BAB 9

402 20 0
                                    

Suasana dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah Rayyid hanya senyap. Yang bunyi hanyalah lagu dari radio. Wajah Rayyid yang dingin seperti biasa dijeling sekilas oleh Aira.

Takut dia ingin bersuara. Jadi dia hanya mampu diamkan diri. Jari jemarinya diramas perlahan sesekali dia melihat pemandangan malam dari luar tingkap itu.

Tiba-tiba fonnya berbunyi. Melihat nama panggilan yang tertera, kelam kabut dia menjawab.

" Hello Aira ! Kau okeh tak ni? Dari tadi aku call tak angkat. Kau kat mana sebenarnya ni?  "

Terkedu Aira mendengar suara resah Aisyah yang bertanyakan tentangnya. Terus dipandang wajah lelaki di sebelahnya. Pandangan mata helang itu membuatkan Aira gementar.

" Hello Ai-aisyah, a-aku okeh. K-kau jangan risaulah. A-aku tido r-rumah kk-kawan aku hari ni. "

Tergagap-gagap dia membalas panggilan Aisyah.

" Ouhh, aku ingatkan kau kene culik tadi. Nasib aku tak call polis lagi. Haish kau ni pun, kalau yer nak tido rumah kawan, bagi lah tau aku dulu. Risau aku tau tak? "

" Sorry dah buat kau risau. Aku janji tak buat lagi. "

" Haa yelah, takpe. Aku tak kisah sangat. Janji kau selamat jer Aira. Ni kau nak tido berape lama dekat rumah kawan kau? Kau pegi keje tak esok? "

Lagi sekali Aira terkedu. Pandangan dihalakan ke arah Rayyid. Rayyid menggelengkan kepalanya tanda tidak membenarkan Aira bekerja esok.

" Aku tak tau lagi lah Aisyah nak tido berapa lama. Aku tak masuk keje esok. Kau tolong bagitau bos eh? "

" Hmm kalau kau cakap macam tuh, takpelah. Nanti aku bagitau bos. Kau tuh hati-hati kat sana. Kalau ada pape terus jer call aku. Aku nak masak ni. Aku tutup dulu. Bye Aira. "

" Haa okeh lah, bye. "

Aira menarik nafas lega setelah panggilan dimatikan.

" Aku suka kau dengar cakap aku. "

Dengan muka yang dingin, kepala Aira yang dilapisi tudung sarung itu diusap lembut oleh Rayyid. Lagaknya seperti orang yang psycho sahaja. Tapi sebenarnya tidak. Rayyid memang akan begitu apabila berada dengan orang yang disayanginya. Aira hanya diam. Tidak berani mahu menepis.

Kereta yang dipandu Rayyid akhirnya berhenti juga. Enjin kereta ditutup. Aira yang melihat Rayyid sudah keluar daripada kereta, kelam kabut terus dia. Dia berlari mengejar langkah Rayyid yang sudah jauh ke depan.

Sampai sahaja di sebelah Rayyid terus dia memegang lengan Rayyid yang berlapik hoodie itu. Terhenti Rayyid. Dia tersenyum melihat Aira memegang tangannya. Dia lupa gadisnya takut gelap.

Dia melepaskan pegangan Aira. Tangan Aira terus ditarik mengikutnya tanpa lepas. Sampai sahaja di depan pintu. Password ditekan. Apabila pintu terbuka dia menarik lagi sekali tangan Aira supaya mengikutnya. Pintu itu ditutup dan automatik terus terkunci.

Aira dibawa duduk di sofa ruang tamu rumahnya. Nafas penat dihela. Hoodie serta baju tshirtnya dibuka sebelum dia tertido bersandar di sofa tanpa disedari Aira.

Aira masih lagi terkedu melihat sekeliling rumah itu. Sangat luas dan cantik dekorasinya. Tidak pernah dia jejak kaki ke tempat mewah seperti ini. Pasti lelaki ini kaya. Fikirnya.

Wajahnya terus berpaling melihat lelaki yang menculiknya itu. Merah terus mukanya apabila melihat tubuh lelaki yang sedang tidur itu separuh bogel. Nasib tidak dibuka juga seluarnya. Boleh pengsan Aira.

Wajah lelaki di depannya itu dilihat. Sangat polos ketika tidur. Terus hilang wajah dingin itu. Terlalu hensem dengan keningnya yang lebat dan hidung mancung. Bibir yang sedikit kemerahan.

Habis wajah Rayyid diteliti Aira. Lagipun, masa lelaki ini tidur sahaja dia boleh mengambil kesempatan melihat wajah itu dengan lebih dekat. Nampak penat sekali. Mungkin memikirkan masalah hidupnya.

