21

1.7K 121 1
                                    

Flashback on...

Haikal p.o.v

Aku menuju kearah dapur untuk menolong Adrian.

"Bang?" Panggil aku.

"Oh kau. Nak apa?" Jawab dia sambil mengacau air yang dibuatnya.

"Ada apa-apa nak aku tolong?"

"Takde." Aku mengangguk. Baru sahaja ingin melangkah pergi namun nama ku dipanggil.

"Haikal? Nama kau kan?" Aku menoleh. Wajah serius Adrian aku pandang.

Aku mengangguk lagi.

"Duduk la sekejap. Aku nak cakap dengan kau." Aku lalu mengambil tempat dan duduk berhadapan Adrian.

Adrian menarik kerusi berdekatan dan duduk menghadapku.

"Kau sayang Nad?" Sama juga dengan adiknya yang suka straight to the point.

Aku terkejut dengan pertanyaan Adrian. Tak tahu ingin jawab apa. Adrian masih menunggu jawapan.

"Kenapa tanya?"

"Kepastian." Jawabnya singkat. Aku masih terdiam.

"Come on la. Aku dah baca kot surat dalam kotak tu." Ucapnya.

"Kau baca?" Adrian mengangguk. Aku menghembus nafas. Serabut!

"Betul la apa kau baca tu." Akhirnya aku mengaku.

"Look, aku tak kesah pasal kau tau. Tapi aku kesah pasal adik aku. Jadi memandangkan aku dah tau pasal hal ni apa kata kau tolong aku?" Tanya dia.

Aku memandang lekat anak mata Adrian.

'Sama warna mata!'

"Woi! Boleh tak?" Ujar Adrian menyedarkan aku dari lamunan.

"Ha apa?" Tanya aku.

"Kau jaga Nad. Jangan bagi dia terluka lagi. Aku tak nak dia rasa sakit lagi. Aku tak peduli yang penting kau kena ikut mana je dia pergi mahu dia sedar ataupun tak. Kau pantau dia bila aku takde SAHAJA. Get it?" Ujar dia dengan wajah yang dipasang ngeri.

Aku menelan air liur.

'Gila seram siot muka dia.' Bisik hatiku.

Aku mengangguk gagap.

"Good."

Flashback off...

"Aku tak boleh tipu diri sendiri. Tipu la kalau aku cakap aku tak sayang dia." Aku bermonolog sendiri.

"Kalau la dia yang baca dulu surat tu." Aku berpusing kearah kanan.

Pandangan ku terhala kearah kotak kecil yang berwarna blue black. Baru sahaja ingin mengambilnya...

Tokk... Tokk

Bunyi ketukan pintu membuatku berpusing kearah kiri menghadap pintu.

"Kal dah mandi belum?" Jerit Tengku Faridah memanggil nama ku.

That Nerd Is Mine ✓Where stories live. Discover now