BAB 6

386 16 0
                                    

" Bye Mina, hati-hati bawa kereta tu. Kalau ada pape kau call kita orang eh. "

Mina hanya memberi anggukan dan tersenyum mendengar kata Aisyah yang prihatin itu.

" Iyer aku tau, kau tu tolong tengok-tengokkan lah Aira ni. Pengsan pulak kang kalau elektrik takde tengah malam. "

Aira mencebik bibir. Ada saje si Mina ni menyakat orang. Aisyah hanya ketawa.

" Aku gerak dulu lah, kang lambat pulak sampai. Assalamualaikum. "

Mina menyambung katanya apabila melihat jam sudah menunjukkan ke angka 6 petang.

" Waalaikumussalam. "

Serentak Aisyah dan Aira menjawab. Mereka melambai tangan kepada Mina yang sedang mengundurkan kereta ke arah jalan raya.

Hilang kelibat kereta Mina, mereka berdua terus masuk ke dalam rumah Aisyah. Aisyah menolong Aira mengangkat beg bajunya.

" Jomlah Aira masuk, rumah aku ni tak lah mewah mana. Biasa- biasa jer. "

" Aku tak kisah pon Aisyah, jadi aku ada tempat untuk menumpang. Sorry lah dah susahkan kau. "

" Takde susahnya. Bende kecik jer. Lagipun, abang aku oustation seminggu. So, daripada aku duduk seorang diri, baik aku ajak kau duduk sini. Ada jugak teman aku nak berborak. "

Lega Aira rasakan mendengar apa yang baru keluar dari mulut Aisyah. Dia tidak perlu rasa segan sangat jika abang Aisyah tiada. Tidak boleh dia bayangkan tinggal di sini bersama Aisyah dan abangnya. Pasti haru hidupnya.

Lagipon dia masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku di tempat kerjanya tempoh hari. Dia takut dengan lelaki yang dia tidak kenal. Mujur ada Mina dan Encik Zaihan yang datang menolong. Jika tidak, dia tidak tahu apa akan jadi dengan hidupnya.

" Kau pergilah rehat dulu Aira. Aku tau kau penat. Jom aku tunjukkan bilik kau. "

Aisyah yang melihat Aira seperti mengelamun itu terus menyambung katanya. Anggukan kecil diberikan Aira kepada Aisyah sambil mengikut langkahnya.


**********


Mina memandu keretanya dengan kelajuan sederhana. Lagipun lagi setengah jam, dia akan tiba di rumah ibu bapanya. Matanya hanya fokus ke hadapan. Tak sabar dia rasa nak peluk emak dan ayahnya. Dia mahu bagi kejutan kepada mereka dengan balik secara tiba-tiba ini.

Sudah sebulan dia tidak balik. Jadi memang menggunung rasa rindu kepada keluarga terutama emaknya. Hanya mampu call dan membuat video call sahaja.

Tetapi sebenarnya dia risau akan sakitnya. Dia tidak mahu keluarganya mengetahui tentang sakitnya. Biarlah dia yang menanggung sendiri. Lagipun, dia tahu mereka sekeluarga tidak mampu membayar bil hospital yang beribu-ribu itu.

Dia tidak mahu menambah beban keluarganya. Kalau diberikan umur yang panjang, dia bersyukur. Itu rezekinya. Tapi jika sudah takdir ajalnya datang awal. Dia redho. Dia yakin pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Cuma dia berharap, keluarganya juga redho dengan takdir hidupnya. Bahkan, dia juga berharap Aira sentiasa dilindungi dan berjumpa dengan orang yang mampu menjaganya. Itulah doanya.

Dengan keadaan dirinya yang sedang sakit tanpa pengetahuan semua ini. Dia juga merasakan ada sesuatu yang akan terjadi kepadanya.

Teringat akan kata Aira pagi tadi yang juga berasa tidak sedap hati. Tetapi dia kuatkan hatinya. Walaupun dia juga merasakan hal yang sama. Dia hanya pendamkan sahaja.

" Uhuk-uhuk ! "

" Uhuk-uhukkk ! "

Tekak Mina berasa sakit tiba-tiba. Dia terus menghentikan keretanya di tepi jalan. Dia sebenarnya rasa takut di jalan yang gelap seorang diri. Jarang kelihatan kereta lalu lalang di situ.

Dan tiba-tiba fonnya berbunyi. Dia melihat screen fonnya sebelum diangkat.

