BAB 15

353 20 2
                                    

Zaihan berjalan ke hulu ke hilir di luar bilik pembedahan. Sesekali jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas. Sudah hampir masuk waktu solat asar sejak mulanya pembedahan 12 tengah hari tadi. Tetapi pembedahan masih belum selesai juga.

Dia fikir selepas dia menunaikan solat zohor, pembedahan itu sudah selesai. Sungguh pelbagai rasa hatinya sekarang. Risau, sedih, takut, kecewa. Dia kecewa akan permintaan isterinya yang terlalu inginkan penceraian. Apa isterinya tidak mempunyai perasaankah padanya?

Dia mengeluh kecil tanpa sedar. Tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang ini. Sama ada menceraikan isterinya atau tidak. Atau dia patut mendengar kata hatinya sahaja? Apa pun persoalannya, sekarang takut yang melebihi segalanya.

Dia risaukan isterinya yang sedang menjalani pembedahan itu. Dia takut apa-apa terjadi kepada isterinya. Walaupun isterinya degil tidak mendengar katanya , tapi dia tetap dan sentiasa menyanyangi mencintai isterinya.

Dia tidak mahu orang yang dicintai meninggalkannya kerana dia sudah tidak mempunyai sesiapa kecuali isterinya. Dia cuma berharap pembedahan itu berjalan dengan lancar dan segalanya baik-baik sahaja. Hanya itu yang didoakan dalam hatinya dari tadi.

Dengar sahaja pintu bilik pembedahan dibuka , segera dia menuju ke sana. Keluar seorang doktor perempuan yang mungkin dalam lingkungan umur 30 lebih. Tidak menunggu lama , segera dia bertanya.

" Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya ? "

" Alhamdulillah , Allah makbulkan doa encik. Kami dah berjaya jalankan pembedahan isteri encik. InsyaAllah , isteri encik dah bebas dari penyakit dia. "

Doktor yang memakai mask itu menjawab sambil tersenyum . Kagum dia melihat lelaki di hadapannya ini. Tidak pernah lelah dan lupa akan tanggungjawabnya. Sentiasa ingat akan isterinya yang sakit.

Zaihan yang mendengar terus mengucap syukur. Hilang sedikit rasa risaunya. Jantungnya yang tadi laju berdegup kerana takut berita yang akan didengarnya, sekarang sudah kembali seperti sedia kala. Tapi dia seperti mahu menangis. Allah mendengar doanya.

" Terima kasih doktor. Boleh saya tengok isteri saya ? "

" Sama-sama encik. Isteri encik masih tidak sedarkan diri . Jadi , encik boleh lah tengok selepas kami pindahkan dia ke wad biasa. "

Melihat anggukkan kecil lelaki di depannya ini, dia kembali menyambung kata.

" Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu. "

Usai doktor tersebut berkata, terus segera dia beredar. Lagipun dia mahu menggantikan solat zohornya tadi.

Zaihan hanya melihat langkah kaki doktor itu. Dalam otaknya masih memikirkan keadaan isterinya yang masih tidak sedarkan diri. Walaupun begitu, dia bersyukur isterinya sudah selamat menjalani pembedahan.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Telefon di dalam poket seluarnya diambil. Nombor seorang lelaki didail. Tidak sampai seminit, panggilan sudah bersambung.

" Hello tuan. "

" Hello , hah ada apa kau call aku ni ? "

" Saya nak ucapkan terima kasih dekat tuan dah tolong bayarkan untuk pembedahan isteri saya. Tuan , jangan risau. Nanti saya akan usahakan diri cari duit untuk bayar balik duit tuan.  "

" Tak payah bayar balik , aku ikhlas. Lagipun, aku buat semua ni sebab kau dah tolong jaga bakal bini aku. So , wife kau ape cite? "

" Terima kasih tuan , saya rasa betul-betul terhutang budi dengan tuan. Alhamdulillah, wife saya dah selamat selesai pembedahan. "

" Baguslah , kau jaga wife kau tuh betul-betul. Aku tak nak bakal bini aku ni susah hati pulak nanti. "

" InsyaAllah tuan. "

MR.RAYYID ( On-going )Where stories live. Discover now