'Angin ni...' Terkejut dia seketika.
Dia dapat rasa yang angin itu membawa satu rasa yang tak dapat dia tafsirkan.
"Nad? Okay tak?" Tanya Anis. Dia sedar kelakuan Nadia yang pelik sejak tadi.
Tiba-tiba air matanya Nadia jatuh tanpa diminta. Muka Anis dipandang dengan muka sembab. Anis mula risau.
Tanpa kata lagi, dia terus memeluk erat Anis. Tangisannya pecah di bahu Anis. Terisak-isak bunyi yang dikeluarkan nya. Yang lain memandang mereka berdua.
"Hey kenapa ni?" Tangan Anis mengusap belakang badan Nadia.
"Ak-aku rin-rindu dia..." Serak suaranya kedengaran. Masing-masing terdiam tak tahu nak buat apa.
•••
"Aku masuk bilik dulu." Dia pergi meninggalkan Nurin dan Anis di ruang tamu.
Nurin dan Anis menggelengkan kepala.
Pintu bilik tertutup dan dikunci. Dia menghempas badannya keatas tilam yang empuk.
"Aku penat." Matanya dipejamkan. Tak lama kemudian, matanya dibuka kembali.
Tangannya dinaikkan setinggi mungkin. Gelang yang terpasang cantik ditangannya dipandang.
"Rindu." Hanya perkataan itu yang mampu di keluarkan dari bibirnya.
"SPM lagi berapa bulan je lagi. Bila dia nak balik?" Keluhan kecil terlepas dari mulutnya.
Gelang itu dipandang lama.
"Pandai kau pilih gelang ni. Cantik." Ucap dia sendiri. Gelang itu dibeleknya beberapa kali.
Itulah hobinya setiap hari. Gelang itu yang dilihatnya untuk melepaskan rindu kepada dia.
"Balik la. Aku nak jumpa kau." Matanya terpejam. Tertidur dia sambil gelang itu dipeluknya.
•••
"Sebab kan kau je la aku beli perfume mahal ni tau." Dia membelek perfume yang berada ditangannya.
YOU ARE READING
That Nerd Is Mine ✓
Teen Fiction[TeenFiction] Triple N? Sekumpulan gadis nerd yang sering dibuli kerana gaya pemakaian mereka yang agak serabut ditambah kaca mata bulat yang mereka kenakan. Dan mereka mempunyai rahsia gelap yang terpaksa mereka sorokkan. Kini gadis nerd itu hanya...