Sentuhan terakhir diberikan di wajahnya. Terakhir lah sangat. Walhal dia hanya memakai bedak sahaja. Lagipun dia tidak minat dan tidak reti nak bersolek seperti perempuan lain.
Tudung sarung berwarna hitam yang disangkut di paku dinding biliknya diambil dan dipakai. Malas nak pakai tudung lain. Dia mahu ke kedai depan jalan itu sahaja. Jadi tak perlu nak susahkan diri nak belit-belit tudung.
Selesai bersiap, dia mengambil dompet dan keluar biliknya. Melihat Aisyah yang tekun menonton movie itu tak jadi dia mahu menegur. Dia terus mengambil kunci pintu rumah dan membukanya.
Tersentak Aisyah mendengar pintu rumah terbuka. Terus dia bangun dari duduknya. Fikirnya, abangnya sudah balik daripada oustation. Rupanya Aira yang membuka pintu.
" Kau nak ke mana pulak nak dekat maghrib ni Aira? "
" Eh Aisyah, aku ingat kau tak perasan aku nak keluar. Hehe sorry. Aku keluar pegi kedai depan tuh jap. Nak beli barang. "
" Kau nak pegi jalan kaki? Bahaya lah. "
" Iyelah, takkan naik kereta pulak? Malas lah aku naik kereta. Sekejap jer pun. Kau janganlah risau. "
" Mananya aku tak risau. Kau tuh dah lah perempuan. Pastu nak pegi sorang-sorang jalan kaki pulak. Kalau kau tak nak naik kereta, kau jangan keluar pegi kedai. "
" Aisyahh ! "
" Kau nak pegi kedai ke tak nak? "
" Yelah-yelah aku naik kereta. Puas? "
" Puas sangat. Nah kunci kereta. Balik cepat. Ada pape terus jer call aku. Paham? "
" Faham. Kau janganlah risau. Aku pergi dulu. "
Usai berkata, enjin kereta distart dan kereta itu terus membelok ke arah jalan raya. Tidak sampai seminit, dia sudah sampai di kedai runcit. Enjin kereta tidak ditutup kerana dia hanya ingin membeli tuala wanita.
Dia malas mahu mintak kepada Aisyah. Dia tak nak menyusahkan gadis itu lagi dengan memberi dia tumpang tinggal di situ. Nasib baik kaunter kedai yang dijaga itu perempuan. Tak adalah dia malu sangat. Setelah siap membeli, dia masuk ke dalam kereta ingin pulang.
Tetapi dia teringat tentang Mina. Sungguh dia rindukan sahabatnya. Di manakah Mina sekarang? Baik-baik sahajakah? Dia menjadi pelik bila dia call emak Mina, dikatanya Mina sudah balik ke bandar.
Dia melihat jam yang menunjukkan angka 6 petang. Terus dia membelok kereta Aisyah menuju ke arah jalan rumahnya dan Mina. Dia perlu balik ke rumah itu untuk kepastian. Mungkin Mina sudah pulang.
************
Rayyid mengikut kereta gadisnya dari jauh supaya gadis itu tidak perasan. Apabila gadisnya memakirkan kereta satu kawasan rumah yang sudah kosong. Dia terus memberhentikan keretanya jauh daripada kawasan itu.
Melihat gadisnya sudah keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah itu, segera mask berwarna hitam dipakai menutup dari hidung hingga ke dagunya. Hoodie miliknya juga dipakai menutup kepala.
Hari ini dia akan menjalankan misinya. Iya, dia mahukan gadisnya. Jadi dia perlu melakukan ini sebelum ada yang kebas. Dia sudah tahu segalanya tentang hidup gadis itu daripada spynya.
Daripada keluarga yang hanya tinggal emak di kampung. Tentang penyakitnya hingga lah kawan-kawan yang baik dan jahat. Dia tahu gadisnya sekarang tinggal di mana. Oleh sebab itu, dia bertindak cepat. Tidak mahu gadisnya terlepas ke tangan orang lain.
Melihat matahari sudah terbenam. Hanya bulan sahaja yang menemani. Dia pelik kenapa gadis itu tidak keluar daripada rumah itu lagi. Bukankah gadis itu takutkan gelap?
Tidak menunggu lama, segera dia keluar daripada kereta dan masuk ke dalam rumah itu secara senyap-senyap.
**********
Aira yang masih tidur tidak sedarkan diri itu dilihat di sebalik dinding. Gadisnya tertidur di sofa ruang tamu. Suka melihat wajah gadisnya yang sangat polos ketika tidur. Seketika gadis itu merengek. Mungkin mengigau.Tersenyum dia melihat dari jauh.
