Setelah cuti panjang, Akhirnya kami kembali lagi kesini. Di tempat dimana semua remaja mula mengumpul ilmu. Di mana tempat bermulanya pertemanan kami. Tempat bermulanya cabaran baru bagi kami. Tempat di mana kami mengenali erti berdikari. Dan tempat yang mempertemukan kami dengan seseorang yang kami sayang. Tempat ini menjadi saksi pertemuan pertama kali kami bersama mereka. Mereka yang dulunya si pembuli dan kini adalah pemurah hati. Kami bersyukur ditemukan dengan orang yang berjaya mengubah hidup kami. Kalau betul mereka jodoh kami... Insyaallah tak kemana. Lambat laun khawin juga hehe.
Sekian,
Nad
Nurin
AnisNadia menutup buku yang ditulisnya tadi. Dia memeluk Nurin dan Anis yang berada disebelahnya.
Nervous rasa untuk mendengar nama pelajar terbaik.
•••
Habis sesi mengambil results...
"Weh! Haikal ajak pergi Starbucks. Nak ikut tak?" Ucap Nadia. Dia menutup iphone nya.
Nurin dan Anis memandang Nadia.
"Tak nak la. Nanti kacau orang dating." Sindir Nurin. Nadia menepuk dahi.
"Kalau aku pergi date pun takkan pernah aku ajak korang. Ada Haziq dengan Nazhan la. Cuba la buka phone tu tengok diorang mesej ke tak."
Dengan gelabahnya mereka membuka iPhone mereka.
"Haah dowh." Serentak mereka menjawab.
"Ha pastu cakap lagi boyfriend tak nak bawa pergi date. Ni la punca dia. Girlfriend malas baca chat. Apa la." Mereka menggaru kepala yang tidak gatal.
"Dah la. Haikal dah tunggu aku. Jumpa sana. Bye." Nadia pergi meninggalkan mereka.
•••
"Mana diorang? Lambat la." Adu Nadia. Dia menyedut-nyedut airnya.
"Sabar la wahai Nadia oi." Nadia masih mengeluh. Hampir habis air nya diminum.
"Tu ha. Panjang umur." Ucap Haikal.
"Hi guys!" Tegur Haziq. Hadeh ini orang. Banyak cari pasal la.
Buk...
iPhone Nadia selamat menepuk dahi Haziq.
"Aduh." Haziq menggosok dahinya.
"Padan muka." Ucap Nadia. Haikal menggeleng tersengih.
Masing-masing mengambil tempat.
"So, lepas ni nak buat apa?" Tanya Nazhan.
Nadia dan Haikal tersenyum.
1... 2... 3
"Bye!" Berlari Haikal dan Nadia meninggalkan yang lain.
Mereka terkaku.
"Diorang dah kenapa?" Tanya Nazhan. Jadi bingung dia.
Nurin dan Anis tersenyum.
YOU ARE READING
That Nerd Is Mine ✓
Teen Fiction[TeenFiction] Triple N? Sekumpulan gadis nerd yang sering dibuli kerana gaya pemakaian mereka yang agak serabut ditambah kaca mata bulat yang mereka kenakan. Dan mereka mempunyai rahsia gelap yang terpaksa mereka sorokkan. Kini gadis nerd itu hanya...