4

2.6K 189 9
                                    

"Aduhh!" Nadia menjerit kesakitan. Sekali lagi dia ditolak dari arah belakang. Kali ini luka nya di lutut kaki kanannya. Dia menahan rasa perih di lututnya.

Nadia memandang kearah orang yang menolaknya tadi dari belakang. Dia berdecik geram. Eliana ni memang tak boleh tengok dia tenang.

"That's what you get when rampas hak orang." Eliana bersuara berhasil membuat semua orang memandang kearah mereka. Nadia memejamkan matanya menahan geram.

Harris yang baru sahaja ingin menolong ditahan oleh Eliana.

"You duduk sini." Eliana berjalan mendekati Nadia yang masih terduduk di atas jalan dengan lutut yang masih mengeluarkan darah.

"Best tak? Tu la hadiahnya bila rampas hak orang. Kau ingat ye kau tu tak layak untuk Harris. Aku je layak. Bukan orang macam kau yang cuba nak minta simpati orang lain. Kau ingat tu." Eliana berbisik tepat ditelinga Nadia.

"Dah habis." Pernyataan singkat dari Nadia yang mampu membuat rasa naik angin Eliana membuak-buak.

"Kau asal kurang ajar sangat." Eliana mula rasa naik angin.

"Takde la kalau dah habis aku nak balik. Tak kuasanya aku layan kau. Tak dapat apa pun. Buang masa." Nadia cuba berdiri namun ditolak lagi sekali oleh Eliana.

"Kau kalau tak puas hati tak payah jadi pengecut. Nak lawan? Lawan la." Eliana langsung tak kenal siapa Nadia yang sebenarnya ni.

Nadia mendekatkan mulutnya dengan telinga Eliana.

"Kalau kau nak tau diri aku yang sebenarnya kau cabar la sampai aku rasa tercabar. Takat kau tolak aku 2 kali sampai luka apa barang lah sangat kan. Tapi if aku dah rasa diri aku tercabar there's no forgiveness by my side. So behave." Nadia menjarakkan muka mereka kembali.

Eliana tersenyum dan tiba-tiba dia menaikkan tangannya ingin menampar Nadia. Nadia sedar akan hal itu namun dia sengaja diamkan diri. Nampaknya Eliana ni memang nak tengok sisi gelap Nadia ni.

Nadia memejamkan matanya menunggu masa untuk ditampar. Ehh lamanya nak tampar. Minah ni buat slomo ke apa.

Dia membuka matanya dan terkejut melihat siapa di depannya. Haikal!

Terkejut mereka semua yang berada di situ. Terlihat Haikal sedang berdiri sambil menahan kuat tangan Eliana daripada menampar Nadia. Haikal memandang Nadia sekilas dan kembali memandang tajam ke anak mata Eliana.

"Jangan pernah kau sentuh dia atau kau tahu akibatnya." Haikal makin menggenggam ketat. Nadia yang melihat Eliana kesakitan itupun bergegas bangun dan mendekati Haikal.

"Haikal lepas. Dia sakit la." Nadia cuba meleraikan genggaman kuat Haikal tapi tak berjaya.

"Habis kau tak sakit." Pernyataan singkat itu membuat Nadia terdiam.

"Haikal. Sakit!" Jerit Eliana namun diabaikan Haikal.

"Sekarang kau kenal la erti sakit. Baru kau tahu kan apa yang Nadia rasa kan. Ambil ni sebagai pelajaran. Ingat eh sekali lagi aku nampak kau cederakan dia nyawa kau dalam tangan aku. Kau faham!" Pandangan yang diberikan oleh Haikal memang sangat mengerikan berhasil membuat Eliana terangguk-angguk.

Haikal menghempas tangan Eliana kasar ke arah jalan raya yang berbatuan. Eliana mengadu kesakitan apabila tangannya terdapat sedikit tanda tergores.

"Ni baru sikit aku boleh buat lebih lagi." Haikal menarik tangan Nadia dan pergi dari tempat itu. Nadia dibawa hingga sampai ke kereta dengan langkah yang terhincut-hincut.

"Masuk la." Haikal menyuruh Nadia masuk kedalam kereta. Nadia hanya kaku masih berdiri. Haikal yang perasan dengan keadaan itu memandang Nadia.

"Kenapa." Pelik dengan Nadia yang tiba-tiba kaku terdiam.

That Nerd Is Mine ✓Where stories live. Discover now