26

1.5K 127 3
                                    

"Nad!" Terkejut mereka. Tadi kan Nadia tidur. Macam mana boleh ada dekat sini atau lebih tepatnya pada jam 10:30 malam!

"K-kau buat apa dekat sini?" Tanya Nurin gagap. Takutnya la kalau kantoi pasal tadi.

"Nothing. Just bought a coffee to chill myself. And what are you guys doing in this hour here?" Tanya Nadia.

"Kitaorang lepak je. Nak ajak kau tadi tapi kau tidur. Jadi kitaorang pergi la." Nadia mengangguk faham.

"Okay. Aku balik dulu. Jangan balik lambat. Korang perempuan kan. Jangan mengada nak duduk berkepit dengan Malaun dua ekor ni sampai 12 lebih. Kang siku aku bagi. Aku tunggu dekat rumah. Make sure sampai rumah 10 minit sebelum pukul 12. Bye!" Nadia beranjak pergi.

Mereka terdiam. Ambil kau kena ceramah. Padan muka. Gatal sangat nak lepak tengah malam apahal.

"Cepat la bincang sementara ada masa lagi." Mereka mengangguk.

Perbincangan mereka diteruskan.

•••

Nadia berjalan sendirian. Kopi yang dibelinya tadi dipegang erat. Air matanya mengalir tiba-tiba.

"Sanggup korang tipu aku." Air matanya jatuh berlinangan. Langkah diteruskan secara terpaksa. Tangisan sedaya upaya di tahan.

"Kenapa?" Ayat itu sahaja yang dikeluarkan dari mulutnya. Semuanya berterusan sehingga dia sampai kerumahnya.

•••

"Okay. Sekarang semua balik and tenangkan fikiran masing-masing." Ucap Haziq.

Semua mengangguk. Masing-masing mengemas barang untuk pulang kerumah masing-masing.

"Biar kitaorang hantar la. Dah nak tengah malam ni. Kang jadi apa-apa kitaorang yang kena dengan Nad."

Nurin dan Anis mengangguk setuju. Mereka bergerak meninggalkan kedai itu.

Sedar tak sedar, dah sampai dah pun kerumah Nad.

"Gelap je. Macam takde orang." Kata Nazhan mula curiga.

"Oh Nad ni suka duduk dalam gelap. Kalau boleh tu satu rumah tu dia nak gelap kan." Tergelak mereka mendengarnya.

"Okay lah. Bye." Gelabah berdua nak keluar dari kereta.

Kereta Haziq bergerak pergi setelah memastikan Nurin dan Anis masuk kedalam rumah.

"Assalammualaikum!" Laung Anis tapi tiada sahutan.

"Cuba kau tengok dalam bilik dia." Arah Anis. Nurin mengangguk lalu pergi kearah bilik Nadia.

Knock... Knock

"Nad? Aku masuk tau." Dia meredah masuk. Lampu dibuka. Takde orang!

"Anis! Kau cek bilik air ada orang tak?" Jerit dia.

"Takde!" Nurin berlari kearah Anis. Tandas di cek. Takde!

"Kau kenapa? Nad mana?" Tanya Anis.

Nurin berlari kembali kebilik Nadia. Satu bilik dilihat hingga dia ternampak sepucuk surat di atas meja di tepi katil.

From: Nad

Aku tinggal rumah family aku. Jangan pernah melawat aku.

To: Nurin and Anis.

"Woi! Kau apahal?" Tanya Anis. Nurin menoleh kebelakang. Surat tadi dihulur. Anis membacanya.

Mereka memandang satu sama lain.

"You thinking the same thing as me?" Anis mengangguk.

"Habis la."

•••

That Nerd Is Mine ✓Where stories live. Discover now