BAB 31

65 2 0
                                    

SETELAH sampai di rumah,aku terus meluru masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa ruang tamu.Fikiran aku sekarang sedang serabut.Aku buntu.Tak tahu nak buat apa lagi.Kenapa perlu dia buat comeback?Aku pun tak faham.

Tangan di silangkan pada dada dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sekarang ni.Sedang ralit mencari idea,terasa sofa di sebelahku tenggelam menandakan Faleeq duduk di sebelahku.

"Sayang okey tak ni.Selepas bertemu dengan pelajar baru tu sayang diam jer dari tadi.Ada masalah ke?Kalau ada masalah ceritalah dekat hubby.Hubby sudi dengar"rasa bersalah pula bila buat Faleeq turut risau dengan keadaanku sekarang ni.

"Hubby ingat tak orang yang pernah sayang cerita dekat hubby dulu?"aku cuba untuk mengingatkan Faleeq pasal Syed Adham.

"Ingat"jawab Faleeq sambil kepala terangguk-angguk.

"Itu lah dia.Syed Adham Aiman.Orang yang pernah mengecewakan aku di masa silamku dan membuatkan aku membenci semua lelaki kecuali ayahku sendiri"aku mula menceritakan segalanya pada Faleeq.

"Oooo..Begitu rupanya.Ada apa dia nak berjumpa dengan sayang tadi?"kedudukan aku sekarang bertentangan dengan Faleeq.

"Dia kata dia masih sayang dekat sayang"aku berterus terang.

"Habistu sayang jawab apa?"Aku terus menggengam jari Faleeq.

"Sayang jawablah sayang tak sayang dia lagi.Sayang dah ada hubby kan.Buat apa nak sayang orang lain"Faleeq terus tersenyum gembira bila mendengar ayat yang terakhir dariku.

"Sayang jangan risau.Hubby akan sentiasa protect sayang.Sayang adalah separuh dari jiwa hubby.Tiada siapa yang boleh ambil sayang dari hubby.Itu janji hubby"bergenang air mata di tubir mata.Terharu sangat-sangat.

Tidak semena-mena aku terus mendakap tubuh sasa milik Faleeq.Wajah terus disembam di dada bidang Faleeq.Jujur aku merasa sangat selesa bila memeluk Faleeq.Segala masalah hilang serta-merta.Lama kami dalam berpelukan sehingga aku sendiri meleraikannya.

"I love you so much hubby"bibir Faleeq dikucup seketika.Faleeq kelihatan terpempan seketika lalu senyuaman lebar terukir di wajahnya.

"I love you too sayang.I love you more than you love me"ubun-ubun aku dikucup dengan penuh syahdu untuk menyatukan rasa bahagia yang diidam sekian lama.

"Jom lah naik atas.Kita mandi sama-sama"ajak Faleeq.

Tanpa membantah kaki terus diayun menaiki anak tangga sambil tangan asyik berkepit dengan tangan Faleeq.

Wow!Bahagia sangat apabila dapat berkepit dengan insan yang tersayang.Bahagia tu lain macam.Rasa dunia ni hanya milik aku dan dia sahaja.Tiada apa yang dapat memisahkan kecuali ajal dan maut.

SETELAH ADANYA DIA(HIATUS)Where stories live. Discover now