BAB 14

351 18 3
                                    

Perbualan rancak antara Aishah, Ahmad dan Aira terhenti apabila jam sudah menunjukkan pukul 12. Kereta Rayyid yang baru diparkir di depan restoran itu dilihat membuatkan dia tersenyum.

" Okeh lah korang, aku nak balik dah ni. Terima kasih dah belanja aku minum air. Teman aku berborak. Mesti nanti aku rindu korang. "

Dia bangun dari kerusi yang diduduknya.

" Eh Aira awal lagi ni. Kau nak balik dengan siapa? "

Soal Aisyah pelik.

" Haah siapa yang ambil kau? "

Ahmad yang blur itu hanya tahu menyampuk.

" Hmm kawan aku. Okeh lah. Aku tak boleh lama ni. Ada masa kita jumpa lagi eh. "

" Okeh lah kalau kau dah kata macam tuh. Jangan lupa kita orang tau. Kau baik-baik. Apa-apa hal call jer kita orang. "

" Okeh bye korang. Aku pergi dulu. "

Usai berpelukan, Aira terus keluar dari restoran tersebut dan melangkah menuju ke kereta Rayyid. Pintu penumpang dibuka lalu dimasuk. Pintu kembali ditutup perlahan.

Aira berpaling menghadap Rayyid yang sudah memandang wajahnya tajam. Tangan kirinya disorok sedikit. Tidak mahu lelaki itu tahu tentang apa yang berlaku tadi.

" K-kkenapa? Saya ada buat salah ke? "

Rayyid tersengih sinis mendengarkan soalan gadisnya. Kedengaran sangat polos. Pura-pura tak tahu yer. Tak mengapa. Tunggu kau Aira balik nanti. Kereta dipusing ke arah jalan raya.

Tidak sampai setengah jam perjalanan mereka sudah sampai di sebuah hotel. Enjin kereta ditutup lalu dia keluar. Pintu kereta sebelah Aira dibuka. Lengan Aira dipegang apabila Aira sudah keluar.

" Kita buat apa kat sini? "

Tercengang dia melihat lelaki itu membawanya ke hotel yang sangat mewah.

" Buat anak. Jom. "

Selamba sahaja Rayyid menjawab. Lengan Aira ditarik mengikut langkahnya masuk ke dalam hotel lima bintang itu.

" Hah? "

Jawapan Rayyid membuatkan Aira blur. Dalam hati Rayyid sudah tergelak sakan melihat wajah cemberut gadisnya. Sebenarnya dia bawa gadisnya ke sini untuk makan tengah hari.

" Come duduk sini. "

Arah Rayyid kepada Aira yang masih lagi blur. Kerusi ditarik sedikit untuk gadisnya duduk. Lalu kerusi di sebelah Aira diduduknya. Beberapa saat kemudian, pelayan restoran di hotel itu muncul bersama buku menu di tangannya.

" Kau nak makan apa? "

Rayyid menyoal gadisnya sambil menyelak buku menu itu.

" Tapi saya tak ada duit nak bayar makanan dekat hotel mewah ni. "

" Tch, aku tak suruh pun kau bayar. Aku tanya kau nak makan apa? Cepat, aku dah lapar ni. Kang aku makan kau betul-betul baru tau. "

Sudahlah dia lapar, gadisnya buat hal pulak. Sabar jelah. Nasib comel.

" Err..ada nasi tak? Saya lapar nasi lah. "

Rayyid menghalakan pandangannya ke wajah Aira. Kesian pulak tengok gadisnya yang lapar nasi itu dengan pipi yang mula merah. Mungking malu dengan katanya tadi.

" Air? " Rayyid tanya lagi.

" Hm ikut awak jelah. "

Jawapan gadisnya betul-betul membuat Rayyid suka. Sekurang-kurangnya gadisnya sudah berani manja dengannya.

MR.RAYYID ( On-going )Where stories live. Discover now