23

1.5K 121 10
                                    

Satu kelas tercengang. Sir Hadi menghentikan sesi pembelajaran mereka.

"Haziq? Nazhan? Pergi tengok dia." Arah sir Hadi. Haziq dan Nazhan mengangguk. Langkah dibawa mengejar Haikal.

Pelajaran mereka disambung. Cuma Nadia sahaja yang tak mampu fokus. Dadanya terasa senak.

•••

"Hah." Keluhan panjang terbit dibibir Nadia. Penat betul dia harini. Mata direhatkan.

"Haikal okay tak?" Tanya dia sendiri.

"Nak call ke tak?" Ucap dia. IPhone ditangannya ditepuk-tepuk.

"Ish call je la. Tapi nanti dia fikir aku gedik. Tapi kau kawan dia kot Nadia oi. Tak rasa macam minta attention ke? Huaa serabut!" Mula dah meroyan dia.

Mana tak meroyan. Dari Haikal lari dari kelas sampai lah waktu balik pun kelibat Haikal tak wujud langsung.

Tangannya yang memegang iPhone bergetar. Dia melihat nama sang pemanggil.

'Haikal!'

Terus dia terduduk. Diangkatnya panggilan dari Haikal.

"Hello Kal! Kau okay tak? Kenapa tadi?" Segalanya terlepas.

"Yah! Kau jerit kenapa? Sakit telinga aku." Balas Haikal.

"Heh sorry. Kenapa ni call aku?"

"Jom lepak kejap. Aku boring."

"Tapi kau..."

"Aku okay la. Cepat la. Pukul 4 aku depan rumah kau. Bye." Panggilan ditamatkan tanpa menunggu jawapan dari Nadia.

Nadia terdiam. Skrin iPhone dinyalakan dan...

"What the... Pukul 3:45! TIDAK!" Kalut dia berlari kebilik air. Hoodie berwarna biru gelap dicapai dan dipakai.

Selesai semuanya, langkah dibawa keluar bilik. Dia berhenti seketika di hadapan pintu biliknya.

cermin mata bulat yang ada diatas meja dipandang lama.

"Nak pakai ke tak?" Pandangannya teralih kearah cermin.

"Ah!" Laju tangannya mencapai cermin mata dan getah rambutnya. Berlari dia keluar dari biliknya.

"Korang? Aku keluar kejap tau." Nurin dan Anis memandang dia pelik.

"Kau demam ke?" Tanya Nurin.

"Maksud kau?" Tanya Nadia mula bingung.

"Nothing. Kau nak keluar dengan siapa?"

"Haikal." Jawab dia. Tangannya naik mengikat rambutnya.

"Sorry to ask but kau dengan Haikal ada something ke?" Tanya Anis. Rasa ragu mula muncul.

"What? No."

Pin...pin

"Ah dia dah sampai. Aku pergi dulu. Jangan bakar rumah ni. Ingat tu!" Ucap Nadia sebelum berlari keluar rumah.

Sempat juga dia mendengar kutukkan mereka berdua.

Dia ternganga melihat Haikal.

"Pandang apa?" Nadia melopong seperti tak percaya apa yang dilihat.

"Kau ni demam teruk sangat ke ni?" Tanya Nadia. Dia masih tak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Tak mana ada. Naik la cepat."

"Kau sengaja kan." Tangannya membentuk penumbuk.

"Apa?" Tanya dia dengan muka yang selamba.

"Apa kau tanya? Kepala hotak hang aku nak naik motor dengan hang. Hang gila ka apa ni?" Keluar dah loghat negeri dia.

That Nerd Is Mine ✓Where stories live. Discover now