Fuh selamat sampai di rumah akhirnya setelah lama mengalami trafic jammed kat area sekolah tadi.Nak naik hantu bila lama kat jalan raya.
Niat di hati nak sampai rumah cepat-cepat supaya dapat rehatkan diri.Walaupun duduk je kat kelas tapi berasa penat.Rasa tak cukup rehat pun ada.
"Assalamualaikum mama"laungku sambil berjalan masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam"jawab mama dari dapur.
"Mama masak apa ni?"tanyaku sambil aku mengambil gelas lalu menuangkan air kedalamnya.Aku meneguk air seketika.
"Mama masak ayam goreng special"jawabnya dengan teruja.
"Hurmmm?nampak sedap."aku menghidu aroma bau ayam tersebut.
"Kalau nampak sedap,Fira pi lah mandi dulu.Lepas mandi turun makan.Fira mesti laparkan?"macam tau tau jer aku ni tengah lapar.
"Okey"jawabku sepatah.Aku lalu beredar dari dapur untuk naik bilik aku.Aku naik lif naik atas.Malas nak naik tangga.
Setelah sampai di bilik,aku terus menyapai towelku lalu masuk ke bilik air.
😵😵😵
Setelah selesai berpakaian lengkap,aku terus menuruni anak tangga untuk pergi ke meja makan.Tak sabar hendak menjamu selera.
"Hah turun pun anak mama.Ingatkan kamu dah tertidur kat atas tu tadi"aku hanya sengih sengih jer.
"Tak de lah mama.Biasalah perempuan.Kalau mandi nak dekat 30 minit"jawabku lalu mengambil tempat duduk bertentangan dengan mama.
"Hah yelah"mama terus mencedokkan nasi dan meletakkan ayam goreng special di pinggan aku.Selesai membaca doa aku terus menyuapkan makanan ke dalam mulut aku.Wow sedap nak mampos lah masakkan mama jarang tak sedap.
"Fuh.sedapnye"mulut aku penuh dengan nasi tapi masih juga nak cakap.
"Telan dulu makanan tu baru cakap"marah mama.Selesai sahaja makan,aku terus duduk di sofa lalu punat remote tv ditekan.
Sedang aku ralit layan cerita Ip Man 4 Finale,terasa seperti sofa tenggelam sedikit menandakan ada orang duduk di sebelah aku.Aku memandang sekilas dan wajah mama muncul di sebelahku.
"Ada ape ma?"mata masih ralit layan tv.
"Mama nak cakap sesuatu dengan kamu ni"aku memandang muka mama dengan riak yang pelik.
"Cakaplah ma"kini mata aku tertumpu dengan wajah mama.
"Malam nanti kawan mama nak datang rumah.Dia bawa anak dia sekali.Katanya anaknya itu baru balik dari Australia dan berpindah ke sini"
"Owh"jawabku sepatah.
"Mama nak kamu bersiap malam nanti dan pakai tudung sekali sebab anaknya itu lelaki"aku memandang mama sekilas.
"Okey"jawabku lalu mata terus tertumpu ke skrin tv.😵😵😵
Memandangkan malam ini ada tetamu,aku berdandan dengan pakaian yang sopan.
Selesai bersiap aku terus turun ke bawah untuk menolong mama menghidangkan makanan yang telah dimasak petang tadi.
Sedang aku dan mama sibuk meyiapakan apa yang patut,terdengar satu laungan salam di depan pintu rumah.
"Assalamualaikum"laung satu suara dari pintu rumah.
Aku terus menyuruh mama pergi lihat takut takut itu kawan mama.
"Mama pergilah lihat siapa yang datang tu.Kot kot kawan mama"mama terus beredar pergi ke pintu rumah.Aku pula pergi ke dapur untuk membuat air sirap.
Selesai membuat air sirap,aku terus menghidangkan air tersebut di atas meja.Aku melilau mencari kelibat mama dan melihat mama sedang mengiringi satu wanita yang sebaya dengan mama pergi ke meja makan.Tiada pula aku melihat anak kawan mama tu.
"Duduk lah"pelawa mama pada kawannya itu lalu mama mengambil tempat di hadapan kawanya itu.
Aku pula mengambil tempat di sebelah mama.
"Mana anak you Ida"tanya mama untuk memulakan bicara.
"Ada dia.Kat luar tu kot.Sekejap lagi masuklah tu"jawab kawannya mama.Aku hanya mendengar sahaja perbualan mama dan sahabatnya itu.
"Hah,tu pun anak I"
Alangkah terkejutnya aku bila lihat muka anaknya itu.Tal silap aku nama dia Tengku Faleeq Iskandar yang duduk di belakang meja aku.Sah itu dia.
"Sori ma Faleeq lambat sikit"kata lelaki itu kepada mamanya Datin Wahida.
"So inilah anak you?Bujang sudah Faleeq.Last aunty nampak kamu time kamu kecik dulu dalam umur 5 tahun"Faleeq hanya tersenyum sahaja.
"Haah.Lepastu kami pindah Australia sebab papa dia ada urusan di sana"jawab mama Faleeq.
"Kita makanlah dulu nanti borak panjang"pelawa mama.😵😵😵
Selesai makan,kami semua duduk di ruang tamu untuk memulakan sesi perbicaraan sesama sendiri.
"Besar panjang dah anak u kan Laila.Sebaya dengan anak I."aku hanya sengih sengih bila dipuji macam tu.Puji eh..ape ape je lah.
"Haah"jawab mama sepatah.Setelah sekian lama berborak.Datin Wahida dan anaknya pun meminta diri untuk pulang ke rumah.
😵😵😵
Mengantuknya.Esok dah lah nak sekolah.Hari ni tidur lewat.
Mengenangkan kejadian tadi,nasiblah si Faleeq tu tak cam muka aku lagi.Kalau tak naya aku.
Tak payah fikir sangatlah.Lebih baik aku tidur daripada fikir benda tak penting tu.
JANGAN LUPA VOTES😙
YOU ARE READING
SETELAH ADANYA DIA(HIATUS)
Teen FictionTragedi hitam yang pernah berlaku di dalam hidupnya telah membuatkan dirinya membenci mana mana lelaki kecuali ayahnya.Ramai sahaja lelaki yang hendak dekat dengan dirinya tetapi tidak diendahkan sama sekali.Dia mempunyai wajah yang polos dan sepasa...