Dari kejauhan Haikal Asyraf melihat seorang gadis yang sedang berbual dengan seorang makcik yang duduk di kerusi roda itu. Mungkin itulah Puan Sri Maisarah bersama anak gadisnya. Fikir Haikal.
' Hm boleh tahan cantik juga anak gadisnya. ' bisik Haikal di dalam hati. Senyuman Haikal bertukar sinis.
Dia tidak menyangka bahawa ayahnya yang meminati Puan Sri Maisarah ini rupanya sudah mempunyai dua orang anak. Dia juga mengetahui daripada penyiasatnya bahawa suami Puan Sri Maisarah sudah meninggal akibat kemalangan.
Dan yang paling dia tidak menyangka kemalangan itu berpunca daripada ayahnya Dato' Kamal. Iyer, dia tahu ayahnya sangat licik. Mungkin semua orang boleh tertipu dengan akhlak ayahnya yang pura-pura peramah itu. Tetapi, tidak bagi dia.
Dia sangat-sangat membenci ayahnya. Disebabkan ayahnya lah, emaknya meninggal. Dia berjanji akan membalas dendam atas perbuatan ayahnya itu. Dia tidak kisah jika itu ayah kandungnya.
Dan dia juga berdendam dengan Puan Sri Maisarah, kerana membuatkan arwah emaknya merana. Dia harus memikirkan rancangannya segera untuk menghancurkan musuhnya. Dia sanggup buat apa sahaja asal dia berpuas hati.
Terlihat seorang bodyguard yang mengawal kawasan rumah itu perasan akan keretanya. Tidak menunggu lama, dia segera beredar dari situ. Tidak mahu tertangkap bahawa dia mencuri tengok tuan rumah itu.
*********
" Mina ! " panggil Aira yang baru keluar dari bilik.
" Mina ! Mina ! " panggil Aira untuk kali yanv ke berapa dah.
" Minaaaa ! " jerit terus Aira.
" Eh Aira, sorry aku tak perasan pulak kau panggil aku. "
Pelik Aira melihat kawannya dari tadi termenung. TV buka tapi mata ke lain. Fikirkan apa entah.
" Mina kau okeh ke tak hah? Dari tadi mengelamun aku tengok? Kau kenapa Mina? Cuba cerita kat aku apa masalah kau? "
" Takde apelah Aira, aku teringat dekat mak aku kat kampung tuh haa. Banyak kali call tanya bila nak balik. Itulah aku pikir nak ambil cuti dua tiga hari nak balik kampung. "
" Ouh, aku ingatkan kau ada masalah apa tadi. Kalau ada masalah jangan lah pendam seorang diri. Apa guna ada kawan kalau tak boleh kongsi masalah hm? "
" Iyer aku tahu. Kan kita dah janji susah senang sama-sama. Aku ingat Aira. "
Serba salah Mina membalas.Aku minta maaf Aira terpaksa tipu kau. Aku tak nak kau risau sebab aku.
" Haa macam tulah kawan aku. Hmm tadi kau kata nak balik kampung kan? Kalau kau nak balik, aku nak balik jugaklah. Boleh kannn? "
" Bukannya aku tak bagi kau ikut. Cuma kau tau lah kan restoran tu tak ramai pekerja. Aku risau bos tak bagi yelah kau pon tau kan kita ni baru jer buat masalah datang lewat. Ni nak minta cuti pulak. "
" Alaa tak boleh lah ni aku nak follow balik? Hmmm..habis aku nak duduk dengan sape kalau kau balik? Aku tak nak duduk sini sorang-sorang. "
Panjang muncung Aira memikirkan hal itu. Tidak sanggup dia tinggal seorang diri dalam rumah ini.
" Aira, aku takkan tinggal kau sorang-sorang dekat sinilah. Bukannya aku tak tau kau tu penakut. Nanti aku hantarlah kau pegi duduk dengan Aisyah. "
" Tapi..Aisyah kan duduk dengan abang dia. Hishh tak nak lah aku. Aku seganlah Mina. "
" Dua hari jer Aira , pleaseee "
" Hmm, yelah-yelah. "
" Macam ni lah baru kawan aku. Aku sayangkan kau Aira. "
" Hm aku pon sayangkan kau Mina. "
Mereka berpelukan tanpa sedar beberapa saat sehingga Mina yang menyedari itu terus menolak Aira.
" Kau tau tak aku rasa kita dah macam LGBT. Eeee geli lah aku. "
Mina membuat gaya seperti mahu termuntah.
" Hahahhaahhahahahs, haah lah kan baru perasan. "
Aira sambung ketawa tak henti-henti apabila menyedari hal itu.
Mina hanya tersenyum melihat Aira. Mereka sangat rapat, gembira dan bahagia seperti adik-beradik. Dia tidak sanggup kehilangan Aira. Tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa selain berserah.
YOU ARE READING
MR.RAYYID ( On-going )
Actionp/s ; dont copypaste my first karya! And dont forget to vote and comment anything okey. ********* Aira Humaira , seorang gadis yang naif dan takut akan kegelapan. Tidak mempunyai siapa-siapa selain emak dan sahabat baiknya. Dia sanggup berhenti meng...