Laptop di hadapannya dibuka, namun mata Rayyid yang melihat hanya memikirkan benda lain. Dia tiba-tiba teringatkan perbualan dia dengan arwah ayahnya dahulu.
Flashback.
" Ayyid, nanti Ayyid dah habis belajar Ayyid tolong majukan bisnes papa okeh. Bila papa dah takde nanti, Ayyid kene jaga dan lindungi mama dan adik Ayyid. Mama dah takde sape-sape lagi selain anak-anak dia. "
Tan Sri Raihan berkata kepada anaknya sambil mengusap kepala Rayyid.
" Papa nak pergi mana? Papa nak tinggalkan Ayyid ke? Papa tak sayang Ayyid dah? "
Tercebik-cebik Rayyid berkata.
" Siapa cakap papa tak sayang anak lelaki papa seorang ni? Mestilah papa sayang. Papa sayang mama dan adik Ayyid juga. Papa sayang sangat keluarga papa. "
" Habis kenapa papa cakap macam tu? "
Balas Ayyid tidak berpuas hati dengan kata-kata ayahnya.
" Ayyid, setiap yang hidup pasti akan mati. Ayyid tau tuh kan? Lagipon, papa dah tua. Hidup papa takkan senang lenang selagi ada orang yang berdendam dengan papa . Ayyid janji dengan papa, Ayyid akan tolong papa majukan Syarikat Maihan. "
" Ayyid sayang papa, Ayyid janji dengan papa. "
End flashback
Sudah setahun ayahnya pergi tetapi sampai sekarang dia tidak tahu siapa dalang di sebalik kemalangan ayahnya. Tetapi, dia tahu bahawa mamanya sembunyikan sesuatu.
Dia berasa curiga dengan mamanya kerana bila bertanya tentang kemalangan itu, pasti mamanya mengelak. Namun, dia takkan berputus asa mencari siapa yang berdendam dengan keluarganya. Dia harus membalas balik perbuatan orang itu atas kematian ayahnya.
Ketukan di pintu mematikan lamunannya.
" Masuk! " arahnya.
" Ini proposal yang bos mintak tu, saya minta diri dulu bos. "
Balas Nia sambil tertunduk-tunduk. Takut dia ingin melihat muka bengis bosnya itu. Melihat bosnya yang mendiamkan diri, terus dia keluar. Tak sanggup rasanya nak duduk lama-lama.
Melihat setiausahanya sudah keluar, terus dia melihat jamnya. Sudah masuk waktu lunch. Terus dia menutup laptop, dan menuju ke lif. Langkah Rayyid pantas ke kereta mercedes miliknya. Tidak peduli dengan pandangan orang sekeliling.
Arah perjalanan kereta Rayyid menuju ke sebelah hadapan officenya. Tidak tahu mengapa dia teringin nak makan dekat Restoran Ayam Madu berhampiran officenya. Pelik juga sikap dia hari ini.
YOU ARE READING
MR.RAYYID ( On-going )
Actionp/s ; dont copypaste my first karya! And dont forget to vote and comment anything okey. ********* Aira Humaira , seorang gadis yang naif dan takut akan kegelapan. Tidak mempunyai siapa-siapa selain emak dan sahabat baiknya. Dia sanggup berhenti meng...