5

2.5K 176 0
                                    

"Nad rindu papa hiks." Jatuh butiran jernih kecil dari matanya.

Sudah menjadi rutin hariannya untuk menangis sendirian sambil memeluk gambar keluarganya bersama papa nya. Namun kini hanya tinggal kenangan.

Dia mengesat air matanya perlahan. Tiada guna juga dia menangis beria. Dia meletakkan kembali gambar itu ditempatnya. Terlintas satu perkara di kepalanya.

"Kenapa abang benci dengan Nad." Air matanya kembali jatuh. Tak mahu membazir air matanya lagi dia berlari mencapai tuala nya dan berlari masuk ke bilik air dibiliknya.

Selesai semuanya dia turun kebawah untuk makan bersama keluarganya. Dia mengambil tempat disebelah mamanya.

"Luka dah letak ubat dah." Tanya Tengku Nadla apabila perasan kehadiran Nadia.

"Dah." Jawabnya ringkas.

"Mana abang?" Tanya Nadia pula bila perasan akan ketidak hadiran abangnya di meja makan.

"Dia keluar." Terdengar sedikit kecewa jawapan yang dikeluarkan dari mulut Tengku Nadla.

Nadia hanya mengangguk dan mula mencapai lauk kegemarannya. Ikan sardin masak cili api!!

Mereka makan bersama. Keadaan hanya sunyi. Sebaik sahaja Nadia habis makan dia teringat dengan perancangan dia bersama kawan-kawannya tengah hari tadi.

"Ma. Boleh Nad duduk dengan Nurin and Anis? Kitaorang plan nak duduk satu rumah yang dekat dengan sekolah. Nanti senang nak study semua sama-sama. Boleh?"

Tengku Nadla memandang suaminya yang juga memandangnya. Mereka tersenyum serentak. Nadia bingung.

"Nad kami ada suprise untuk kamu." Pernyataan yang membuat Nadia makin bingung.

"Hah. Suprise apa ni?" Tanya Nadia.

"Kami ada beli rumah kecil yang jarak 1km je dari sekolah kamu. Kami rancang memang nak bagitau kamu hari ni tapi kamu dan rancang dulu dah. Nanti Nadia boleh la duduk dekat sana dengan kawan-kawan." Panjang lebar penerangan Encik Hisyam.

Terbeliak mata Nadia. Like seriously rumah kot.

"Kenapa ma dengan ayah belikan rumah untuk Nad?" Pelik pula dia takde angin takde ribut tiba-tiba dapat rumah.

Tengku Nadla menggenggam tangan anaknya.

"Mama tak nak kamu kena seksa dengan abang kamu." Tengku Nadla menunduk. Sedih pula rasanya bila terkenangkan waktu-waktu Nadia ditampar, diheret dan dilayan seperti orang asing oleh abang kandung nya sendiri.

Nadia terkedu. Dia memegang tangan ibunya dengan tangannya yang satu lagi. Dia memeluk ibunya erat.

"Thanks ma." Hanya itu yang mampu dia ucapkan. Sebenarnya dia tak mahu juga larikan diri dari abangnya cuma dia dah tak tahu nak bercakap apa lagi.

Dia melepaskan pelukannya. Dia memandang Encik Hisyam dan melemparkan senyuman. Encik Hisyam hanya membalasnya.

"Nadia naik bilik dulu eh. Nak bagitahu kawan." Nadia berlalu pergi setelah mendapat anggukkan dari Tengku Nadla.

Dia mencapai iPhone nya dan memulakan video chat bersama kawan-kawannya.

"Hello korang!" Nadia memulakan percakapan mereka.

"Yow! Dah bagitahu parents korang belum?" Tanya Anis. Gelabah la minah ni.

"Well my parents dah setuju. Korang?" Giliran Nurin pula bertanya.

"My parents say okay. Untuk kebaikan kita juga. But Nad?"

"Aku on je. And I have a suprise to tell you girls."

That Nerd Is Mine ✓Where stories live. Discover now