BAB 7

401 15 0
                                    

Rayyid yang memakai hoodie dan kaca mata hitam itu menghirup sedikit secawan kopi yang telah diordernya. Not bad. Kopi ini tak manis dan tak pekat sangat. Mungkin lagi sedap jikakalau dibuat oleh orang tersayang.

Bibirnya ternaik sedikit. Memikirkan hal itu. Hatinya  begitu teruja sekali. Tidak lama, semua yang dia inginkan pasti menjadi miliknya. Hanya tunggu dan lihat sahaja.

Sekilas jam yang dipakainya dilihat. Matanya memerhati sekeliling. Dia risau sekiranya ada yang mengenalinya. Walaupun dia sudah menyamar supaya tiada yang mengenalinya. Namun, hati orang dia tidak tahu.

Dia mengeluh sedikit menunggu orang yang dinantinya. Sudah hampir 15 minit dia di gerai ini. Tetapi orang itu masih belum muncul di depannya.

Baru sahaja dia mahu bangun daripada kerusi, kerusi didepannya sudah ditarik oleh seseorang. Seseorang yang ditunggu-ditunggunya akhirnya tiba. Matanya tajam memandang lama lelaki didepannya itu.

" S-sorrylah bos, s-saya lambat sikit. S-saya tak sengaja. M-motor saya buat h-hal pulak tadi. "

Tergagap-gagap lelaki itu memulakan bicara apabila melihat pandangan tajam bosnya.

" Nasib kau baik mood aku okeh hari ni. Mana bende yang aku mintak tu? Cepat bagi, aku banyak keje lagi nak buat daripada tunggu kau. "

" Nah bos, bos jangan risau. Semua yang bos mintak semua ada dalam tu. "

Lelaki itu tersengih kecil. Dia tau bosnya itu takdelah kejam sangat walaupun hari-hari muka ketat jer sentiasa. Satu sampul surat yang sederhana besar berwarna putih diserahkan kepada bosnya.

" Good. Aku blah dulu. "

Rayyid terus beredar dari situ dengan menunggang motosikal apabila barang yang dia mahu sudah di berada tangannya.



                               **********


Tutt...tuttt..tuttt..

Mina yang sedang sandar di katil hospital itu cuba mendail lagi sekali orang yang mahu dihubunginya apabila panggilan tidak berjawab. Risau pulak dia kot-kot ada sesuatu berlaku ke.

Tuttt..tuttttt...tutt

" Hello, Mina ke ni? "

Terdengar suara sebelah sana menjawab. Lega sedikit hatinya. Terus dia membalas.

" Hello Aira. Haah aku ni Mina? Kau okeh dekat sana? "

" Alhamdulillah okeh. Aisyah layan aku baik sangat. Tiptop. Lagipun abang dia oustation, jadi takdelah aku segan. Kau macam mana? Okeh tak? Mak ayah kau sihat? "

" Alhamdulillah dia orang sihat. Aku pon sihat. "

Sebak hatinya mengatakan penipuan tentang dirinya itu.

" Baguslah, lega aku dengar. Kau balik sini esokkan? "

" Aku minta maaf Aira. Bukan aku tak nak balik. Tapi aku terpaksa. Aku tak balik esok dan mungkin dalam masa setahun ni atau mungkin selamanya. "

" Mina, apa yang kau cakapkan ni? Kau dekat mana? Bagi tahu aku Mina. Apa yang kau merapu? Aku tak faham lah. "

Tuttttttt...

Panggilan terus dimatikan oleh Mina. Menitis air matanya mendengar suara Aira yang resah itu. Tidak sanggup lagi dia mendengar.

Tanpa sedar Encik Zaihan sedang melihatnya yang sudah menangis teresak-esak itu. Jujur sakit hatinya melihat orang dia sayangi menangis.

Dia sudah tekad. Keputusannya telah pun muktamad. Dia buat semua ini untuk kebaikan semua. Dia perlu menyuarakan kehendaknya kepada Mina sekarang.

Mina yang terasa ditenung oleh seseorang terus didongak kepalanya. Terkedu dia melihat bosnya di dalam bilik hospital itu. Terus terhenti tangisannya.

Kelam kabut dia mengelap air matanya di pipi. Tidak mahu lelaki itu perasan. Tetapi dia tahu semua itu sudah terlambat. Dia masih tertanya-tanya bila masa lelaki itu masuk? Kenapa dia tidak sedar?

" Macam mana bos boleh masuk? Dan sejak bila bos ada kat sini? "

" Tch. Soalan apa tu Mina? Saya yang hantar awak dekat sini ofcourse saya boleh masuk. Soalan second awak tu, dah lama saya dekat sini. Sempat lah dengar semuanya jugak. "

Tidak lepas matanya merenung Mina. Melihat Mina yang mendiamkan diri seolah-olah berada di dunianya, terus dia menyambung kata-katanya.

" By the way, dah habis menangis? "

" Mana ada saya menangis. Mata saya masuk habuk jer tadi. "

Mina cuba menafikan semua itu. Tidak mahu kelihatan lemah di depan majikannya.

" Tak payah awak nak menafikan lagi Mina. Saya dah nampak pon. Awak jangan risau lah. Saya tak kan bagitau orang lain pun awak menangis seb.. "

Tersengih Encik Zaihan menjawab. Tetapi belum sempat dia menjawab habis, Mina sudah memintas.

" Bos, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dah tolong selamatkan saya dari lelaki-lelaki kelmarin dan bawa saya pergi hospital. Saya tak tau nak balas jasa bos macam mana. Saya tau saya dah susahkan bos. Jadi tak perlulah bos nak susahkan diri bos melawat saya lagi. " 

" Bagus awak tau awak dah susahkan saya. So oleh sebab awak dah berhutang hal tu dengan saya, saya nak awak balas balik. "

" Apa maksud bos? Saya tak paham? Bos tak ikhlas ke tolong saya? "

" Saya ikhlas tolong awak Mina. Cuma saya juga mengharapkan bende lain. Saya tak minta banyak. Saya cuma nak awak kahwin dengan saya Mina. "

" Apa yang bos merepek tengah-tengah hari buta ni? Bos demam ke? "

" Saya tak merepek dan saya tak demam. Saya series Mina. Saya nak awak jadi isteri saya. "

" Saya tak nak lah! Bos sedar tak apa yang bos cakap ni? Ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke? Atau sebenarnya bos kesian dekat saya sebab saya sakit? "

" Saya bukan minta persetujuan awak. Ini arahan. Atau awak nak saya bagitau family awak pasal sakit awak Mina?"

" Please bos, jangan bagitau family saya pasal ni. "

" Good, then you should marry me! "

Encik Zaihan terus melangkah menuju ke pintu usai berkata. Tetapi bicara Mina menghentikan langkahnya.

" Baiklah. Saya akan kahwin dengan bos. Tapi boleh bos bagitau kenapa tiba-tiba? Banyak lagi perempuan lain kat luar sana, tapi kenapa saya yang sakit ni jugak? Sebab bos kesiankan saya? "

Soalan Mina tidak dijawab. Dia hanya mendiamkan diri dan terus keluar dari bilik itu. Salahkah dia mahu berkahwin dengan gadis yang sudah bertakhta di hatinya? Dia tidak mahu memberitahu Mina sekarang apabila melihat keadaan Mina.

Mina tersengih sinis dengan air mata yang mengalir laju. Dia sudah agak tekaannya benar. Buktinya bosnya hanya keluar daripada bilik itu tanpa berkata sepatah.

MR.RAYYID ( On-going )Where stories live. Discover now