Aira yang merasa dirinya berpeluh dan sedikit panas itu segera mencelikkan mata. Terkedu dia melihat dia masih di rumah ini. Baru dia teringat dia tertidur selepas menangis mengingatkan kenangannya dan Mina di rumah ini.
Resah hatinya duduk dalam rumah yang gelap ini seorang diri. Sungguh dia berasa sangat takut untuk bangun mencari lampu. Menitis air matanya tidak mendengar nasihat Aisyah tadi.
Dengan fon yang tertinggal dalam kereta. Apa yang patut dia buat sekarang ni? Tidak henti-henti air mata itu keluar. Aira hanya membiarkan sahaja. Tidak rasa mahu mengelap. Yang dia tahu dia hanya mahu pulang ke rumah Aisyah sahaja.
Tiba-tiba suasana menjadi cerah. Lampu ruang tamu terbuka. Tapi siapa yang buka? Dia berasa pelik dan seram. Lagi terkedu dia mendengar seseorang berdehem.
" Ehem-ehem ! "
Sengaja Rayyid berdehem sebegitu untuk menakutkan gadisnya. Melihat gadisnya semakin kuat menangis, terus dia duduk di sofa sebelah Aira. Tersengih sinis dia melihat gadis itu seperti terkejut dan takut.
" Encik siapa? Saya tak kenal encik. Macam mana encik boleh masuk dalam rumah ni? Tolong keluar dari sini encik. Tsk..tsk "
Laju Aira berkata sambil menangis apabila melihat pandangan tajam lelaki itu. Sungguh dia takut.
" Tch, kau dengar sini. Aku takkan balik selagi aku tak dapat apa yang aku nak. "
Rayyid berdecit sedikit. Sakit hatinya melihat gadis itu menangis sebabnya.
" Apa yang encik nak? Saya tak ada duit. Saya hanya orang susah. Tolonglah pegi encik. "
Sekali lagi Aira merayu kepada Rayyid.
" Aku tak nak duit kau. Aku cuma nak kau! Aku nak kau ikut aku sekarang. Aku tak nak dengar kau menangis dan bantah cakap aku kalau kau taknak aku buat kau menyesal. "
Segera Rayyid bangun menuju ke pintu rumah tetapi terhenti apabila Aira membantah katanya.
" Encik siapa? Tolonglah jangan apa-apakan saya, saya janji saya tak cerita dekat siapa-siapa. Tsk..tsk ..tolonglah encik saya mohon sangat-sangat dekat encik. " tersedu-sedan Aira Humaira menangis meratapi nasibnya.
" Aku tak mintak banyak dan aku malas nak cakap banyak, aku cuma nak kau jer. Kau memang tak paham bahasa ke aku cakap apa hah? Kau memang tak sayang mak kau yang dekat kampung tuh ke perempuan !! " tengking Rayyid Amsyar.
Geram Rayyid dengan gadisnya. Bukan niatnya mahu menengking Aira. Tetapi sabarnya sudah hilang. Dia pantang orang tidak mengikut arahannya. Terpaksa dia mengugut berkaitan emak gadis itu.
Terkejut Aira. Terangkat sedikit bahunya mendengarkan tengkingan itu. Air matanya menitis lagi. Tapi cepat-cepat dia mengelap dan bangun dari duduknya.
" Tt-tolong jangan apa-apakan mak saya. Saya akan ikut encik. Saya janji saya tak menangis dan tak bantah lagi. "
" Good, itu yang aku nak dengar dari tadi. Dah jom. Banyak lagi keje aku nak buat. "
Rayyid yang menarik lengan Aira menuju keluar rumah ke keretanya itu segera ditahan Aira.
" Apa lagi kau nak? "
" Macam mana dengan kereta kawan saya? Dan fon saya, saya nak ambil nak call kawan saya nanti dia risau tunggu saya. "
" Nanti aku suruh orang aku hantar kereta tu. Kau tak payah risau. Pegi ambil fon kau cepat. Aku tunggu dalam kereta. Kau jangan nak lari pulak. Kalau aku tahu kau lari, tahulah aku apa nak buat. "
Melihat anggukan Aira yang berlari ke arah kereta milik kawan Aira itu, terus Rayyid bergerak masuk ke dalam keretanya.
Setelah beberapa minit dia menunggu, kelihatan pintu di sebelah penumpang dibuka. Lega melihat gadisnya mengikut kata. Tidak menunggu lama, kereta dipusing untuk pulang ke penthouse miliknya.
YOU ARE READING
MR.RAYYID ( On-going )
Actionp/s ; dont copypaste my first karya! And dont forget to vote and comment anything okey. ********* Aira Humaira , seorang gadis yang naif dan takut akan kegelapan. Tidak mempunyai siapa-siapa selain emak dan sahabat baiknya. Dia sanggup berhenti meng...