Rayyid melepaskan hembusan nafas lega setelah selesai meetingnya bersama client di London itu petang tadi. Sudah empat hari dia di situ menguruskan hal syarikatnya. Hilang rasa penatnya apabila berbaring di tilam king di villanya itu.
Dia mempunyai villa yang sangat cantik yang direka oleh dirinya sendiri. Ayahnya yang telah menghadiahkan villa ini kepadanya semasa dia belajar di situ. Tiba-tiba teringatkan arwah ayahnya. Rindu kepada arwah ayahnya tidak pernah hilang. Malah semakin menggunung.
Keluhan kasar terlepas tanpa sengaja apabila penyiasatnya tidak mendapat maklumat yang penting lagi berkaitan Dato' Kamal. Penyiasatnya hanya menjumpai info yang hanya perkara biasa. Sedangkan itu adalah penyiasatnya yang paling terbaik.
Dia pasti orang tua itu menyimpan sesuatu bukti. Cuma orang lain yang masih tidak mengetahui hal itu. Bijak menyembunyikan tanpa orang sedar.
Malas difikirkan lagi , dia mula mengambil fonnya mahu menelefon isterinya. Baru empat hari tidak berjumpa , belum lagi setahun. Tapi sungguh dia sangat-sangat merindui isteri kesayangannya itu. Tengah buat apa isteri kecilnya itu yer ?
" Tutt.. "
" Hello , abang ! Abang ke ni ? "
Dengan suara teruja Aira menjawab.
Rayyid pelik. Sudah kenapa dengan isterinya. Dia salah nombor kah ? Screen fon dilihat. Betul lah itu nombor isterinya. Tapi kenapa isterinya panggil abang ? Setahunya isterinya anak tunggal. Haa sudah.
" Hello abang ? S-sampai hati abang tak jawab panggilan Aira. Tsk..tsk..abang tak rindu Aira ke ? "
Terdengar suara esakkannya yang semakin kuat apabila tiada balasan .
" Aira ? Yer ke ni Aira ? "
" Aira lah ni. "
" Aira Humaira ? Isteri Rayyid Amsyar ? "
" Yelah , a-abang ni k-kenapa ? Tsk..tskk.. "
" Sejak bila isteri aku pandai panggil abang ni ? Tak pernah-pernah pun. "
Sengaja Rayyid menduga. Dia sudah tergelak dalam diam mendengar isterinya yang semakin kuat menangis. Cengeng.
" A-aira tahu lah Aira salah sebelum ni tak panggil abang , dengan panggilan tu. A-aira tak tahu. Mak dah bagitahu Aira suruh panggil abang , abang. A-aira janji lepas ni Aira panggil abang. "
" Yeke ? "
" Yelah "
" Cuba panggil lagi sekali aku nak dengar. "
" A-bang , abang ! "
Aira terjerit kecil , dia tahu suaminya sengaja mengusik. Buktinya terdengar suaminya ketawa. Dia rasa seperti mahu menangis kembali kerana malu.
" Dah dah , kau jangan nak menangis. Nanti dekat rumah kita , kau nak menangis ke menjerit meraung ke haa buat lah puas-puas. Tak ada orang nak dengar. "
" Kenapa pulak ? "
Polos Aira bertanya.
" Yelah , kau lupa first night aku tak rasmi lagi ? Aku balik ni kau dah kene ready , faham ? "
Rayyid sudah ketawa senyap dengan katanya. Dia pasti wajah cantik isterinya sudah berubah kemerahan sekarang.
Aira yang mendengar balasan suaminya hanya diam. Dia malu mahu membalas.
" Aira ? Kau dengar tak aku cakap ? "
" Hmm "
Dia hanya mengumam kecil.
YOU ARE READING
MR.RAYYID ( On-going )
Actionp/s ; dont copypaste my first karya! And dont forget to vote and comment anything okey. ********* Aira Humaira , seorang gadis yang naif dan takut akan kegelapan. Tidak mempunyai siapa-siapa selain emak dan sahabat baiknya. Dia sanggup berhenti meng...