" Iyer encik Zaihan? "

" Awak dekat mana Mina? "

" Otw balik rumah ayah saya lah. Kenapa tetiba encik call ni? "

Pelik Mina dengan bosnya ini. Tidak pernah-pernah call semata-mata tanya dia dekat mana. Kalau call pun pasti berkaitan dengan kerja. Demam ke apa bos dia ni.

" Takde apa-apa. Boleh awak hantar dekat wasap saya location awak sekarang? "

" Errr..sekejap. "

" Okeh, terima kasih Mina. Awak tunggu saya kat situ. Kejap lagi saya sampai. Kunci pintu. Jangan keluar dari kereta selagi saya tak sampai. "

Tuttttt...

" Eh hello! bos! Bos! "

Tak dan Mina membalas, talian sudah diputuskan. Bosnya tahu dia berhenti kereta di tepi jalan ke? Semakin pelik Mina jadinya.

Sedang Mina melihat screen fonnya. Tingkap pintu kereta sebelahnya diketuk oleh seorang lelaki. Dia pelik dari mana lelaki ini muncul. Dia toleh ke belakang.

Ada sebuah kereta di belakangnya. Sekilas dia toleh ke arah lelaki yang masih mengetuk tingkap keretanya. Lalu, Mina melihat sekelilingnya. Ada empat orang lelaki yang mengelilingi keretanya. Sungguh dia takut. Apa yang mereka mahukan darinya? Tidak menunggu lama, enjin kereta terus distart.

" Uhukkk ! "

Baru dia ingin memusing kereta ke arah jalan raya. Batuknya kembali lagi. Kalini sangat kuat dan begitu perit sekali dirasakan. Dia melihat tangan yang menutup mulutnya itu terdapat darah. Menitis air matanya. Dia tidak mampu berbuat apa lagi.

" Uhuk-uhuk! "

Tekaknya sakit. Dia menangis. Dia takut dengan lelaki yang mengetuk tingkap keretanya semakin kuat. Dan dua orang lelaki yang menghalang keretanya di depan.

Dia perlu bertanya kepada mereka. Tetapi tidak jadi apabila dia teringatkan pesanan Encik Zaihan. Jadi, dia hanya mendiamkan diri di dalam kereta.

Tidak sampai 5 minit, terdapat sebuah kereta yang sedang berhenti di depan keretanya. Dia kenal kereta itu. Kereta bosnya. Sungguh dia rasa bersyukur kerana ada yang tahu dia dalam kesusahan.

Melihat bosnya yang keluar dari kereta itu sedikit sebanyak melegakan hatinya. Tetapi dia juga risau kerana bosnya hanya seorang diri. Bagaimana mahu melawan lelaki-lelaki itu?

Terkejut dia apabila melihat bosnya melawan seorang demi seorang lelaki tadi. Semuanya kalah. Ada yang lebam di muka. Dan ada yang jalan kaki tempang. Dia tidak sangka bosnya hebat dalam pertempuran.

Senang hatinya melihat lelaki-lelaki tadi sudah pergi setelah bosnya berkata sesuatu. Mungkin memberi warning kepada mereka. Melihat bosnya menuju ke arahnya, terus dia keluar dari kereta.

Dia berlari ke arah bosnya. Tanpa diduga, Mina memeluk bosnya dalam keadaan menggigil. Terkedu Encik Zaihan dibuatnya. Lagi terkedu apabila tshirt basah di bahagian dadanya. Encik Zaihan membalas pelukan Mina sambil mengusap kepala Mina.

" Bos, terima kasih dah selamatkan saya. Saya tak tau lah apa akan jadi kalau bos takde tadi. "

Terhinjut-hinjut Mina menangis di pelukan bosnya. Dia masih tidak menyedari keadaan itu.

" Mina! Janganlah menangis lagi. Awak dah selamat dengan saya sekarang. Jomlah saya hantar awak balik rumah ayah awak. "

" Uhuk-uhuk ! "

" Uhuk! Uhukk ! "

" Mina awak okeh ke tak ni? Sampai batuk-batuk ni? "

"Mina! "

"Mina! "

Cemas Encik Zaihan melihat Mina batuk tak berhenti-henti. Terus dirungkaikan pelukan itu. Terkejut dia melihat ada darah di bajunya. Lagi cemas dirinya yang melihat Mina pengsan di pangkuannya. Segera dia mencempung Mina masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.

MR.RAYYID ( On-going )Where stories live. Discover now