"Sayang, pagi ni masak apa?" Soal Taehyung ceria sambil melangkah ke meja makan. Aku senyum memandangnya sebelum menjawap.
"Sayang buat gulai ikan kembung, oppa suka kan?" Balas aku dan menghampiri Taehyung. Semua dah tersedia atas meja cuma nak makan aje.
"Ha Aryan makan la, makan banyak-banyak. Mak nak panggil abah kat ruang tamu dengan achik sat." Kata mak lalu berlalu pergi meninggalkan kami.
"Abah buat kat ruang tamu sayang?" Soal Taehyung ka aku. Yalah tak kan dia nak soal dekat meja pula kan.
"Buat apa lagi, baca Quran la sayangku. Kejap lagi kita baca pula eh." Balas aku sambil menuang air ke dalam gelas.
"Okay sayang! Eh abah mak mai makan kaih." Kata Taehyung dengan menggunakan dialect kedah tapi bunyi korea sikit bila nampak abah dan mak datang.
"Ya makan la Aryan." Balas abah sambil pegang bahu Taehyung. Mak hanya senyum dan menambah lauk di pinggan Taehyung. Aku pula? Aku sendu ja kat sini.
Habis saja bersahur, mak dan abah macam biasa ke masjid tapi kali ni kami berdua ikut. Bosan kat rumah, bukan buat apa pun tidur ja. Kalau pergi masjid jap lagi ada ceramah lepas tu sambung tadarus pula. Berbaloi dan boleh tambah pahala.
♥♥♥
"Oh sayangku hari ini kamu syantik. Hari-hari kamu syantik, syantik bagai bidadari." Nyanyi Taehyung sambil memandang aku yang tengah bersila kat ruang tamu. Aku tengah lukis design baju.
"Apa ni, sejak bila oppa pandai menyanyi lagu macam ni? Siap tambah lirik sendiri lagi." Kata aku sambil gelakan kecil.
"Tadi oppa tengok video yang adik send kat dalam group family kita. Video lawak, sayang tak tengok ke?" Kata Taehyung. Adik tu adik bongsu aku yang aku cerita sebelum ni.
"Melayan sangat la oppa ni." Aku masih ketawa kecil memandang Taehyung. Dia sengih dan sambung menyanyi lagu lain pula.
"Oppa cantik tak baju yang sayang lukis ni?" Soal aku.
"Cinta saya bukan kal- wahh cantiklah sayang! Pandainya sayang pikir corak dia, cantik sangat." Balas Taehyung.
"Well tengok la isteri sapa yang lukis. Isteri Kim Taehyung yang cantik lah yang buat semua lukisan ni." Balas aku sambil memeluk tubuh. Bangga diri kejap.
"Oh sempat puji diri sendiri jugak ya." Taehyung mencubit pipi aku perlahan.
"Selalunya oppa puji diri sendiri, sekarang sayang punya turn la pula." Kata aku lalu sambung membuat kerja.
Tiba-tiba mak datang menghampiri dan bersila bersama kami. Mak pandang lukisan aku sambil senyum. Mak memang tahu aku pandai melukis. Dulu masa di universiti mak abah selalu kena paksa datang korea sebab aku nak dorang tengok aku menang pertandingan melukis design pakaian.
"Angah, Aryan tahun ni nak pakai baju warna apa?" Soal mak. Eh mak awainya pikir.
"Mak nak pakai warna apa? Angah baru nak tanya sebab nak tempah dekat kawan." Kata aku.
"Betol tu mak dan abah nak pakai warna apa? Kita boleh sedondon satu family." Kata Taehyung pula. Mak macam tengah fikir.
"Warna biru! Biru soft lawa!" Jerit achik yang ada dekat atas sofa tengah tengok tv.
"Elok jugak. Boleh la, angah pilih la nanti tunjuk dekat mak nah." Kata mak lalu bangun dan pergi tengok tv dengan achik.
"Abang Aryan, nyanyi la lagi lagu jiwang dekat angah tu. Dia nak dengar lagi kot." Tambah achik lagi. Sibuk ja dia nak suruh laki aku nyanyi.
"Ha memandai ja hang, menyanyi sendiri la duk suruh laki angah pasaipa." Kata aku.
"Bulan puasa pun nak berkelai ka? Macam budak-budak aih." Kata mak pula. Mak tampar paha achik sekali.
Aku gelak jahat dekat achik tapi Taehyung cepat-cepat tutup mulut aku.
"Macam budak kecil la sayang. Sayang tu dah nak jadi eomma kena la matang sikit." Kata Taehyung lalu dia ambil pensil dan letak kat tangan aku suruh sambung lukis.
"Koto mila ping peng maling kingkong senong kongkeng mani mani map penong pong peng ngong ngeng ngong ngeng enci rinten." Nyanyi Taehyung kuat dengan lirik yang entah apa-apa.
Aku gelak kuat sambil pegang perut. Kau boleh bayang tak dia menyanyi dah la kuat, muka tu penuh perasaan dengan tangan macam nak menari mayang ulik ja.
"Suka eh oppa nyanyi macam tu?" Kata Taehyung lalu geletek perut aku.
Aku masih gelak macam tadi."Oppa berhenti la hahaha sayang janji tak gelakkan oppa dah hahahah oppa menyanyi la puas-puas." Kata aku. Lalu Taehyung memberhentikan perbuatannya. Dia sambung menyanyi, aku tengah lukis ni tahan ja dari ketawakan dia.
♥♥♥"Imaging your face say hello to me and all-." Nyanyian aku terhenti apabila Taehyung tutup lagu di phone aku. Orang balik terawih nak rilex sambil nyanyi-nyanyi kat bilik dia boleh tutup pula.
"Sayang ni sudah la dengar lagu tu. Oppa naik bosan la dengan suara sendiri tiap-tiap hari. Sayang dengar la selawat ka zikir ka okay jugak." Kata Taehyung. Aku jeling dia sekilas.
"Biarlah, saya nak dengar lagu tu ja pun. Lagu tu best apa." Kata aku pula.
"Oppa kan ada dekat sini, kalau nak dengar bagi tahu ja. Boleh oppa menyanyi live kat sayang." Taehyung menghampiri aku. Aku mula berjalan laju dan baring kat katil.
"Kalau sayang suruh oppa nyanyi nanti oppa nyanyi lagu bukan-bukan macam tadi." Kata aku sambil gelak. Taehyung baring mengiring menghadap aku kat sebelah.
"Mana ada, tu oppa just panaskan badan." Taehyung gelak dan peluk pinggang aku membuatkan jarak kami semakin dekat.
"Ni baru real nak nyanyi kat sayang, subahanallah walhamdulillah walaillah ha illallah allahu akbar." Taehyung senyum dan tepuk-tepuk belakang aku.
"Sayang bukan baby la naik dodoikan macam ni." Kata aku.
"Sayang tu baby besar oppa la! Kenapa lupa ke?" Kata Taehyung pula lepastu dia sambung selawat dan tepuk belakang aku. Aku peluk Taehyung erat tapi sebelum tu aku cium bibir dia sekilas.
Tbc

YOU ARE READING
[C]Bangun Sahur Sayang | KTH
Romance[Readers cakap Sweet] Cabaran bagi seorang lelaki mualaf dari korea untuk berpuasa penuh tahun ini. ❤️ The more you read the bitter it can be. Chapter- Sweet Special i - Slayyyy Special ii - Sad