BAB 12

372 21 0
                                    

Tepat jam menunjukkan hampir pukul 6 pagi, Rayyid terjaga dari tidurnya. Kepala ditoleh ke sebelah melihat gadisnya yang masih lagi tidur. Sangat polos muka itu. Dia suka melihatnya. Membuatkan diri dia tenang sahaja.

Tangan gadisnya yang melingkar di pinggangnya diangkat letak ke sisi. Sempat dia mencium sekilas dahi gadisnya sebelum bangun. Bilik sebelah dituju untuk bersiap ke pejabat.

Mendengar pintu yang sudah tertutup membuatkan Aira tersedar sepenuhnya. Terus dibangun mandi dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat, terus dia bersiap. Tidak sabar dia mahu berjumpa Aisyah dan Ahmad.

Siap sahaja terus dia keluar menunggu Rayyid di ruang tamu. Melihat Rayyid melangkah ke depan pintu. Terus dikejarnya. Terkedu seketika Rayyid.

" Eh kau bersiap ni nak pergi mana? "

" Awak ! Semalam dah janji nak bagi saya pergi Restoran hari ni. Takkan dah lupa kot. "

Terjerit kecil Aira. Geram mendengar soalan yang ditanya itu. Jawapan Aira baru menyedarkan Rayyid.

" Dah cepat, aku ada meeting pagi ni. "

Pintu ditutup dan dikunci.

" Kalau macam tu saya pergi naik teksi jelah. "

Kata Aira yang mengejar langkah Rayyid ke kereta.

" Kau jangan nak mengada. Masuk kereta cepat sebelum aku ubah fikiran aku Aira. "

Monyok terus wajah Aira diugut sebegitu. Rayyid hanya menjeling melihat wajah gadisnya sekilas. Dia tersenyum dalam hati. Kereta dipandu menuju ke Restoran tempat gadisnya bekerja.

" Ingat, nanti lunch aku ambil kau. "

Kata Rayyid apabila tiba di hadapan restoran itu.

" Okeh, terima kasih sudi hantar saya. Saya pergi dulu. "

Melihat Aira yang sudah masuk ke dalam restoran itu. Terus keretanya dipusing ke arah jalan officenya.


*********


" Ada apa kau panggil aku datang sini? Aku banyak keje lagi nak buat daripada layan kau. "

Haikal yang berdiri tidak jauh dari meja kerja di rumah ayahnya terus menyoal. Bangun tidur sahaja dia mendapat call dari ayah kandungnya supaya datang ke sini. Katanya ada perkara yang ingin dibincangkan. Selesai sahaja bersarapan terus dia bergerak.

" Hahahaha rilek Haikal atau boleh dikatakan anak kandung kesayangan aku kan? Hahaha. "

Dato' Kamal menyambung gelaknya yang kedengaran sangat sinis sekali.

" Kau nak apa lagi? Apa kau tak puas hati dengan aku? Tak cukup lagi kau dah buat emak aku sengsara sampai mati? "

Sakit telinga dia mendengar gelakkan sinis ayahnya. Kalau diikutkan memang dia malas datang ke sini. Tapi mengenangkan dia perlu membuat perhitungan dengan ayahnya, jadi terpaksa juga dia datang.

" Well, memang aku tak puas hati dengan kau Haikal. Aku tau yang kau dah tau tentang pembunuhan Tan Sri Raihan. Jadi aku nak kau pun ikut mati sekali macam mak kau. "

Pistol dari lacinya dibawa keluar kemudian diacukan kepada Haikal.

" Hahahhaha. Jadi, kau suruh aku datang sini sebab nak bunuh aku? Kau ingat aku takut dengan kau ke? "

Haikal turut tergelak sinis mendengarkan bicara ayah kandungnya itu. Sungguh dia tidak takut langsung. Kerana dia juga berkuasa. Malah dia lebih berkuasa jika nak dibandingkan dengan Dato' Kamal. Cuma ayahnya sahaja yang tidak mengetahui hal itu.

MR.RAYYID ( On-going )Where stories live. Discover now