1

4.5K 237 20
                                    

Nitric Highschool

"Baiklah, semua diminta masuk ke kelas masing-masing dengan kadar segera. Sekian terima kasih." Kata seorang pengawas yang sedang berdiri di hadapan pentas untuk memberi arahan kepada pelajar lain.

5 Crystal ialah kelas yang menempatkan pelajar yang mempunyai rekod yang tertinggi di Nitric Highschool termaksuk lah Triple N ataupun nama lain adalah Triple Nerd.

Mereka tak seperti gadis yang lain. Gadis yang lain mementingkan kecantikan dan trend terkini namun bukan mereka. Triple N adalah sekumpulan gadis Nerd yang hanya mementingkan pelajaran mereka.

Triple N bergerak pantas keluar dari ruang dewan dan menuju ke kelas untuk memulakan hari pertama mereka sebagai pelajar SPM pada tahun ini.

Namun baru sahaja meletakkan kaki di anak tangga pertama beg mereka ditarik dan mereka dibawa ke bawah tangga.

Mereka ditolak keras kearah dinding.

"Welcome back!" Sapa salah seorang lelaki yang menarik mereka tadi. Triple N menghembus nafas kasar.

"Stop it Malaun." Giliran Nadia bersuara.

"Stop what?" Haikal masih ingin bermain.

"Let us go. Dah lewat la." Nadia mula nak marah. Ahli lain hanya diam memerhati pertikaman mulut diatara leader mereka.

"Lewat ke? Macam tak biasa pulak kau ni." Haikal masih tak mahu berhenti. Nadia menghembus nafasnya geram.

"What do you want?" Nadia masih menahan kemarahan nya.

"Nak apa? Macam biasa la takkan tak ingat dah." Kali ini Haikal benar benar mencabar kasabaran ketiga gadis itu.

"Kalau aku cakap ya kau lepaskan kitaorang tak?" Kedengaran suara kemarahan Nadia.

Haikal hanya tersenyum dan membuka jalan supaya tiga gadis itu pergi. Nadia memandang Haikal sekilas dan berlari naik ke kelas diikuti Nurin dan Anis.

•••

Sampai sahaja di hadapan kelas 5 Crystal mereka di sajikan pula dengan muka salah seorang ahli Princess yang sedang menunggu kehadiran mereka.

"Why you all's lambat?" Eliana bersuara. Eyy minah B.I terabur ni kang.

"Tandas." Ringkas jawapan yang diberikan dari Nurin.

"Alasan. Ingat la sikit tu korang AJK pengawas kan. Tunjuk la contoh pengawas sikit. Ni dengan baju kau tak seterika bagai. Dah masuk la." Eliana selaku penolong pengawas mengarahkan mereka.

Sebenarnya Eliana sengaja buat begitu. Maklumlah kononnya pegang jawatan tinggi lah kan.

Triple N masuk ke kelas dan duduk di bahagian belakang kerana mereka lambat. Takpe nanti cikgu susun juga kedudukan kelas.

"Weh Nad! Kau ni cepat sangat la tadi." Anis memulakan perbualan mereka. Dia duduk di meja belakang Nadia dan Nurin kerana meja dihadkan hanya dua setiap pasangan.

"Habis kau nak sampai balik ke dekat situ je. Selagi aku tak cakap yes selagi tu Haikal tu tahan. Penat je bazir air liur perang mulut dengan dia." Nadia menjawab sambil mengeluarkan buku mata pelajarannya selepas ini dan mula menyelak halaman muka surat buku itu.

"Hah nampaknya kita buat kerja double la malam ni." Giliran Nurin pula yang mencelah. Dia juga mengeluarkan buku dan membaca nya.

"We had no choice. Sorry guys." Nadia mula rasa serba salah. Disebabkan dia kawan kawannya terjebak.

"It's okay." Ucap Nurin dan Anis serentak.

"Bangun!!" Kedengaran suara lantang ketua pengawas yang bernama Harris.

That Nerd Is Mine ✓Where stories live. Discover now