Raysha berbual dengan Jasmine di dalam dewan kuliah sementara menunggu pensyarah mereka masuk mengajar. Iyer, hari ini adalah hari terakhir dia belajar di kolej ini.
Sedih jugak hatinya mahu meniggalkan kolej dan kawan-kawannya walaupun baru setengah tahun menuntut di sini. Tetapi dia sudah rasa bagai 10 tahun.
" Nanti aku nak pergi makan dekat cafe dengan sape kalau kau takde? Hmm "
" Hishh kau ni Min, kau cakap macam kau dengan aku jer ada kat kolej ni. "
" Tapi betol lah aku cakap. Nanti aku tak ada kawan. Kau jer satu-satunya kawan yang faham aku. Aku nak ikut kau lah macam ni. "
" Min jangan lah macam ni. Kau buat aku susah hati lah nak pegi belajar sana. Kau ingat aku nak sangat ke belajar sana? Disebabkan abang aku, aku pergi tau tak. Kalau tak, hm memang tak akan selamanya aku nak belajar sana. "
" Hmm kau nanti jangan lupa aku pulak. Pape hal jangan lupa roger aku kat sana nanti. "
" Baiklah cik Jasmine Hilwana. Saya mengikut perintah. "
" Aku tengah series, kau boleh pulak memain eh? "
" Hehehe, sorry lah. Saja bergurau di pagi hari. "
Perbualan mereka terhenti di situ apabila pensyarah mereka sudah masuk bersama seorang remaja lelaki.
" Baiklah semua, selamat pagi. Hari ni kita ada student baru. Tetapi disebabkan kelas saya sudah kesuntukkan masa. Jadi saya minta kamu semua berkenalan dengan dia lepas kelas saya. "
Melihat anggukan semua, pensyarah tersebut segera menyambung kelasnya. Lelaki tadi segera mencari tempat duduknya. Dia duduk di barisan yang sama dengan Raysha dan Jasmine.
Selesai kelas, Raysha dan Jasmine segera beredar ke kafe untuk mengisi perut yang sudah lapar. Meja yang satu-satunya kosong di kafe itu mereka duduk segera. Nanti dikebas orang. Lagi susah mereka mahu mencari tempat.
" Sya, kau tunggu sini. Aku pergi beli makanan. Kau nak apa? "
" Hm takyahlah Min, lagipun dah nak balik pun japgi. Aku nak air kosong jer. "
" Hishh kau ni takkan air kosong jer? Takpelah, biar aku pilih makanan untuk kau. Disebabkan hari last kau, so biar aku belanja. "
Tidak sempat Raysha menahan Jasmine, tetapi Jasmine terlebih dahulu bergerak ke arah makanan. Fon di dalam bag dibawa keluar dan dimain sementara menunggu kawannya membeli.
Tiba-tiba tempat duduk didepannya ada seseorang duduk. Mukanya diangkat ingin melihat siapa. Terkedu dia melihat student baru yang diperkenalkan oleh pensyarahnya tadi.
" Hai, boleh duduk sini tak? Tempat lain dah full lah. "
Raysha melihat sekelilingnya. Iya memang penuh. Anggukkan diberikan. Dia kembali bermain fonnya. Dalam hati tengah mengutuk, dah duduk baru nak minta izin? Baik tak payah.
" Ehem-ehem! "
Sengaja lelaki itu berdehem untuk menarik perhatian gadis di hadapannya. Tapi Raysha buat tidak tahu sahaja.
" Ehem-ehem! Nama saya Izhan Arif. Boleh saya tahu nama awak apa? "
Dia berdehem sekali lagi membuatkan Raysha memandang mukanya. Terus disoal soalan yang ingin ditanyakan. Padahal sudah tau nama Raysha apabila terpandang kad matrik di atas meja itu. Sengaja ingin mendengar suara Raysha. Tapi tak sempat dijawab Raysha, Jasmine sudah datang.
" Sorry lambat sya, ramai pulak hari ni. Jom makan. "
" Takpe. Jom, lapar pulak aku tiba-tiba tengok kau beli makanan ni. "
YOU ARE READING
MR.RAYYID ( On-going )
Actionp/s ; dont copypaste my first karya! And dont forget to vote and comment anything okey. ********* Aira Humaira , seorang gadis yang naif dan takut akan kegelapan. Tidak mempunyai siapa-siapa selain emak dan sahabat baiknya. Dia sanggup berhenti meng...