Suasana senyap sunyi sahaja semasa dalam perjalanan. Hanya kedengaran radio dalam kereta Rayyid sahaja. Tidak sampai 15 minit perjalanan , Rayyid menghentikan keretanya di sebuah gerai makan.
" Kita buat apa kat sini awak? "
Dia pelik sebenarnya. Takkan lelaki di sebelahnya ini mahu makan di sini pulak? Takkan lah. Tidak pernah-pernah. Mungkin mahu berjumpa orang.
" Kita makan dulu sebelum balik. Jom turun, kang lambat pulak sampai sana. "
Enjin kereta ditutup sebelum tali pinggang keledar dibuka. Pintu kereta dibuka dan ditutup semula apabila keluar. Bahagian penumpang dituju. Aira yang baru menutup pintu kereta dipegang lengan itu mengikutnya. Meja kosong dihujung gerai diduduki mereka.
" Kau nak makan apa ? "
" Saya nak makan kuew tiew sup jelah dengan teh ais. "
Rayyid hanya mengangguk. Tangannya diangkat sebagai isyarat mahu order. Beberapa saat kemudian kelihatan pelayan gerai makan itu menuju ke arah mereka dengan buku kecil di tangan. Rayyid memesan menu yang sama dengan gadisnya.
Aira yang mendengar semakin tercengang-cengang sambil melihat muka Rayyid. Rayyid yang melihat muka polos gadisnya itu hanya tersenyum dalam diam sebelum ditanya.
" Kau dah kenapa tengok aku macam tu ? Tak pernah tengok orang ? "
" Sejak bila awak pandai makan dekat gerai macam ni ? Boleh ke awak makan makanan kampung ? "
Rayyid ketawa sinis mendengar soalan polos gadisnya. Dia dah agak gadisnya akan pelik dengan dirinya.
" Apa kau ingat orang macam aku tak reti makan dekat gerai ke ? Tak reti makan makanan kampung ? Aku pun manusia jugak macam kau. "
" Sorry. Saya tak sengaja tanya macam tu. Saya ingatkan awak suka makan dekat tempat mahal jer. "
Sedar soalannya menimbulkan kemarahan lelaki di depannya , kepala ditunduk memandang meja makan. Tidak sanggup mahu melihat lelaki didepannya ini dengan mata yang tajam memandang wajahnya.
Sebenarnya pada mulanya memang Rayyid memandang wajah gadisnya yang sudah kemerahan. Walaupun sudah malam , dia nampak pipi gadisnya sudah memerah. Dia suka melihatnya. Tidak dinafikan sangat- sangat cantik tanpa sebarang solekan yang dikenakan.
Tetapi sekarang matanya lebih tepat memandang dua orang lelaki yang sedang berbual rancak di belakang Aira. Mungkin tidak sedar kewujudannya.
Dia masih ingat akan mereka itu. Dua orang lelaki itu yang mana cuba menyentuh gadisnya ketika gadisnya bekerja sebagai pelayan restoran. Sedang dia melihat , salah seorang daripada mereka perasan seperti ada yang melihat dia berbual bersama kawannya.
Rayyid tahu dari orang suruhannya bahawa mereka sudah mengenalinya. Tetapi dia tidak kisah selagi mereka tidak bertindak melebihi batas.
Lelaki itu terkedu seketika sebelum memberitahu kawannya. Kelam kabut mereka beredar dari situ selepas membayar. Rayyid yang melihat dua orang lelaki tersebut menunjukkan riak wajah yang gelabah membuatkan dirinya tersengih sinis. Tau pun takut.
Tidak sampai 15 minit , makanan yang dipesan sampai. Rayyid yang terlalu lapar itu segera melantak tanpa membaca doa. Tercengang Aira yang melihatnya. Lelaki di depannya ini tidak kekok langsung makan. Rayyid yang perasan dirinya ditenung terus berhenti makan. Wajahnya diangkat.
" Kau tengok apa lagi ? Makan cepat sebelum aku makan kau ! Ke kau nak aku makan kau ? "
Mendengar soalan itu , segera Aira makan sebelum dirinya dimarahi lagi. Sungguh dia malu. Bukan dia tidak faham apa yang dimaksudkan lelaki didepannya ini. Dasar miang ! Rayyid sembunyi senyum dan menyambung makan.
Selesai sahaja makan , mereka kembali menyambung perjalanan. Tidak sampai 20 minit , tiba-tiba kereta yang dipandu Rayyid kehabisan minyak. Kereta diberhentikan di tepi jalan.
Aira baru sahaja ingin melelapkan matanya kembali celik apabila dirasakan kereta berhenti.
