24

1.5K 127 4
                                    

3 bulan berlalu begitu pantas. Haikal masih tak menunjuk kan diri.

Nadia menjadi lebih pendiam. Setiap hari dia termenung sendiri. Takde siapa tahu apa yang bermain difikiran nya. Kini dia rasa betul-betul sendiri.

"Nad?" Nadia menoleh kearah suara tersebut.

"Jom pergi kantin. Lapar la." Dia bangun dan terus keluar dari kelas 5 Crystal. Nurin dan Anis mengikut dia dari belakang.

Sandwich yang berbungkus di dalam plastik menjadi pilihan makanan tengah harinya.

Sandwich nya ditenung lama

"Ambil la. Nanti gastrik kau datang singgah aku buat tak tau je."

Terukir senyuman dibibirnya. Dia melahap sandwich itu.

"Aku dengar si kembar bertiga tu pindah lagi." Ucap Haziq.

"Bagus la tu. Tak payah semak lagi layan muka diorang tu." Ucap Anis selamba.

"Aku dah tau dulu dah." Semua memandang kearah Nurin.

"Haritu dia jumpa aku. Emer kata dia minta maaf and dia janji dia takkan kejar aku lagi."

"Boleh percaya ke mamat tu?" Sindir Haziq.

"Boleh. Besides, diorang kata dah jumpa orang baru." Sekali lagi mereka memandang pelik kearah Nurin.

"Diorang?" Tanya Nazhan. Nadia memasang telinganya. Bukan dia tak tahu yang si Eriq ni suka dia.

"Oh lupa. Masa Emer jumpa tu diorang berdua sekali minta maaf kalau ada buat kita rasa terganggu dengan kehadiran diorang. Masa tu diorang bagitahu yang diorang jumpa orang lain."

"Eloklah tu dari dia sibuk kejar kau yang dah jelas aku punya." Lah gedik pula la si Haziq ni.

"Maafkan saya ya encik. Kita belum sah lagi ye." Haish kalau dengan diorang tak sah kalau tak dengar diorang gaduh.

"Dah tak payah nak memekak. Ada yang khawin dekat sini kang." Bebel Nadia. Mereka terdiam.

"Aku nak pergi library." Dia beranjak pergi tanpa mendengar kata-kata mereka.

Dia berjalan menuju ke arah library.

'lorong ni...'

"Sakit la! Aku boleh jalan sendiri." Rayu Nadia kerana tangannya masih dipegang Haikal.

"Macam aku tak kenal kau. Elok karang aku lepas kau lari entah pergi mana. Ikut je la." Haikal masih tak nak  melepaskan genggamannya.

Bibirnya tersenyum apabila terimbau kenangan mereka bersama.

'Tangga ni...'

"Welcome back!" Sapa salah seorang lelaki yang menarik mereka tadi. Triple N menghembus nafas kasar.

"Stop it Malaun." Giliran Nadia bersuara.

"Haha." Ketawa dia perlahan. Langkah diteruskan menuju library.

'Tempat ni...'

Nadia yang sedang tekun membaca terganggu kerana ada yang menarik kerusi di sebelahnya. Dia melihat wajah orang tersebut.

"Haikal. Kau buat apa kat sini?" Tanya Nadia lalu melihat kearah kawan-kawannya yang hanya duduk bersama partner mereka tanpa sepengetahuan Nadia.

"Terserempak dengan sir Hadi tadi. Dia tanya partner kitaorang mana. Aku cakap la dekat Library. Last-last dia suruh kitaorang ikut korang." Panjang lebar penerangan dari Haikal.

That Nerd Is Mine ✓Where stories live. Discover now