Buku yang dipinjam di perpustaan tadi dibaca sebentar sementara menunggu kuliahnya bermula. Bunyi suara riuh dari pelajar lain diabaikan sahaja. Lagipun dia sudah biasa sejak Raysha tiada.
Cuma dia berasa sedikit sunyi tiada teman berbual yang rapat dengannya. Sekejap sekejap fon di sisi dibelek apabila ada bunyi getaran tanda mesej masuk.
" Hai sorang jer ke ? Mana kawan awak ? "
Natasha mengangkat muka memandang suara lelaki yang menegurnya. Dahinya berkerut sedikit apabila lelaki itu duduk di sebelahnya.
" Awak nak apa ? Dah takde tempat lain nak duduk ? Kenape nak duduk sini jugak ? "
Soalan tadi sengaja tidak dijawab. Malah dia pula yang menanyakan soalan. Bukan dia tidak kenal pelajar baru yang dah terheboh di kolej. Izhan Arif. Anak kepada usahawan terkenal.
" Why ? Salah ke saya nak duduk sini ? Bukannya ada nama student lain pon kat tempat ni kan sampai saya tak boleh duduk ? "
Natasha hanya diam tidak membalas. Malas mahu mencari gaduh. Matanya kembali tertumpu kepada buku tadi.
" So , soalan saya awak tak jawab lagi. Mana kawan awak cik Natasha ? "
" Dia dah pindah London. "
Dengan pantas Natasha menjawab tanpa memandang Izhan.
Izhan hanya diam sebelum mengangguk kecil. Walhal dalam hati sudah tertanya-tanya kenapa ?
" Dont ask me why , i dont know ! "
Seolah-olah tahu apa yang ingin ditanyakan Izhan , segera Natasha menjawab. Dan baru sahaja Izhan mahu membalas , pensyarah mereka sudah masuk.
***********
Kota France yang sangat menarik dengan cahaya lampu di waktu malam itu dipandangnya sayu. Jauh dia termenung memikirkan keluarganya di Malaysia. Apa khabar mamanya di sana ? Baik-baik sahajakah ?
Sudah hampir seminggu dia berada di villa itu. Dan seminggu itu juga lah dia tidak dibenarkan keluar dari bilik. Hanya mampu melihat permandangan dari balkoni sahaja.
Sungguh dia bosan. Dengan tiada fon mahupun laptop untuk dia berhubung. Dia rindu akan mamanya , abang serta kawannya. Dia pasti mereka tidak tahu bahawa dirinya diculik. Dia juga sudah buntu memikirkan cara untuk melarikan diri dari sini.
Dengan ketinggian bilik itu dan pemandangan di bawah balkoninya adalah kolam. Bagaimana mungkin dia mahu terjun dari situ. Dia juga tidak reti berenang.
Dia hanya melihat ramai lelaki yang mengelilingi villa itu memakai baju hitam bersama pistol di sisi. Cuma agak terselindung sedikit. Mungkin orang yang lalu lalang tidak akan perasan akan senjata kecil itu.
Sudah lama dia perhatikan orang-orang itu. Dia pasti kawalan di villa ini sangat ketat. Mustahil untuk dia melarikan diri. Tetapi tak mustahil dia boleh melarikan diri dari sini dengan strategi yang dirancang. Dia hanya senyum memikirkan itu.
Senyumannya mati apabila mendengar kuakkan pintu sebelum berpaling ke arah gerangan yang memasuki biliknya.
Haikal yang baru masuk itu terus menutup pintu. Sofa yang disediakan dalam bilik itu didudukinya. Makanan yang terhidang di atas meja itu ditengok. Masih tidak bersentuh.
" Asal kau tak makan lagi ? Aku rasa makanan ni sampai pukul 7 tadi lagi kan ? Sekarang ni dah nak dekat pukul 10. Kau jangan nak buat hal Raysha. "
Pandangan dihalakan pada wajah cantik yang masih berdiri di balkoni itu. Dengan masih memakai bathrobe hitam itu memang menyerlahkan lagi kulit putihnya.
YOU ARE READING
MR.RAYYID ( On-going )
Actionp/s ; dont copypaste my first karya! And dont forget to vote and comment anything okey. ********* Aira Humaira , seorang gadis yang naif dan takut akan kegelapan. Tidak mempunyai siapa-siapa selain emak dan sahabat baiknya. Dia sanggup berhenti meng...