" Kenapa awak ? "
" Kereta aku minyak habis. "
Rayyid pelik juga melihat keretanya tiba-tiba sahaja kehabisan minyak. Sedangkan awal-awal lagi dia sudah pastikan keretanya sedia untuk bergerak ke mana sahaja.
Dia teringat sesuatu. Dia sudah tahu siapa punya kerja. Shit! Dasar tak serik betul. Dua orang lelaki tadi memang berani mencari pasal dengannya. Tunggu sahaja nasib mereka.
" Awak , macam mana ni ? Dah nak dekat pukul berapa ni , s-saya takut lah . "
Rayyid yang melihat air mata Aira sudah mengalir keluar segera mengelap dengan tangannya sambil memujuk. Aira juga tidak teringat mahu menepis kerana ketakutan melebihi segalanya.
" Dahh berhenti , jangan menangis. Aku ada kat sini lah. Kau jangan lah takut. Aku call orang aku sekejap. "
Baru dia mahu mendail nombor orangnya. Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk. Kelihatan lima orang lelaki dengan berpakaian jubah dan baju melayu serta serban dan kopiah.
" Astarghfirullahalazim. Apa yang kamu berdua buat dekat tepi jalan malam-malam macam ni ? Beri kami ic kamu berdua. "
Rayyid dan Aira terkedu seketika. Jantung Aira berdegup laju. Allah, dugaan apa lagi kali ini. Air mata yang tadi berhenti kembali mengalir keluar dengan laju. Rayyid juga senyap tak terkata. Dia tidak menjangka perkara ini berlaku.
Rayyid memberikan ic nya dan Aira kepada ustaz di hadapannya itu. Ic yang dihulur diambil semula setelah beberapa minit kemudian.
" Encik dan cik sila ikut kami ke pejabat agama. Kami terpaksa kahwinkan kamu berdua disebabkan kamu berdua bukanlah saudara kandung. "
Rayyid memandang wajah gadisnya yang sudah kemerahan kerana menangis. Anggukan kecil bersama pandangan lembut dibalas kepada gadisnya untuk menyatakan segalanya akan baik-baik sahaja.
**************
Jam di dinding bilik wad hospital yang diduduki Mina sudah menunjukkan angka pukul 10 malam. Tetapi masih tiada tanda-tanda Mina mahu sedar selepas selesai pembedahan tadi.
Zaihan yang masih setia menunggu Mina sedar sudah menguap berkali-kali. Dia rasa sedikit penat dan mengantuk kerana seharian di hospital tanpa berehat.
Kerana sudah terlalu mengantuk , Zaihan segera bangun dari kerusi yang didudukinya di sebelah Mina. Tangan Mina yang dipegangnya tadi dikucup dan diletak semula ke sisi isterinya. Dahi Mina dikucup perlahan.
Sofa yang berada di bilik itu dibaring. Hilang sedikit rasa penatnya duduk di sofa empuk itu. Beberapa saat kemudian , dia terus terlelap. Namun tidak lama apabila dia mendengar isterinya mendesis sakit.
Terus dia bangun dari baring menuju ke arah isterinya. Melihat Mina yang sudah mencelikkan mata membuatkan dia mengucap syukur berkali-kali.
" Aa-awak. "
Dengan suara yang sedang menahan sakit Mina memanggil suaminya.
" Yer sayang , sayang nak apa-apa? Cakap kat abang , abang ambilkan. Ke sayang nak air ? "
Disebabkan rasa teruja, pelbagai soalan ditanya Zaihan kepada isterinya. Dia menolong isterinya bangun menyandar di kepala katil dengan berhati-hati.
Melihat anggukkan isterinya, terus dia menuang air dan disua ke mulut isterinya perlahan-lahan. Cawan tadi diletak semula ke meja.
" Sayang nak apa-apa lagi ? Nak makan ? "
Melihat gelengan isterinya , Zaihan hanya diam sebelum kembali bersuara.
" Sekarang dah pukul 11 , sayang tidur lah dulu. Abang teman. Abang tahu sayang penat lagi lepas pembedahan tadi. Nak apa-apa panggil jer abang. Abang baring kat sofa tu sekejap. "
Mina tidak membalas apa-apa hanya memerhatikan suaminya menyelimutkan dirinya. Kemudian baring di sofa selepas mencium ubun-ubunnya. Terharu dia rasakan. Dia merasakan dirinya sangat kerdil dan tidak layak berada di samping lelaki itu. Dalam diam dia menangis sendirian.
YOU ARE READING
MR.RAYYID ( On-going )
Açãop/s ; dont copypaste my first karya! And dont forget to vote and comment anything okey. ********* Aira Humaira , seorang gadis yang naif dan takut akan kegelapan. Tidak mempunyai siapa-siapa selain emak dan sahabat baiknya. Dia sanggup berhenti meng...