"Lepaskan anak aku!" Jerit Tengku Azrin apabila dia ternampak Nadia yang berada dalam pelukan seseorang. Pistol ditepi kepala Nadia dipandang lama. Nadia menangis ketakutan.
"Mana 10 juta aku minta!" Jerit orang yang memeluk Nadia supaya dia tidak dapat lari.
"Ada dalam beg ni." Dia menunjuk beg hitam yang sedari tadi dipegang lalu dicampakkan beg itu kearahnya.
Orang yang dikenali sebagai Fauzi itu menyuruh anak buahnya mengambil beg hitam yang dicampakkan Tengku Azrin.
Sesekali gugur air mata Tengku Azrin melihat anaknya yang dalam ikatan tali yang ketat.
"Lepaskan dia!" Jerit dia tak mampu lagi melihat keadaan Nadia yang menangis lemah. Mungkin tak makan.
Fauzi perlahan menjauhi Nadia dan membiarkan Tengku Azrin melepaskan anaknya.
Tengku Azrin berlari mendekati. Perlahan dia membuka ikatan ketat yang berada di sekujur tubuh Nadia.
Tanpa dia sedar Fauzi sudah beralih tempat ke belakangnya
"Aku tak bunuh dia. Tapi kau sebagai gantinya." Tengku Azrin menoleh ke belakang. Sepucuk pistol diarahkan tepat kearah dahinya.
"Kau nak apa lagi. Cukup la kau putuskan persahabatan kita. Sekarang kau nak apa?"
"Salah kau kenapa aku putuskan persahabatan kita. Kau rampas dia dari aku!" Marah Fauzi.
"Rampas siapa? Tengku Nadla Qismina?" Pertanyaan Tengku Azrin yang membuat hati Fauzi membuak-buak.
"Siapa lagi?" Jerit dia. Tengku Azrin menghembus nafas menahan amarahnya.
"Tak sangka kau masih tak boleh nak lupakan dia. Dah bertahun dia jadi istri aku. And aku langsung takde niat nak rampas dia dari kau. Takkan kau lupa yang kau dah buat dia terluka. Masa dia susah ada kau tolong? Kau menghilang. Masa dia senang bukan main manis lagi mulut kau. Macam pengemis."
Bukk!
Lantas Tengku Azrin terbaring memegang perutnya yang terasa senak. Fauzi tersengih.
"Baru sikit kena sepak. Sakit dah?" Sindir Fauzi.
"Sudahlah Fauzi dengan dendam kau. Aku dah malas nak bertumbuk dengan kau." Ucap Tengku Azrin dengan suara agak serak.
"Sekarang baru kau tahu macam mana rasa duduk dekat bawah kan. Macam tu la aku rasa bila kau kahwin dengan Nadla dulu." Semua luahan hati dikeluarkan.
Pistol di arahkan kembali kepada dahi Tengku Azrin.
"Jangan bergerak!" Jerit satu suara. Serentak semua mata beralih kearah pintu gudang yang terbuka luas itu.
YOU ARE READING
That Nerd Is Mine ✓
Teen Fiction[TeenFiction] Triple N? Sekumpulan gadis nerd yang sering dibuli kerana gaya pemakaian mereka yang agak serabut ditambah kaca mata bulat yang mereka kenakan. Dan mereka mempunyai rahsia gelap yang terpaksa mereka sorokkan. Kini gadis nerd itu hanya...