Do I Care?

23.3K 389 2
                                    

"Diana." Panggil ibunya. "Ya,ibu. Ada apa?" Tanya Diana. "Nenek kamu, nak jumpa kamu dan sepupu kamu yang lain." Beritahu Puan Riana, ibu Diana. "What? Again!!! Bukan ke tahun lepas pun nenek dah panggil. Nie tak lain tak bukan pasti suruh bawa boyfriend jumpa dia. Aku nie boyfriend pun tak daa nak bawa apa." Kata Diana dalam hati.

"Diana dengarkan apa yang ibu cakap?" Soal Puan Riana yang melihat anak keduanya itu hanya mendiamkan diri. "Dengar,ibu. Tapi nenek panggil tu sebab suruh bawa boyfriend macam tahun lepas ke?" Tanya Diana. "Nampaknya macam tu lah. Ibu pun nanti kena bebellah dengan nenek sebab tak carikan kamu pasangan." Kata Puan Riana.

"Bila nenek nak jumpa?" Tambah Diana. "Ehm, kalau tak silap ibu. Bulan depan." Beritahu Puan Riana. "What?!! Bulan depan. Matilah aku. Mana nak cari lelaki nie?" Kata Diana dalam hati. "Ibu, bukan ke berboyfriend nie haram. Kenapa nenek nak kitaorang bawa pasangan pula?" Tanya Diana. "Ibu tahu, tapi ini adalah yang terbaik untuk kamu semua. Mama pun dulu macam kamu. Stres, tapi bila dah jumpa pasangan hidup, tak sabar-sabar nak bawa ayah kamu tu jumpa nenek dengan arwah datuk kamu dulu. Lagipun nenekkan dah pesan bawa jumpa nenek je. Jangan selalu keluar dengan yang bukan muhrim. Kecuali kalau sudah kawin. " Kata Puan Riana.

"Tapi, Diana tak ada pasangan pun." Soal Diana. "Siti Nur Diana, ibu tahu kamu sekarang nie tiada pasangan lagi. Tapi cubalah cari. Manalah tahu jodoh kamu. Tahun lepas kamu bagi alasan tunang kamu tak sihat. Tahun nie kamu nak bagi alasan apa. Tak ada tunang?" Tanya Puan Riana. Tahun lepas juga Diana dan sepupunya dipanggil oleh nenek mereka untuk ditanya hal pasangan ini. Macam-macam alasan mereka, cucu nenek mereka ada 20 orang. 5 sudah pun berkahwin. 7 orang sudah pun bertunang . Tapi Diana memberi alasan yang tunang mereka tak dapat datang pada hari perjumpaan tahun lepas.

Lagi lima masih kecil lagi, jadi mereka berlima tidak termasuk dalam projek nenek mereka tu. Sebenarnya, Diana tak ada tunang, dia sahaja mencari alasan tunangnya tidak sihat supaya tidak dibebel lebih teruk. Abang Diana, Darwish lagilah. Bila ditanya nenek boleh dia kata entah.

"Tak apalah ibu. Pandai-pandailah Diana cari alasan supaya tak dibebel dengan nenek." Ujar Diana lalu masuk ke dalam biliknya. "Ehm, apa yang aku nak cakap dekat nenek nanti." Kata Diana sendiri. Telefon Galaxy Note 3 berwarna merah jambunya berbunyi. Seseorang menelefonnya, Diana mengangkat.

" Hello." Kata Diana kerana dia tidak mengenali pemanggil tersebut.

"Diana?" Soal pemanggil tersebut.

"Bella!" Jerit Diana keriangan.

"Dah lama tak jumpa kau. Bila kau balik Malaysia." Soal Bella, sahabat baik Diana sejak dari kecil lagi.

"Dua hari lepas." Beritahu Diana.

Diana belajar di Korea sudah lima tahun. Setiap hujung tahun dia akan balik ke Malaysia. Macam tahun sebelum-belumnya. Sekarang dia masih cuti. Tahun depan pada bulan February dia akan pulang semula ke Korea. Dia menetap bersama kakak angkatnya yang berasal dari Korea, Park Shin Neul. Dialah yang membantu Diana ketika dia sesat. Sejak dari hari itulah Diana dan Park Shin Neul berkenalan. Mereka sangat rapat disana.

"Sampai hati kau tak telefon aku." Kata Bella.

"Hey, sorry sikit aku daa call kau lebih dari 50 kali kau tahu. Kau yang tak angkat." Bebel Diana.

"Ops, lupa pula yang kau tak tahu nombor baru aku nie." Kata Bella.

"Kenapa dengan nombor lama kau?" Soal Diana

"Abang aku patahkan sim card, sebab dia tak bagi aku berhubung dengan..." Belum sempat Bella menyambung Diana menjawab.

"Fazrul?" Kata Diana.

Our Perfect Story (Malay)Where stories live. Discover now