Zaihan yang duduk di sofa biliknya dipandang dengan kerutan di dahi. Sudah seminggu dia kembali ke rumah suaminya selepas pembedahan yang dijalankan. Tetapi sampai sekarang suaminya tidak menceraikannya.
Bukan dia lupa tentang itu. Malah itu yang paling diingatinya semasa pembedahan. Walaupun tahu sakitnya rasa ditinggalkan orang tersayang selepas ini. Tapi itu sahaja yang membuatkan suaminya bahagia.
Mungkin itu adalah jalan terbaik untuk diri dan suaminya. Berpisah dengan cara baik. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya menjaga dirinya yang sakit itu. Cukup lah dengan segala kesabaran Zaihan dengan sikapnya selama ini.
" So , bila awak nak ceraikan saya ? "
Mina memulakan bicara tanpa memandang suaminya. Sejujurnya dia tidak sanggup meminta itu.
" Sayang , tak sayang abang ke ? Sanggup nak tinggal abang ? "
" Stop panggil saya sayang. Jangan tanya saya kalau awak pun tak sayang saya. Awak buat semua ni pun sebab kesiankan saya jer kan ? "
" Siapa yang cakap macam tu ? Abang tak pernah cakap pun. "
" Dah lah awak , saya dah penat semua ni. Please lah lepaskan saya sekarang. "
Zaihan mengeluh kecil. Luluh rasa hati mendengar butir bicara isterinya. Tidak adakah sekelumit rasa kasih dan sayang Mina buatnya ? Tetapi apa yang dia tahu, dia tidak mahu mengalah dengan cintanya.
" Apa abang perlu buat supaya Mina percayakan abang ? "
" Lepaskan saya ! "
Bergegar tiang arasy dengan kata dari Mina itu.
Zaihan terkedu seketika. Tapi dia lebih bijak.
" Kalau abang tak nak ceraikan juga ? "
Keningnya diangkat sedikit mencabar isterinya.
" Awak dah janji nak ceraikan saya lepas saya selesai pembedahan. Tapi sekarang dah seminggu pun saya dekat sini. Awak jangan nak mungkir janji. "
Wajah suaminya dijeling tajam.
" Huh , masa bila abang cakap nak ceraikan sayang ? Never ! Abang tak akan pernah ceraikan sayang. "
" Awak tipu saya. Kalau saya tahu, baik saya mati jer tak jalankan pembedahan tu. "
" Mina ! "
" Kalau awak tak nak ceraikan saya , biar saya bunuh diri jer. "
" Astarghfirullahalazim , awak sedar tak apa yang awak cakap ni ? Cuba awak ingat Allah sama. "
" Awak yang start dulu. Please lah , kalau taknak saya jadi macam ni, tolong ceraikan saya. Saya tahu selama ni saya dah menyusahkan awak. Awak berhak dapat yang lebih baik dari saya. "
Untuk kali kedua Zaihan menghela nafas kasar dengan permintaan isterinya itu. Tapi dia tidak akan menyerah. Dia akan pertahankan hubungannya bersama Mina.
" Kalau itu yang awak nak , baiklah. "
Mina terkejut dengan kata suaminya. Suaminya sudah berputus asa kah ? Sungguh dia seperti mahu menangis sekarang.
" Nur Aminah Ahmad.. "
Mina sudah memejamkan mata. Dia juga sudah pasrah dengan takdir hidupnya.
" Abang tak akan ceraikan awak tapi abang akan gantung awak tak bertali. "
" Zaihan ! "
Terus terjerit Mina dengan lafaz suaminya itu.
" Awak jahat ! Sampai hati awak ! "
YOU ARE READING
MR.RAYYID ( On-going )
Actionp/s ; dont copypaste my first karya! And dont forget to vote and comment anything okey. ********* Aira Humaira , seorang gadis yang naif dan takut akan kegelapan. Tidak mempunyai siapa-siapa selain emak dan sahabat baiknya. Dia sanggup berhenti meng...