"NAD!" Jerit satu suara yang datang tidak jauh dari kami. Aku memandang kearahnya.
'Haikal' kata yang mampu ku ucapkan melalui hatiku.
"Ohh kau la yang selalu bawa dia ni keluar. Apa kau nak?" Terkejut Haikal melihat keadaan aku dengan kaki berdarah. Adrian masih menggenggam rambutku kuat.
"Tolong jangan buat Nad macam tu. Saya kawan dia tak lebih dari itu." Haikal mengumpul segala kekuatannya untuk membalas kata adrian. Lemah juga Haikal tengok aku dengan kaki yang berlumuran darah. Haritu boleh pula la dia lawan perempuan. Macam ada something ni.
"Cakap je lebih. Kau nak dia sangat kan? Ni ambil dia ambil." Kepalaku ditojah berkali-kali sebelum dia pergi bersama satu lagi kotak pemberian Haikal dan berlalu meninggalkan kami berdua.
"Nad kau okay tak?" Jelas terdengar kerisauan melanda dirinya. Aku mengesat sisa air mataku.
"O-okay." Balasku singkat.
"Jom aku bawa kau pergi klinik. Kaca tu banyak sangat tu. Boleh jalan tak?" Aku menggeleng perlahan setelah mencuba untuk berdiri sendiri.
"Takpe aku dukung kau. Boleh?"
Dengan terpaksanya aku mengangguk. Dia membawa aku ke klinik berdekatan.
•••
"Aku hantar kau je tau kat dalam nanti. Aku tunggu luar je." Aku hanya mengangguk.
'apa salah Nad abang.' bisik hati kecilku. Sekali lagi air mataku jatuh. Aku mengesatnya perlahan.
"Tengku Nadia Qismina?" Mendengar itu Haikal terus bangun dan memimpin ku masuk ke bilik doktor.
Haikal bergegas keluar.
End Nadia p.o.v
Haikal p.o.v
Aku menunggu di luar bilik doktor. Dengan cepat aku mengeluarkan iPhone ku dan menelefon seseorang.
"Hello?"
"Yes Haikal. Kenapa?"
"Weh datang klinik xxx sekarang. Urgent."
"On my way."
Dengan pantas orang di talian mematikan panggilannya bersamaku tadi.
Aku duduk di kerusi yang disediakan dan cuba menenangkan diriku.
'apa yang jadi?' bisikku sendiri.
10 minit kemudian aku terdengar suara seseorang memanggilku.
"Kal!" Dari jauh terlihat wajah Anis dan Nurin yang sedang berlari kearahku.
"Kenapa? Apa yang urgent?" Tanya Anis gelabah.
"Ha eloklah kau bawa Nurin sekali. Ni fasal Nad." Terbeliak mata Anis dan Nurin.
"Kenapa? Apa jadi?" Tanya Nurin dengan muka penuh kerisauan.
Dengan sepenuh tenaga aku mengatur nafasku dan mula bercerita.
Flashback on...
Baru sahaja aku ingin menghidupkan enjin keretaku aku terdengar bunyi pecahan.
"Bunyi tu dari rumah Nad." Aku memandang lama rumah itu.
Tiba-tiba terdengar suara teriakkan seseorang dari dalam.
"Macam suara Nad." Bisikku. Kejap aku tak salah dengarkan. Tu Kan memang suara Nadia.
YOU ARE READING
That Nerd Is Mine ✓
Teen Fiction[TeenFiction] Triple N? Sekumpulan gadis nerd yang sering dibuli kerana gaya pemakaian mereka yang agak serabut ditambah kaca mata bulat yang mereka kenakan. Dan mereka mempunyai rahsia gelap yang terpaksa mereka sorokkan. Kini gadis nerd itu hanya...