Aira yang berasa sudah lewat malam mula menguap. Dia juga sudah mengantuk melihat lelaki itu tidur nyenyak. Dia bangun dari sofa yang diduduknya. Meja yang berada di depan tv itu dihampiri. Dia duduk di lantai dengan kepala dilentokkan di atas meja itu. Akhirnya dia tertidur walaupun dia tidak selesa.



                              ************



Keesokkan harinya Aira bangun daripada tidur yang lena. Dia melihat sekeliling. Baru dia perasan dia bukan berada di ruang tamu. Dia tidak tidur di lantai. Tetapi dia tidur di atas katil. Sungguh dia terkejut.

Dan yang lebih mengejutkan lagi baju yang dipakainya sekarang bukan miliknya. Tudungnya juga dibuka. Dia pelik dan tertanya-tanya. Siapa yang tukarkan bajunya? Siapa yang mengangkatnya tidur di sini? Lelaki itu? Dia baru teringat lelaki yang menculiknya. Adakah lelaki itu buat sesuatu kepadanya?

Mengalir air matanya memikirkan hal itu. Dia takut sangat. Jika betul, apa salahnya diperlakukan seperti itu? 

Rayyid yang sudah siap memakai baju kemeja itu terus melangkah dengan pantas ke bilik yang menempatkan Aira apabila mendengar seseorang menangis. Terus dibuka pintu itu dan dipeluknya Aira. Tersentak Aira.

" Kenapa kau menangis? Kau ada sakit dekat mana-mana ke? "

Rayyid menyoal sambil membelek tubuh Aira. Dia risau jika Aira sakit.

Bibirnya diketap. Melihat Aira yang hanya mendiamkan diri dengan air mata yang mengalir itu membuatkan Rayyid panas hati.

" Berhenti menangis Aira. Bagitau aku kenapa kau menangis? "

Soal Rayyid menahan geram dengan muka yang sengaja ditegangkan.

Aira yang takut itu terus menghentikan tangisannya. Apatah lagi melihat wajah tegang lelaki itu. Dia tidak menjawab soalan itu malah dia bertanya dengan muka ditundukkan ke bawah.

" Awak ke yang angkat saya semalam? Awak ke yang t-tukar baju saya? Apa awak b-buat dengan saya semalam? "

Hampir tergelak Rayyid mendengar apa yang disoal. Jadi sebab itu gadisnya menangis pagi ini. Gadisnya pasti malu.

" Ya aku angkat kau semalam. Aku tukarkan baju kau. Lepas tuh aku tak ingat aku buat apa. "

Sengaja dia bermain tarik tali dengan gadisnya. Memang benar dia yang angkat gadis itu kebiliknya dan menukarkan baju gadis itu. Tetapi dia tak kejam lagi mahu sentuh gadisnya tanpa kebenaran gadis itu.

Walaupun malam semalam dia hampir juga tertewas melihat tubuh cantik itu. Tetapi dia menahan nafsunya. Dia tidak mahu menyakiti gadisnya. Dia sangat sayangkan gadisnya. Dan sebab itu dia perlu menjadikan gadis itu hak miliknya secara sah dengan segera.

Aira yang mendengar jawapan itu terus sahaja mengalirkan air matanya. Sedih dengan hidupnya. Sudah tidak kisah dengan lelaki di depannya yang merenungnya bagai nak tembus.

Rayyid mendekatkan dirinya ke telinga Aira sebelum berbisik.

" Berhenti menangis Aira Humaira. Aku tak nak tengok kau menangis lagi. Kau jangan risau. Aku tak sentuh kau pun. Tapi kalau kau berdegil nak menangis lagi. Aku tak akan teragak-agak ambil dara kau! "

Selesai berbisik, Rayyid bangun daripada katil dan berkata kepada Aira yang sudah merah mukanya kerana malu.

" Dah aku nak pegi keje. Kau duduk rumah ni diam-diam dan jangan kau cuba larikan diri kau dari aku sebab aku akan cari kau sampai lubang cacing. Paham? "

Hanya anggukan yang diberikan Aira.

" Tchh mana suara kau Aira? "

Rayyid bersuara di celah-celahan giginya apabila tidak mendengar suara lunak gadisnya.

" F-ffaham. S-saya faham. "

Gagap Aira menjawab.

" Good girl. "

Terus Rayyid bergerak keluar dari bilik usai mengucup dahi gadis itu. Dia tahu Aira akan dengar katanya. Semakin memerah wajah Aira yang merasakan dahinya basah. Nasib baik lelaki itu sudah pergi. Kalau tidak pasti dia kena bahan.





MR.RAYYID ( On-going )Where stories live. Discover now