Bab 11

107 7 0
                                    

Kelas 5 Heroic yang tadinya bising bak pasar ikan tiba tiba senyap seperti api disimbah dengan air apabila Cikgu Amer masuk kelas.

Maklumlah cikgu disiplin kan.Confirm lah semua kecut perut.

Salam diberi kepada Cikgu Amer lalu diikuti oleh kami sekelas.

"Okey harini cikgu nak bagi kamu semua peperiksaan mengejut"kata Cikgu Amer dengan riak yang selamba.

Satu kelas mula berbisik sesama sendiri dan nampak nervous.Aku pun macam tu.Cikgu ni suka bagi kejutan kat student.

"Cikgu tahu kamu orang belum bersedia tapi ini untuk kebaikan kamu orang.Cikgu nak tahu siapa yang faham dan siapa yang masih blur dengan apa yang cikgu ajar selama ini.Memandangkan SPM nak dekat sebab tu cikgu buat macam ni."terang Cikgu Amer panjang lebar.

Selesai sahaja masa Cikgu Amer tamat,kertas ujian dikembalikan kepadanya.Nasiblah soalan soalan dalam tu ada senang sikit.Kalau tak,tak tahu lah aku nak jawab apa.

Aku terus menoleh Bella yang berada kat sisi aku dan bertanyakan macam mana soalan peperiksaan tadi.

"Bella macam mana soalan tadi?"tanyaku lalu sebelah kening diangkat.
"Boleh tahan senang.50-50 lah bagi aku.Kau macam mana?"soalan diajukan kepada aku.
"Bagi aku pun boleh tahan senang dan susahnya.Bak kata kau 50-50"aku sengih sengih.

😵😵😵

Sekarang ini ialah waktu balik bagi warga HighSchool Diamond.Kecoh satu sekolah bila waktu balik sekolah.Ada juga yang menyempat berjalan beriringan dengan pasangan mereka.

Aku dan Bella terus berjalan ke arah parking kereta masing-masing.Serentak dengan itu ada satu suara yang menghentikan langkahku dan Bella untuk masuk ke dalam kereta.

"Woii Fira,Bella!"laung satu suara yang menyentakkan aku dan Bella.

Bila toleh ke belakang muka dua malaun tu muncul.Siapa lagi kalau bukan Faleeq dan Darwish.

Mereka berlari anak untuk mendapatkan aku dan Bella yang masih tercegat dekat parking kereta sekolah tersebut.

"Ade ape teriak teriak ni?"tanyaku pada Faleeq.
"Aku dan Darwish nak ajak korang berdua pergi shopping kat Quill City Mall"kata Faleeq dan Darwish terangguk-angguk dekat sisinya.
"Boleh saje"aku menjegil mata kat Bella bila dia cakap macamtu.
"Kau nak ikut ke Fira?"tanya Darwish yang dari tadinya berdiam kini kian bersuara.
"Aku ikutlah"jawabku acuh tak acuh.

Bella yang dekat sebelah aku tersenyum senyum memandang aku.Ini lah first time aku keluar dengan lelaki setelah aku dikecewakan oleh seorang lelaki.

"Kalau macamtu jom lah kita pergi"kata Faleeq yang berura-ura hendak pergi.
"Jom"jawab Bella.

Kami pergi ke Quill City Mall menggunakan kereta yang berasingan.Aku terus memecut keluar dari pintu sekolah dengan kereta kesayangan ku,Mustang.

😵😵😵

Sampai sahaja di Quill City Mall,kami terus berkumpul di satu tempat.

"Kita jalan sama-sama atau asing-asing?"tanya Darwish.
"Kita jalan asing-asing lah."jawab Bella.
"Lelaki dengan lelaki or lelaki perempuan?"tanya Faleeq pula.

Aku hanya berdiam diri sahaja.Rasa macam kekok pula bila berdepan dengan lelaki.

"Aku jalan dengan Darwish kau jalan dengan Fira.Okey tak?"nak terbeliak biji mata aku bila Bella suka suki jer bagi arahan macam tu.Tau lah dia tu dah jatuh suka dengan Darwish.
"Okey"jawab Faleeq dan Darwish serentak.
"Pukul 5 petang nanti kita kumpul sini balik"kata Bella.
Faleeq dan Darwish menganggukan kepala mereka berdua.

Aku dari berdiam sebab idea Bella tu tak masuk akal.Nak bantah tak baik pulak.Aku ikut jer lah.

Setelah dengan itu,aku dan Faleeq berjalan jalan beriringan masuk ke kedai baju manakala Bella dan Darwish pergi ke tempat kedai kasut.

😵😵😵

"Awak bertuah tau sebab awaklah perempuan pertama saya bawa pergi shopping"kata Faleeq kepadaku.Aku hanya memandangnya sekilas.
"Takkan lah sebelum ni awak tak pernah pergi jalan jalan dengan perempuan kat Australia tu.Awak kan handsome"kataku tanpa riak dan tangan ligat mengalih alih baju yang diingini.
"Ada lah juga.Tapi setelah satu peristiwa yang berlaku dalam hidup saya,awaklah orang pertama yang saya layan dengan baik.Sebelum ni saya layan semua perempuan dengan dingin."terang Faleeq panjang lebar.
"Peristiwa apa?"tanyaku yang berasa ingin tahu.
"Nanti saya cerita dekat awak.Kita pergi kat restaurant tu dulu"kata Faleeq dan aku membuntutinya dari belakang.

Setelah mengambil tempat duduk,Faleeq terus memanggil waiter.

"Waiter"kata Faleeq sambil tangan diangkat tinggi tanda minta order makanan.

Waiter tersebut terus memberi menu yang ada di restaurant mereka.Aku hanya memesan orange juice dan lamb chop manakala Faleeq memesan apple juice dan chicken chop.

Setelah selesai waiter tersebut meninggalkan kami berdua sendirian.

"So ceritalah apa yang awak nak cerita dekat saya tadi"kataku yang dari tadi berura-ura ingin tahu.
"Sebenarnya....

Nantikan sambungan dekat next chap yer guys😂😂..Saje nak bagi kamu orang tertanya tanya.😂Jangan Lupa Votes.😘😁

SETELAH ADANYA DIA(HIATUS)Where stories live. Discover now