisarah melihat anak sulungnya itu yang melepaskan amarah di dalam bilik gim apabila berkelapangan. Daripada seorang yang peramah dan ceria kepada seorang yang panas baran. Walaupun dia tahu anaknya jadi begitu disebabkan oleh dia.

Sudah hampir setahun anaknya begitu sejak suaminya Tan Sri Raihan meninggal kerana kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari Majlis hari lahir sahabatnya. Hanya mereka berdua dan driver arwah suaminya yang ada di dalam kereta itu. Tapi nasib dia dan driver itu baik, kerana terselamat daripada kemalangan tersebut .

Dengan keadaan kakinya yang lumpuh akibat kemalangan itu, dia rasa seperti emak yang tidak berguna kerana tidak dapat menenangkan anaknya. Mungkin itu balasan dia kerana tidak jujur kepada anaknya tentang akibat kemalangan tersebut. Baru dia ingin membohong anaknya mengatakan kemalangan itu tidak disengajakan , tetapi anaknya lebih cekap menyiasat kes kemalangan tersebut.

Sebenarnya kemalangan tersebut memang disengajakan. Dan dia tahu angkara siapa yang sabotaj kereta suaminya. Cuma, dia tidak mahu memberitahu anaknya ketika anaknya di London. Dia tidak mahu anaknya pula dibunuh atau hidup mereka akan menjadi lebih teruk kerana diburu musuh luar.

Tambahan pula, anaknya itu lah sekarang yang mengambil alih jawatan suaminya sebagai CEO Syarikat MaiHan. Dia takut musuhnya membalas dendam kepada anakya pula. Sejak peristiwa kemalangan itu, anaknya terus menamatkan pengajian di Universiti Oxford demi menyambung perniagaan ayahnya. Dan sehingga sekarang, anaknya tidak tahu siapa penyebab kemalangan tersebut.

Tidak mahu memikirkan lagi perkara itu, dia menyuruh Cik Jah iaitu pembantu rumahnya menyimpan makanan dalam peti sejuk. Setelah itu, dia memanggil anak bongsunya.

" Raysha ! Sini kejap ! "

" Iyer mama, kenapa? Mama okeh tak? Mama ada sakit dekat mana-mana ke? Atau mama nak kemana-mana ke? Mama nak makan? Mama nak mandi? Ke nak solat? "

Bertubi-tubi soalan yang ditanya Raysha kepada ibunya sambil melangkah dari dapur menuju ke arah mamanya.

Sudah masak Puan Sri Maisarah dengan perangai anaknya yang bongsu ini, terlalu overprotective. Inilah satu-satu anak perempuannya yang baru tamat spm. Sanggup tidak menyambung belajar demi menjaga dia di rumah. Tetapi dibantah habis-habisan oleh abangnya. Nak tak nak, terpaksa jugak sambung belajar.

" Takdelah, ni haa lama sangat mama tak tengok pokok-pokok bunga mama tu. Tolong bawa mama pegi sana sekejap. "

Dia sangat rindukan pokok bunganya kerana itu adalah salah satu kenangan dia bersama arwah suaminya.

" Baiklah mamaku tersayang. Raysha bawa mama pergi tengok pokok kesayangan  mama tu ehh. "

Segera Raysha menolak kerusi roda ibunya ke laman belakang rumah. Dia juga ingin berbual bersama mamanya sementara cuti sem. Nanti dah habis cuti tak ada masa pulak nak diluangkan bersama mama kesayangannya itu.




Minta support my first karya please :)

MR.RAYYID ( On-going )Where stories live. Discover now